
MPKu tutup lapan premis dikendali warga asing tanpa lesen sah
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KULAI: Lapan premis perniagaan yang dikendalikan warga asing bertempat di Pangsapuri Desa Indah, Desa Idaman, Senai di sini diarah tutup serta merta oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), semalam. (Utusan Malaysia, 15:14)
Read the reporting
1 report
MPKu tutup lapan premis dikendali warga asing tanpa lesen sah
KULAI: Lapan premis perniagaan yang dikendalikan warga asing bertempat di Pangsapuri Desa Indah, Desa Idaman, Senai di sini diarah tutup serta merta oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), semalam.
Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) dalam satu kenyataan memberitahu, kesemua premis berkenaan didapati beroperasi tanpa sebarang lesen sah selain melanggar pelbagai syarat ditetapkan PBT.
“MPKu telah menjalankan satu operasi bersepadu bertujuan mencegah, membanteras dan meningkatkan kawalan perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing.
“Lapan premis perniagaan yang dikendalikan warga asing diarah tutup serta merta dan satu premis disita kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen dan melanggar syarat-syarat lesen selaras dengan UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPKu) 2019,” jelas kenyataan itu.
Tambahnya, tujuh notis kesalahan telah dikeluarkan di bawah Seksyen 70(1), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) kerana mendirikan sesuatu bangunan/binaan tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada PBT.
Sementara, PBT berkenaan turut memberi peringatan kepada pemilik premis dan pemegang lesen agar tidak menjalankan perniagaan tanpa lesen dan tidak menggajikan pekerja warga asing tanpa permit yang sah.
“Selain itu, pemilik lesen dilarang menyalahguna lesen bagi tujuan menyerah pemilikan lesen kepada orang lain terutamanya warga asing. Jika didapati bersalah pemilik lesen boleh dikenakan denda RM2,000 atau dipenjara satu tahun atau kedua-duanya sekali,” jelasnya.-UTUSAN
The post MPKu tutup lapan premis dikendali warga asing tanpa lesen sah appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia15:14
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.