
Tiga tahun menanti, Kipchoge kembali juara
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Melbourne: Juara Olimpik dua kali, Eliud Kipchoge, kembali menjuarai acara maraton selepas tiga tahun apabila pelari legenda Kenya itu menamatkan saingan di Melbourne dengan penuh bergaya, hari ini. (Harian Metro, 09:39)
Read the reporting
1 report
Tiga tahun menanti, Kipchoge kembali juara
Melbourne: Juara Olimpik dua kali, Eliud Kipchoge, kembali menjuarai acara maraton selepas tiga tahun apabila pelari legenda Kenya itu menamatkan saingan di Melbourne dengan penuh bergaya, hari ini.
Pelari maraton paling banyak meraih pengiktirafan dalam sejarah itu melintasi garisan penamat dengan catatan dua jam sembilan minit 10 saat (2:09:10), dua saat lebih pantas daripada rekod perlumbaan.
Kemenangan itu adalah yang pertama buat Kipchoge dalam jarak maraton sejak menjuarai Maraton Berlin pada 2023, selain menjadi sebahagian daripada misi jelajah dunianya untuk mengumpul dana bagi tujuan yang diperjuangkannya.
Bekas pemegang rekod dunia berusia 41 tahun itu mengumumkan pada 2025 bahawa dia merancang melengkapkan acara maraton di tujuh benua, termasuk Antartika, dalam tempoh dua tahun.
Melbourne menjadi destinasi ketiga dalam jelajah itu selepas Afrika Selatan dan Brazil.
Kipchoge mula meninggalkan pencabar dalam lingkungan 10 kilometer terakhir di laluan yang sebahagiannya menggunakan litar Formula Satu Australia di Albert Park, sebelum perlumbaan berakhir di Stadium Kriket Melbourne (MCG) yang ikonik.
"Laluan perlumbaan ini sangat menakjubkan. Saya menikmati suasana apabila orang ramai berdiri, bersorak dan melaungkan nama saya," kata Kipchoge yang kelihatan masih bertenaga ketika menamatkan perlumbaan.
Dia berpeluang mencatat masa lebih pantas, namun memperlahankan larian ketika memasuki MCG sambil melambai kepada peminat.
"Pengalaman ini memang berbeza berlari di laluan yang indah, menggunakan litar Formula Satu dan paling penting, menamatkan perlumbaan di sebuah stadium kriket.
"Saya bangga dapat berlari bersama generasi muda dan memberikan inspirasi kepada komuniti larian di Melbourne," katanya.
Pelari Australia, Thomas Do Canto, menamatkan saingan di tempat kedua dengan catatan 2:10:35, manakala pelari New Zealand, Camille French, menjuarai kategori wanita dengan masa 2:28:25.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro09:39
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.