'Timbul persoalan serius dari sudut akidah jika benar beragama Islam' - Pemuda Pas
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) digesa meneliti penyebaran gambar individu beragama Islam yang didakwa terlibat secara langsung dalam ritual keagamaan Hindu di sebuah kuil di Batu Caves, Selangor.Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, gambar yang tersebar bukan sekadar menunjukkan kehadiran individu berkenaan di kawasan rumah ibadat bukan Islam.Menurut beliau, ia juga memperlihatkan perlakuan yang mempunyai kaitan jelas dengan ritual keagamaan termasuk menjunjung objek keagamaan di atas kepala, memakai kalung bunga ser (Sinar Harian, 20:47)
Read the reporting
1 report'Timbul persoalan serius dari sudut akidah jika benar beragama Islam' - Pemuda Pas
SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) digesa meneliti penyebaran gambar individu beragama Islam yang didakwa terlibat secara langsung dalam ritual keagamaan Hindu di sebuah kuil di Batu Caves, Selangor.Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, gambar yang tersebar bukan sekadar menunjukkan kehadiran individu berkenaan di kawasan rumah ibadat bukan Islam.Menurut beliau, ia juga memperlihatkan perlakuan yang mempunyai kaitan jelas dengan ritual keagamaan termasuk menjunjung objek keagamaan di atas kepala, memakai kalung bunga serta menjalani proses mencucuk lidah dan pipi menggunakan objek logam.Pengerusi Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Pas itu berpandangan, perkara sedemikian menimbulkan persoalan serius dari sudut pemeliharaan akidah sekiranya pemuda yang dimaksudkan benar-benar beragama Islam."Dalam Islam, persoalan tauhid dan larangan mensyirikkan ALLAH SWT merupakan prinsip asas yang tidak boleh dipandang ringan atau dikompromikan."Sesungguhnya ALLAH SWT tidak akan mengampunkan dosa syirik kepada-Nya dan Dia mengampunkan dosa selain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (Surah al-Nisa’ ayat 48)."Menghormati kebebasan beragama masyarakat bukan Islam tidak bermaksud seseorang Muslim boleh mengabaikan batas akidah ditetapkan oleh syarak. Islam mengajar umatnya menghormati penganut agama lain, dalam masa sama menuntut untuk memelihara kesucian tauhid," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Tular di media sosial apabila seorang pemuda Melayu berusia 21 tahun didakwa mengamalkan pelbagai ritual keagamaan, ramalan kad Tarot dan kepercayaan spiritual lain termasuk ajaran New Age Movement (NAM) hingga menggemparkan masyarakat.Pendedahan terbaharu itu dibuat satu per satu menerusi hantaran Facebook yang menggunakan nama akaun Masyitah Ashari sejak tiga hari lalu.Pemuda itu juga didakwa memasang impian untuk menjadi seorang spiritualis sejak kecil lagi, bahkan mempelajari ajaran spiritual merentasi agama antaranya Hindu selain berpakaian dan beramal persis mengikut fahaman berkenaan.Berdasarkan perkongsian terbaharu, pemilik akaun Facebook Masyitah Ashari turut mendakwa pemuda itu terlibat melakukan ritual perayaan di sebuah kuil di Batu Caves.Tersebar beberapa keping gambar memaparkan dia sedang menjunjung berhala di atas kepala, mencucuk lidah dan pipinya dengan trisula Hindu serta memakai terompah paku sambil menaiki tangga kuil pada hari perayaan Thaipusam.Mengulas lanjut, Mohamed Sukri juga menggesa JAIS dan Jakim mengesahkan status individu terlibat serta menjalankan siasatan sewajarnya mengikut bidang kuasa masing-masing.Jelas beliau, pihak berkuasa agama wajar memberikan penjelasan kepada masyarakat mengenai kebolehlaksanaan tindakan susulan termasuk pendekatan nasihat, bimbingan akidah dan proses perundangan berkaitan jika terdapat asas serta peruntukan undang-undang yang terpakai.Dalam masa sama, kata Mohamed Sukri, masyarakat diingatkan untuk tidak mengambil tindakan sendiri, mengganggu individu yang dikaitkan dengan penyebaran gambar tersebut atau menjadikan isu tular itu sebagai alasan menghina penganut agama Hindu."Penentuan status akidah dan sebarang kesalahan individu hendaklah diserahkan kepada pihak berautoriti."Kami turut meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memberikan perhatian serius terhadap isu ini dan memastikan penyelarasan yang berkesan antara agensi agama Persekutuan dengan pihak berkuasa agama negeri."Isu yang melibatkan sensitiviti akidah umat Islam memerlukan pengendalian yang serius, berhemah dan berlandaskan undang-undang," ujarnya lagi.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Sinar Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian20:47
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.