
TNB ThunderStars tidak boleh buat kesilapan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA: Ketua jurulatih TNB ThunderStars, Mohd Madzli Ikmar Mohd Nor mengakui sebarang kesilapan yang dilakukan pasukannya dalam pertemuan menentang Maybank dalam aksi Liga Hoki Malaysia (MHL), esok, boleh menjejaskan peluang mereka untuk merangkul kejuaraan. (Utusan Malaysia, 19:23)
Read the reporting
1 report
TNB ThunderStars tidak boleh buat kesilapan
PETALING JAYA: Ketua jurulatih TNB ThunderStars, Mohd Madzli Ikmar Mohd Nor mengakui sebarang kesilapan yang dilakukan pasukannya dalam pertemuan menentang Maybank dalam aksi Liga Hoki Malaysia (MHL), esok, boleh menjejaskan peluang mereka untuk merangkul kejuaraan.
Madzli menjangkakan pertemuan tersebut berlangsung sengit memandangkan ketika ini kedua-dua pasukan itu sedang mendominasi perebutan kejuaraan liga.
TNB ThunderStars sebelum ini terikat 2-2 menentang Maybank dalam aksi pertama pada 16 Mei lalu dan Madzli mengakui berdasarkan keputusan tersebut kedua-dua pasukan adalah seimbang.
“Bagi saya pertemuan menentang Maybank, kami tak boleh buat silap. Pasukan mana yang buat kesilapan mereka akan kehilangan mata penting.
“Saya berharap pemain dapat mengekalkan momentum dan kecergasan supaya mereka boleh menterjemahkan taktikal pasukan di atas padang.
“Khamis ini akan menjadi penentu pasukan mana yang akan menguasai liga sebab sekarang ini, saya lihat TNB dan Maybank yang mendominasi liga,” katanya.
TNB ThunderStars ketika ini sedang mendahului liga dengan 28 mata sambil diekori rapat skuad kendalian Iman Gobinathan yang ketinggalan lima mata.
Mengemas kini status kecederaan pemain, Madzli berkata seramai tiga pemainnya tidak dapat diturunkan dan mereka adalah Norsyafiq Sumantri, Muhammad Fahmi Khalid dan Muhammad Syawal Abd Razak. – UTUSAN
The post TNB ThunderStars tidak boleh buat kesilapan appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia19:23
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.