
Tourism Malaysia, Alipay+ bekerjasama percepat transformasi pelancongan digital negara
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Tourism Malaysia dan Alipay+, gerbang pembayaran dompet digital bersepadu milik Ant International, memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi mempercepat perdagangan rentas sempadan serta memperluas pendigitalan perniagaan dalam sektor pelancongan Malaysia. (Utusan Malaysia, 13:18)
Read the reporting
1 report
Tourism Malaysia, Alipay+ bekerjasama percepat transformasi pelancongan digital negara
KUALA LUMPUR: Tourism Malaysia dan Alipay+, gerbang pembayaran dompet digital bersepadu milik Ant International, memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi mempercepat perdagangan rentas sempadan serta memperluas pendigitalan perniagaan dalam sektor pelancongan Malaysia.
Kerjasama itu bertujuan menghubungkan pelancong antarabangsa secara langsung dengan pengusaha tempatan, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), menerusi gabungan pemasaran destinasi Tourism Malaysia, rangkaian dompet digital global Alipay+ dan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Inisiatif berkenaan dilaksanakan ketika Malaysia menyambut ketibaan pelawat sempena Tahun Melawat Malaysia 2026–2027 (VM2026–2027), dengan matlamat memperluas perbelanjaan pelancong ke kawasan di luar hab pelancongan utama sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi yang lebih menyeluruh.
Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, berkata teknologi digital terus mengubah cara orang ramai merancang dan menikmati perjalanan, justeru pihaknya komited menerima pakai penyelesaian inovatif bagi meningkatkan kemudahan serta pengalaman pelawat.
“Kerjasama ini memudahkan pelancong meneroka Malaysia dan mengakses manfaat berkaitan pelancongan melalui pengalaman digital yang lancar.
“Melalui platform digital yang mempunyai capaian antarabangsa luas, kami dapat mendekati pelancong dengan lebih berkesan, selain memperkenalkan kepelbagaian pengalaman pelancongan Malaysia kepada khalayak global yang lebih besar,” katanya.
Menurut Tourism Malaysia, inisiatif itu turut menyokong usaha memperkukuh daya saing negara sebagai destinasi pelancongan pintar menerusi pelaksanaan VM2026–2027.
Kerjasama tersebut dibina berasaskan perkembangan pesat Alipay+ dalam ekosistem perdagangan digital Malaysia.
Pada separuh pertama 2026, lebih 600,000 peniaga, majoritinya PKS, menerima pembayaran melalui dompet digital dan aplikasi perbankan rakan kongsi Alipay+, iaitu peningkatan lebih 70 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
Selain itu, perbelanjaan pelancong menerusi DuitNow meningkat lebih 60 peratus, sekali gus menjadikan Alipay+ penyumbang terbesar kepada transaksi kod QR masuk di seluruh negara, menurut kenyataan itu.
Ketika ini, Alipay+ menghubungkan lebih dua bilion akaun pengguna dengan 150 juta peniaga di 210 destinasi, selain beroperasi melalui skim pembayaran nasional utama seperti PayNet.
Pengurus Besar Alipay+ bagi Asia Tenggara, Asia Selatan dan Australia serta New Zealand (ANZ), Ant International, Michael Guo, berkata perdagangan rentas sempadan kini berkembang melangkaui urusan pembayaran semata-mata.
Beliau berkata teknologi AI berupaya menghubungkan minat dan tujuan perjalanan seseorang dengan destinasi, perniagaan serta tawaran yang bersesuaian.
“Melalui kerjasama dengan Tourism Malaysia, kami membantu perniagaan tempatan beralih daripada sekadar menerima pembayaran antarabangsa kepada usaha mendekati pelanggan global secara aktif.
“Ini membuka lebih banyak peluang kepada perniagaan Malaysia, khususnya PKS, untuk menyertai pertumbuhan perjalanan dan perdagangan rentas sempadan,” katanya.
Ejen pelancongan AI mudahkan pengalaman pelawat
Antara komponen utama kerjasama itu ialah Alipay+ Voyager, ejen pelancongan berasaskan AI yang disepadukan ke dalam dompet digital pelancong.
Platform tersebut akan memaparkan pilihan aktiviti kebudayaan, kulinari dan pengalaman pelancongan yang disahkan Tourism Malaysia serta disesuaikan mengikut minat setiap individu.
Pendekatan itu menyediakan saluran digital baharu bagi membolehkan pengusaha pelancongan tempatan mendekati pelanggan antarabangsa ketika mereka sedang mencari dan memilih destinasi serta aktiviti untuk dilakukan.
Bagi menggalakkan pelancong meneroka lebih banyak destinasi, Tourism Malaysia turut merancang melancarkan program subsidi perjalanan eksklusif berasaskan AI.
Menerusi program itu, pelawat boleh berinteraksi secara langsung dengan ejen digital berkenaan untuk mendapatkan manfaat bagi penginapan, pengangkutan dan tarikan pelancongan.
Alipay+ Voyager turut direka untuk memudahkan urusan harian pelancong. Sebagai contoh, pelawat boleh mengakses perkhidmatan e-panggilan kenderaan tempatan terus melalui ejen AI yang disepadukan dalam dompet digital tanpa perlu memuat turun aplikasi tambahan.
Perkhidmatan itu turut menawarkan perlindungan tiga serangkai yang meliputi kelewatan melebihi had masa, kegagalan penyedia perkhidmatan hadir dan tempoh menunggu yang terlalu lama.
Kerjasama Tourism Malaysia dan Alipay+ dijangka memperluas penggunaan teknologi digital dalam sektor pelancongan, selain membuka peluang kepada perniagaan tempatan untuk mendapatkan manfaat daripada peningkatan ketibaan pelancong antarabangsa dan pertumbuhan perdagangan rentas sempadan. – UTUSAN
The post Tourism Malaysia, Alipay+ bekerjasama percepat transformasi pelancongan digital negara appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia13:18
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.