
Trauma selepas sepit rambut tertusuk kepala
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Trauma selepas sepit rambut tertusuk kepala (Harian Metro, 14:34)
Read the reporting
1 report
Trauma selepas sepit rambut tertusuk kepala
mahaizura@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Sudah dua tahun berlalu, namun wanita ini masih trauma dengan kejadian tertusuk sepit rambut yang dipakainya semasa bermain gelongsor air di kolam renang.
Lebih membimbangkan, Adriana Bawani Muhammad Syafiq Suresh, 23, masih mengalami sakit kepala terutama apabila memakai topi keledar terlalu lama, belajar atau tidur lewat malam.
Mengimbas kejadian pada 21 Ogos 2024, penuntut Universiti Malaya (UM) itu berkata, dia bersama beberapa rakan mengunjungi kolam renang sebuah penginapan di Kuala Terengganu, Terengganu dan memakai sepit rambut bersama tudung sarung kerana terlupa membawa getah rambut gantian.
Katanya, ketika mereka bermain gelongsor air secara bergilir-gilir, seorang rakannya tergelincir sebelum terjatuh tepat di atas kepalanya.
"Masa itu rasa macam batu besar menimpa kepala sampai dunia ini macam gelap. Selepas kejadian, kepala saya sakit sangat sampai tak lalu makan.
"Kawan-kawan ajak pergi klinik, tetapi saya pilih balik rumah untuk tidur kerana terlalu sakit. Ingatkan esok akan okay, tetapi apabila bangun masih sakit sangat," katanya.
Adriana yang dihubungi Harian Metro berkata, dia kemudian mendapatkan rawatan di klinik keesokan harinya sebelum doktor memintanya menjalani pemeriksaan sinar-X kerana bimbang berlaku pendarahan.
"Doktor periksa kepala saya, tetapi apabila disentuh pun sudah sakit.
"Alhamdulillah, tiada pendarahan atau luka, cuma tekanan akibat rakan terjatuh terlalu kuat menyebabkan sepit rambut tertusuk tetapi tidak sampai menembusi kepala.
"Cuma kepala saya bengkak dan tisu di bahagian itu koyak. Mujurlah rambut saya tebal, jadi sedikit sebanyak dapat melindungi kepala," katanya.
Menurutnya, dia diberikan ubat untuk mengurangkan bengkak yang diambil selama lebih sebulan, namun kesan kecederaan itu masih dirasai sehingga kini.
"Sampai sekarang kalau kepala tertekan, contohnya ketika belajar atau memakai topi keledar terlalu lama, memang akan rasa sakit sampai rasa hendak pitam. Tidur terlalu lewat pun boleh menyebabkan kepala sakit.
"Sejak peristiwa itu, saya memang tidak berjumpa doktor lagi, tetapi bercadang mendapatkan pemeriksaan lanjut kerana sejak dua hingga tiga minggu kebelakangan ini, kepala kerap sakit," katanya.
Adriana berkata, dia mengambil masa dua tahun untuk berkongsi pengalaman itu kerana masih trauma dengan kejadian berkenaan dan tidak menyangka perkongsiannya menerusi Threads meraih lebih sejuta tontonan.
"Saya tidak sangka pula ramai berkongsi pengalaman sama, malah ada juga mengucapkan terima kasih kerana memberi kesedaran mengenai bahaya penggunaan sepit rambut.
"Nampak macam remeh tetapi kalau boleh elakkan sepit rambut jenis besi walaupun berada di rumah dan gantikan dengan sepit silikon atau getah rambut satin kerana kecederaan membabitkan kepala sangat berbahaya," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro14:34
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.