
Tujuh negeri jadi lubuk
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Tujuh negeri jadi lubuk (Harian Metro, 12:04)
Read the reporting
1 report
Tujuh negeri jadi lubuk
mhafis@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Tujuh negeri dikesan menjadi lokasi panas penyeludupan diesel dan petrol termasuk barangan kawalan lain berikutan kedudukan geografinya.
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, berdasarkan trend tangkapan dan analisis geografi, kawasan paling terdedah kepada aktiviti penyeludupan adalah negeri yang kedudukannya berhampiran dengan sempadan perairan negara jiran iaitu Indonesia, Thailand dan Filipina atau memiliki laluan sungai yang banyak ke laut.
Menurutnya, tujuh negeri itu adalah Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Johor.
"Bagi Sabah dan Sarawak, barangan yang diseludup keluar adalah diesel, petrol, minyak masak dan barangan kawalan lain di mana tahap risiko berlaku sangat tinggi berikutan kawasan itu mempunyai garisan pantai sangat panjang, pulau yang banyak dan berhampiran dengan sempadan laut Filipina serta Indonesia.
"Kelantan dan Terengganu pula berada pada risiko tahap tinggi berlaku penyeludupan diesel kerana kedudukan geografi Kelantan di Laut China Selatan yang berhampiran dengan sempadan maritim Thailand dan Vietnam.
"Sindiket banyak menggunakan modus operandi bot nelayan asing dan aktiviti itu dilakukan di luar laut wilayah," katanya kepada Harian Metro, baru-baru ini.
Mohd Rosli berkata, Kedah dan Perlis turut berada pada risiko tahap tinggi kerana sempadan perairan yang dekat dengan selatan Thailand sekali gus memudahkan pergerakan pantas bot penyeludup dengan barangan yang diseludup adalah petrol dan barangan kawalan.
"Johor pula berada pada risiko tahap sederhana tinggi dengan penyeludupan diesel berlaku kerana ia berhampiran dengan perairan antarabangsa Selat Melaka dan Singapura, menjadikannya kawasan panas bagi aktiviti pemindahan minyak secara haram," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro12:04
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.