Malaysian Attention Engine
Live wire
46Pelajar universiti ‘kantoi’ seludup 4 kilogram syabu dari Malaysia45Dua kampung ‘diserang’ ribuan lalat44Kedah police: Motorcycle theft allegation believed to have led to teen’s torture death42Russell could take next engine penalty in Las Vegas40‘We send oxygen when there’s no smoke’: Indonesian official brushes off haze criticism in Malaysia, Singapore39World : Iran Offers To Mediate Between Saudi Arabia, Houthis Amid Regional Escalation39Pope Leo says will undergo surgery for small growth on lung38General : Ahmad Zahid To Begin Five-Day Working Visit To China Tomorrow36Mayat tepi semak: Mangsa dikurung, diseksa dua hari36Zakat ke atas simpanan KWSP wajar diperkenalkan34Asyraf Wajdi cari pelajar tular raih SPM 10A tangguh pengajian34Pelajar diperdaya sindiket penipuan, serah wang, barang kemas ibu bapa lebih RM30,000
NewConfirmedupdated 2 h ago

Wanita warga Indonesia mengaku bersalah tawar khidmat seks di rumah tumpangan

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
21
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
3
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 17:25 MYTLatest activity 12 Oct, 18:33BMconfidence 88%

What happened

MELAKA – Seorang ibu tunggal warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Isnin atas dua pertuduhan, iaitu melacurkan diri dan berkurung dengan seorang lelaki bukan mahram di sebuah rumah tumpangan di sini.Tertuduh, Ika Sitepu, 38, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Mohd Daud.Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melacurkan diri dengan seorang lelaki bukan Islam berusia 44 tahun yang bukan suaminya yang sah mengikut hukum syarak kira-kira pukul 3 petang pada 11 Oktober lalu.Kesalahan itu didakwa mengikut S (Sinar Harian, 17:25)

Read the reporting

2 reports
Sinar Harian·News·BM·2 min read

Wanita warga Indonesia mengaku bersalah tawar khidmat seks di rumah tumpangan

By NORAFIZA JAAFAR · 12 Oct, 17:25 MYT

MELAKA – Seorang ibu tunggal warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Isnin atas dua pertuduhan, iaitu melacurkan diri dan berkurung dengan seorang lelaki bukan mahram di sebuah rumah tumpangan di sini.Tertuduh, Ika Sitepu, 38, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Mohd Daud.Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melacurkan diri dengan seorang lelaki bukan Islam berusia 44 tahun yang bukan suaminya yang sah mengikut hukum syarak kira-kira pukul 3 petang pada 11 Oktober lalu.Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 75 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga 24 bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa berkurung dalam keadaan yang mendatangkan syak dengan lelaki yang sama di lokasi, tarikh dan masa yang sama.Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 53(2) Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga 24 bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Berdasarkan fakta kes, penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menjalankan operasi pencegahan pada 11 Oktober lalu sebelum menemui tertuduh bersama lelaki berkenaan di lokasi tersebut.Ketika serbuan, tertuduh didapati memakai pakaian tidur bertali halus, manakala lelaki berkenaan memakai seluar pendek.Pemeriksaan mendapati kedua-duanya tidak mempunyai hubungan mahram atau ikatan perkahwinan yang sah.Penguat kuasa turut menemukan kondom terpakai berhampiran katil dan wang tunai RM60 di atas meja solek.Hasil siasatan mendapati tertuduh mengaku tidak mengenali lelaki berkenaan yang merupakan pelanggan bagi mendapatkan khidmat urut selama 15 minit dengan bayaran RM40 serta perkhidmatan seks berharga RM20.Siasatan turut mendapati tertuduh memasuki Malaysia pada 1 September lalu menggunakan pas pelancong dan bekerja di rumah tumpangan berkenaan sejak kira-kira dua minggu lalu dengan menawarkan perkhidmatan urut serta seks.Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan baru bekerja di rumah tumpangan itu dan datang ke Malaysia bagi menyara tiga anaknya selepas kematian suami.Ketua Pendakwa Syarie Negeri Melaka, Wan Mahyuddin Wan Muhammad, dalam hujah pemberatan memohon mahkamah mengambil kira keseriusan kesalahan tersebut serta keperluan menjatuhkan hukuman berbentuk pencegahan.Menurutnya, perbuatan tertuduh bukan sekadar membabitkan hubungan peribadi, malah melibatkan pertukaran wang bagi mendapatkan perkhidmatan seks.Mahkamah turut diminta mengambil kira lokasi kejadian di rumah tumpangan selain tindakan tertuduh bekerja menggunakan pas pelancong.Beliau berkata, hukuman setimpal perlu dikenakan berdasarkan fakta kes dan pengakuan tertuduh bagi memberi pengajaran kepada masyarakat supaya tidak memandang ringan undang-undang syariah yang berkuat kuasa.Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,000 bagi kesalahan berkurung dalam keadaan yang mendatangkan syak dan RM3,000 bagi kesalahan melacurkan diri.Tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara selama enam bulan bagi setiap kesalahan sekiranya gagal membayar denda.Bagaimanapun, tertuduh kemudiannya menjelaskan kedua-dua denda berkenaan.

As published in Sinar Harian’s feed.Read at Sinar Harian

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 3 independent sources
  • Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34first news pick-upNEWnow18:0019:0020:00
Latest 20:09 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources3Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
12 Oct, 17:25 MYT
Origin confidence 90% · 69 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    17:25

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro, Sinar Harian

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (4)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.