Malaysian Attention Engine
Live wire
50Henti 47 kes Yayasan Akalbudi babit Ahmad Zahid, semakan cabar prosiding Jun 202747Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok46Jerebu rentas sempadan: ISWAMI Malaysia gesa tindakan segera, menyeluruh44Kanak-kanak tujuh tahun cedera diserang sekumpulan anjing liar43Business : KLIA To Conduct Full-scale Emergency Exercise On Wednesday – MAHB43Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara42General : Special Financial Aid For Taxi And Rental Car Drivers To Be Distributed In Phases Starting Wednesday - Loke42Sindiket scam menyamar jadi polis India, ‘kebas’ RM1.4 juta40Loke announces Khazanah to restore KL Railway Station and KTMB HQ, hopes to see end of asset sale claims40AirAsia in talks with govt over potential funding support, sources say39Budget 2027 'sweeteners' won't determine voters' choice - Hamzah38Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Warisan busana Melayu jadi inspirasi Tita Collection

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 17:23 MYTLatest activity 12 Oct, 17:23BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Warisan tekstil dan busana Melayu diterjemahkan ke dalam koleksi barang kemas mewah kontemporari menerusi Tita Collection by SUEN, yang mengetengahkan 33 rekaan berinspirasikan himpunan warisan Allahyarham Azah Aziz atau nama penuhnya, Sharifah Azah Syed Mohammad Alsagoff. (Berita Harian, 17:23)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Warisan busana Melayu jadi inspirasi Tita Collection

By Aziem Ariffin · 12 Oct, 17:23 MYT

KUALA LUMPUR: Warisan tekstil dan busana Melayu diterjemahkan ke dalam koleksi barang kemas mewah kontemporari menerusi Tita Collection by SUEN, yang mengetengahkan 33 rekaan berinspirasikan himpunan warisan Allahyarham Azah Aziz atau nama penuhnya, Sharifah Azah Syed Mohammad Alsagoff.

Dihasilkan daripada emas 18 karat dan berlian, koleksi berkenaan mengolah motif, tekstur dan bentuk daripada tekstil tradisional, busana serta aksesori klasik Malaysia sekali gus menjadi karya barang kemas yang boleh digayakan pada masa kini.

Inspirasi koleksi itu tercetus daripada usaha Tan Sri Dr Zeti Aziz untuk memelihara dan menghargai legasi ibunya, Azah yang sepanjang hayatnya menumpukan perhatian terhadap pemeliharaan ilmu dan seni pembuatan berkaitan busana Melayu serta tradisi tekstil.

Antara warisan yang menjadi sumber inspirasi termasuk kain sarung songket, telepuk dan limar baju kurung serta tekat emas yang mempunyai nilai sejarah dan budaya tersendiri.

Pengasas SUEN Jewellers, Lee Sze Suen, berkata koleksi berkenaan menjadi pendekatan untuk memperkenalkan semula warisan tekstil dan busana tradisional Malaysia kepada generasi baharu dalam bentuk yang lebih dekat dengan gaya kehidupan masa kini.

"Melalui perbualan saya dengan Tan Sri Zeti, saya dapat memahami betapa besarnya usaha ibunya, Azah dalam memelihara ilmu dan seni pembuatan yang terkandung dalam tekstil serta busana tradisional Malaysia," katanya.

Menerusi koleksi itu, elemen warisan diterjemahkan dalam bentuk barang kemas mewah yang menggabungkan nilai tradisi dengan rekaan kontemporari.

"Tita Collection by SUEN menterjemahkan elemen daripada koleksi Azah menjadi barang kemas mewah yang boleh dipakai pada masa kini, sekali gus memberi peluang kepada generasi baharu untuk mengenali warisan ini secara peribadi," katanya.

Antara motif yang diketengahkan ialah Tampuk Pedada, Kenanga & Sulur Bayung, Bunga Pecah Lapan dan Bunga Cangkuk, yang mengambil inspirasi daripada unsur songket, flora dan seni sulaman tradisional Melayu.

Selain koleksi barang kemas mewah, SUEN turut menghasilkan enam rekaan kerongsang berinspirasikan warisan untuk Muzium Tekstil Merdeka, termasuk motif Cempaka, Kuntum Seri, Kembang Sepatu, Rebung, Sulur dan Benang Emas.

Kerongsang berkenaan diperbuat daripada perak sterling 925 bersadur emas dan hanya tersedia di Muzium Tekstil Merdeka.

Menariknya, 10 peratus daripada hasil jualan koleksi barang kemas mewah akan disumbangkan kepada Viva Palestina.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow18:0019:00
Latest 19:08 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
12 Oct, 17:23 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    17:23

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Warisan busana Melayu jadi inspirasi Tita Collection · Malaysian Attention Engine