
Warisan resipi keluarga dalam setiap gigitan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
ADA sesetengah makanan yang bukan sekadar mengenyangkan, sebaliknya membawa bersama cerita tentang keluarga, kenangan dan resipi yang diwariskan dari satu generasi ke satu generasi. (Kosmo!, 11:22)
Read the reporting
1 report
Warisan resipi keluarga dalam setiap gigitan
ADA sesetengah makanan yang bukan sekadar mengenyangkan, sebaliknya membawa bersama cerita tentang keluarga, kenangan dan resipi yang diwariskan dari satu generasi ke satu generasi.
Pengalaman itu dapat dirasai di Amachi’s Palagaram sebuah restoran kecil berkonsep santai yang mengetengahkan makanan ringan tradisional India Selatan khususnya appam yang dibuat segar mengikut tempahan.
Menurut pengasasnya, Aaron, nama Amachi sendiri mempunyai makna yang cukup dekat dengan sejarah perniagaan ini.
“Amachi merujuk kepada panggilan untuk mendiang nenek yang mula menghasilkan dan menjual palagaram iaitu makanan ringan tradisional sejak sekitar 1970-an bagi menyara keluarga.
“Resipi ini awalnya disediakan di dapur rumah tetapi kemudian diwariskan kepada generasi seterusnya sehingga berkembang menjadi perniagaan keluarga yang masih mengekalkan pendekatan serta cita rasa asal,” katanya ketika ditemu bual CitaRasa di Amachi’s Palagaram, Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Tambahnya, hari ini, usaha itu diteruskan oleh generasi kedua dan ketiga termasuk pasangan Aaron dan Narmatha yang juga pengasas bersama.
Menariknya, walaupun perniagaan sudah mempunyai ruang makan sendiri, sentuhan seperti makanan yang disediakan segar dan suasana mesra keluarga masih menjadi sebahagian daripada identiti Amachi’s Palagaram.
Ia terasa seperti berkunjung ke rumah seseorang yang mengajak tetamu duduk, makan dan berkongsi hidangan yang mempunyai nilai sentimental.
Tarikan utama di sini sememangnya appam. Adunan berasaskan tepung beras yang diperam sebelum dimasak, menghasilkan bahagian tengah yang lembut dan gebu dengan bahagian tepi yang nipis serta rangup.
Teknik penyediaannya kelihatan mudah, namun proses penapaian dan kawalan suhu memainkan peranan besar untuk mendapatkan tekstur yang tepat.
Antara pilihan yang menarik ialah paal appam, versi klasik dengan bahagian tengah berasaskan santan yang memberikan rasa lemak dan sedikit manis.
Bagi yang mahukan rasa lebih manis, paal appam dengan jaggery memberikan tambahan kemanisan gula palma yang melengkapkan rasa berkrim daripada santan.
Antara palagaram tradisional yang dijual secara berasingan (kanan), manakala putu ragi (bawah) turut tersedia.
Gabungan bahagian tepi yang rangup dengan tengah yang lembut menjadikan setiap suapan mempunyai kontras tekstur yang menyenangkan.
Kongsi Aaron lagi, untuk penggemar makanan savouri, plain appam dengan coconut sambal pula menawarkan pengalaman berbeza.
“Appam yang ringkas menjadi asas kepada sambal kelapa yang mempunyai rasa rempah, sedikit kepedasan dan aroma yang lebih berani.
“Namun, jika mahu hidangan yang lebih mengenyangkan, egg appam dengan coconut sambal boleh menjadi pilihan,” ujarnya.
Katanya lagi, telur diletakkan di bahagian tengah appam, dilengkapkan dengan lada hitam dan sambal kelapa, menghasilkan kombinasi rasa lemak, pedas dan sedikit berempah.
Selain appam, palagaram tradisional turut menjadi sebahagian tawaran mereka. Antaranya murukku, achi murukku, sweet chippi, spicy chippi, ribbon murukku, nei urandai dan sugee urandai. Sesetengahnya turut ditawarkan dalam bentuk set untuk dikongsi bersama keluarga atau dijadikan buah tangan.
Pelengkap kepada hidangan pula ialah minuman seperti masala chai yang sesuai dinikmati bersama kudapan.
Keseluruhan pilihan di sini tidak terlalu panjang, namun pendekatan itu seakan-akan sengaja mengekalkan perhatian kepada beberapa hidangan tradisional yang menjadi kekuatan keluarga sejak dahulu.
Apa yang menjadikan Amachi’s Palagaram menarik bukan semata-mata kerana appam, tetapi cerita di sebalik setiap resipi.
Kongsi Aaron dan Narmatha, dalam dunia makanan yang semakin banyak bereksperimen dengan rupa dan persembahan, restoran ini memilih untuk membawa resipi keluarga ke hadapan dan membenarkan generasi baharu merasainya dalam bentuk yang hampir dengan asal.
“Pengalaman makan di sini seolah-olah memperlihatkan bagaimana sebuah resipi keluarga boleh berubah daripada makanan untuk menyara kehidupan menjadi warisan yang dikongsi dengan masyarakat.
“Setiap appam yang keluar panas dari kuali bukan sekadar hidangan sarapan atau kudapan, tetapi kesinambungan cerita sebuah keluarga yang bermula hampir lima dekad lalu,” ujar mereka.
The post Warisan resipi keluarga dalam setiap gigitan appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!11:22
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.