Malaysian Attention Engine
Live wire
55Bendera terkena kabel voltan tinggi ketika perarakan, tiga remaja cedera52Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut51Kerajaan berjaya ketepi perintah bayar RM1.1 juta ganti rugi model Belanda47Muslim man nabbed for allegedly participating in non-Islamic ritual43General : Refugees Who Entered Malaysia After January 2023 Not Eligible For DPP - Saifuddin Nasution42Lee Zii Jia mohon injunksi Mahkamah Tinggi terhadap bapa, kakak41Business : Young People Recorded 65.9 Million BNPL Transactions Worth RM5.4 Bln In First Half Of 202640Five Malaysians held in Japan over RM3.1mil cocaine haul hidden in shoes39World : F1 To Return To Africa For First Time Since 1993 With Race In Rwanda37Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara37Aaron-Wooi Yik benam Hoki-Kobayashi37BM pass not compulsory for UEC holders: Sagah
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Warna kulit jadi bahan buli siber

Only social or community posts, or a single source.

Attention
19
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 08:00 MYTLatest activity 14 Oct, 08:00BMconfidence 60%

What happened

INTERNET selamat bukan sekadar melindungi pengguna daripada penipuan, pautan berbahaya atau pencerobohan data tetapi turut merangkumi keupayaan mengenal, menolak dan bertindak terhadap buli siber.Dalam kalangan remaja, ejekan, penghinaan dan penyebaran kandungan memalukan boleh menjejaskan emosi, keyakinan serta kehidupan sosial mangsa.Namun kesedaran digital yang semakin meningkat mendorong rakan sebaya tampil memberi sokongan, menyimpan bukti, membuat laporan dan membantu mangsa mendapatkan pertolongan.Ikuti laporan khas Sinar Harian mengenai bagaimana kesedaran internet selamat membentuk ti (Sinar Harian, 08:00)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·2 min read

Warna kulit jadi bahan buli siber

By NURUL HIDAYAH HAMID · 14 Oct, 08:00 MYT

INTERNET selamat bukan sekadar melindungi pengguna daripada penipuan, pautan berbahaya atau pencerobohan data tetapi turut merangkumi keupayaan mengenal, menolak dan bertindak terhadap buli siber.Dalam kalangan remaja, ejekan, penghinaan dan penyebaran kandungan memalukan boleh menjejaskan emosi, keyakinan serta kehidupan sosial mangsa.Namun kesedaran digital yang semakin meningkat mendorong rakan sebaya tampil memberi sokongan, menyimpan bukti, membuat laporan dan membantu mangsa mendapatkan pertolongan.Ikuti laporan khas Sinar Harian mengenai bagaimana kesedaran internet selamat membentuk tindakan remaja dalam menghadapi buli siber.SHAH ALAM – Perubahan seorang rakan daripada periang dan yakin kepada pendiam serta kerap tidak hadir ke sekolah menjadi tanda awal yang mendorong sekumpulan remaja mendekatinya selepas mengetahui dia menjadi mangsa buli siber.Remaja yang mahu dikenali sebagai Nur, 17, berkata, rakannya itu berdepan kecaman di media sosial termasuk komen negatif dan gelaran berkaitan warna kulit, selain kandungan bergambar yang memalukan.Menurutnya, mereka tidak menunggu mangsa tampil meminta pertolongan kerana perubahan tingkah laku yang ketara sudah menunjukkan sesuatu sedang berlaku."Dia seorang yang agak yakin dengan diri sendiri tetapi selepas menerima kecaman di media sosial, kami dapat nampak perubahan pada dirinya."Ada ketika dia tidak datang ke sekolah dan kelihatan murung. Jadi, kami rasa memang ada sesuatu yang berlaku dan tidak boleh hanya tunggu dia datang cerita kepada kami," katanya kepada Sinar Harian.Menurut Nur, pendekatan paling mudah dilakukan ialah menghantar mesej dan bertanya keadaan rakannya supaya mangsa tahu masih ada individu yang mengambil berat."Biasanya kami mesej dan tanya, ‘You okay ke?’ atau cuba ambil tahu keadaan dia."Kadang-kadang dia mungkin malu untuk reach out kepada kita. Jadi, kita yang kena reach out kepada dia dahulu," ujarnya.Nur berkata, mangsa buli siber mungkin berasa malu atau takut untuk berkongsi apabila gambar, video mahupun komen yang menghina dirinya sudah tersebar kepada orang ramai.Justeru, katanya, rakan sebaya perlu peka sekiranya seseorang yang sebelumnya aktif dan banyak bercakap tiba-tiba menjadi pendiam, menjauhkan diri atau menunjukkan perubahan ketara.Menurutnya, teknologi kecerdasan buatan (AI) turut menimbulkan kebimbangan kerana gambar seseorang boleh disunting sebelum disebarkan sehingga membuka ruang kepada penghinaan terhadap fizikal atau penampilan.Ujarnya lagi, tindakan kecil seperti bertanya khabar mampu memberi ruang kepada mangsa untuk bercerita apabila sudah bersedia.Sekiranya keadaan menjadi lebih serius, rakan boleh membantu mendapatkan sokongan daripada ibu bapa, guru atau individu dipercayai."Apa yang penting, jangan biarkan dia hadapi seorang diri. Kalau dia tidak tahu apa yang perlu dibuat, kita boleh sama-sama fikirkan langkah seterusnya."Sebagai kawan, kita mungkin tidak dapat selesaikan semuanya, tetapi sekurang-kurangnya kita boleh berada di sisi dia," katanya.Nur menegaskan, kecaman terhadap warna kulit atau penampilan fizikal tidak seharusnya dinormalisasikan atas alasan gurauan kerana ia boleh menjejaskan keyakinan diri mangsa.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow09:0010:0011:00
Latest 11:11 MYT
19New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
14 Oct, 08:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    08:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Warna kulit jadi bahan buli siber
Sinar HarianNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Warna kulit jadi bahan buli siber · Malaysian Attention Engine