Malaysian Attention Engine
Live wire
56General : Gombak-Kota Bharu ECRL Tickets To Start At RM125, Sales Begin Mid-November54Politics : Ahmad Zahid Urges N. Sembilan Reps To Prioritise People's Welfare48'Dalam kesedihan begitu memedihkan, saya bersyukur Allah pinjamkan Hasmah begitu lama' - Tun M46Cedera digigit kucing peliharaan dilindungi skim LINDUNG 24 Jam46Gol lewat Ruventhiran bantu Melaka tewaskan KL City45Business : Malaysia Must Plan Data Centre Growth To Attract Quality Investments - Anwar45Scammer impersonates Raja Muda’s bodyguard to dupe public over luxury car, land deals: Selangor Palace45DBKL senarai hitam warga tempatan beri lesen perniagaan kepada warga asing - Hannah41Business : Malaysia's Inflation Eased To 1.8 Pct In September 2026 - DOSM39Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq38Sport : Pearly-Thinaah Advance To Denmark Open Quarter-finals36DKU Negeri Sembilan fail tindakan hina mahkamah terhadap MB dan 16 lain
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Waspada penyakit kardiovaskular

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 11:39 MYTLatest activity 19 Oct, 11:39BMconfidence 60%

What happened

BERASA sihat, aktif dan tidak mengalami sebarang simptom bukan jaminan individu itu bebas daripada risiko penyakit jantung. (Berita Harian, 11:39)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·4 min read

Waspada penyakit kardiovaskular

By Tuty Haryanti Ahmad Rodzi · 19 Oct, 11:39 MYT

BERASA sihat, aktif dan tidak mengalami sebarang simptom bukan jaminan individu itu bebas daripada risiko penyakit jantung.

Ia terutama apabila faktor seperti kolesterol jahat (LDL) tinggi, tekanan darah tinggi dan diabetes tidak pernah diperiksa atau dikawal.

Pakar Perunding Kardiologi, Pusat Perubatan Sunway, Sunway City KL, Dr Lim Bee Chian, berkata penyakit kardiovaskular sering digelar sebagai 'silent killer' kerana banyak faktor risikonya tidak menunjukkan sebarang gejala sehingga berlaku komplikasi serius seperti serangan jantung atau strok.

Menurutnya, penyakit jantung kekal sebagai antara punca utama kematian di Malaysia sejak dua dekad lalu.

Selain itu kira-kira satu daripada tiga rakyat Malaysia mempunyai paras kolesterol tinggi dan sebahagian besar daripadanya tidak menyedari keadaan berkenaan.

"Ramai beranggapan jika mereka boleh bersenam, tidak gemuk atau tidak mengalami sakit dada, mereka berada dalam keadaan baik.

"Hakikatnya, kita perlu melihat 'nombor' dalaman seperti LDL, tekanan darah dan paras gula.

"Jika LDL masih tinggi walaupun seseorang itu aktif, risiko penyakit kardiovaskular tetap ada," katanya pada Sesi Perbincangan Meja Bulat – Pastikan Ia Rendah, Pastikan Ia Stabil, baru-baru ini.

Dr Bee Chian berkata, risiko penyakit jantung dipengaruhi faktor yang tidak boleh diubah seperti umur, jantina dan genetik, selain faktor boleh diubah termasuk merokok, obesiti, kurang aktiviti fizikal, tekanan, hipertensi dan diabetes.

Katanya, lelaki lazimnya mula berdepan peningkatan risiko selepas usia 40 tahun manakala wanita pula berdepan peningkatan risiko selepas menopaus apabila perlindungan hormon estrogen berkurangan.

"Sejarah keluarga juga penting, khususnya jika ahli keluarga lelaki mengalami serangan jantung atau strok sebelum usia 55 tahun atau wanita sebelum 65 tahun," katanya.

Pencetus serangan

Berkenaan LDL, beliau berkata ia boleh memasuki dinding salur darah dan menyumbang kepada pembentukan plak.

Katanya, apabila plak semakin banyak, aliran darah ke jantung boleh terganggu dan menyebabkan gejala seperti sakit dada atau sesak nafas ketika melakukan aktiviti fizikal.

"Lebih membimbangkan, plak berkenaan boleh pecah secara tiba-tiba dan mencetuskan pembentukan darah beku yang menyumbat saluran darah sepenuhnya, sekali gus menyebabkan serangan jantung," katanya.

Beliau berkata, tekanan emosi yang keterlaluan dan aktiviti fizikal yang terlalu berat tanpa persediaan mencukupi boleh menjadi pencetus kepada serangan jantung, terutama dalam kalangan individu yang mempunyai penyakit jantung tersembunyi.

Oleh itu katanya, elakkan daripada melakukan senaman yang sangat berat secara tiba-tiba seperti menyertai maraton atau bermain badminton secara intensif jika badan tidak biasa dengannya.

"Bagi individu berisiko tinggi, pemeriksaan dan nasihat doktor perlu diperoleh sebelum memulakan sebarang rutin senaman baharu," katanya.

Dr Bee Chian berkata, untuk menguruskan kolesterol memerlukan perubahan gaya hidup tetapi tidak semestinya mencukupi untuk semua pesakit.

Katanya, ubat statin adalah antara rawatan utama dan boleh menurunkan LDL sehingga kira-kira 50 peratus, manakala ezetimibe boleh digunakan sebagai tambahan sekiranya sasaran masih belum dicapai.

Bagi pesakit berisiko sangat tinggi pula katanya, rawatan suntikan seperti perencat PCSK9 mungkin dipertimbangkan untuk menurunkan LDL dengan lebih agresif.

"Semakin tinggi risiko seseorang, semakin rendah sasaran LDL yang perlu dicapai. Bagi pesakit berisiko sangat tinggi, sasaran boleh serendah kurang daripada 1.4 mmol/L," katanya.

Beliau turut menolak kebimbangan berlebihan terhadap statin, termasuk dakwaan ia menyebabkan kerosakan buah pinggang, nyanyuk atau masalah seksual.

Ini kerana katanya, kesan sampingan serius amat jarang berlaku dan pesakit yang mengambil ubat boleh dipantau melalui pemeriksaan berkala.

"Bagaimanapun, jangan berhenti mengambil ubat hanya kerana sudah berasa sihat. Penyakit ini tidak semestinya memberikan simptom, oleh itu kepatuhan terhadap rawatan sangat penting," katanya.

Kenal pasti diet sesuai

Sementara itu, Penolong Pengarah Dietetik Pusat Perubatan Sunway, Celeste Lau, berkata perubahan pemakanan yang kecil tetapi konsisten lebih mudah dikekalkan berbanding diet terlalu ketat.

Katanya, seseorang itu tidak semestinya meninggalkan terus makanan kegemarannya, sebaliknya boleh mengubah cara penyediaan dan saiz hidangan.

"Kurangkan lemak tepu dan lemak trans, selain menambah makanan kaya serat seperti sayur-sayuran serta sumber lemak baik termasuk ikan," katanya.

Sebagai contoh katanya, nasi lemak boleh diubah suai dengan mengurangkan penggunaan santan dan memilih lauk yang kurang berminyak, manakala mi segera boleh ditambah sayur dan sumber protein serta menggunakan hanya sebahagian daripada perencah.

Jelasnya, Konsep Suku-Suku Separuh juga boleh dijadikan panduan mudah untuk memastikan pengambilan karbohidrat, protein serta sayur-sayuran lebih seimbang.

Jurufisioterapi Pusat Perubatan Sunway, Nathalie Goh, pula berkata aktiviti fizikal perlu dilakukan secara berperingkat berdasarkan kemampuan individu.

Beliau memperkenalkan prinsip FITT iaitu kekerapan, intensiti, masa dan jenis senaman bagi membantu seseorang membina rutin yang sesuai.

"Golongan dewasa disarankan melakukan sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti fizikal berintensiti sederhana seminggu, selain latihan kekuatan sekurang-kurangnya dua hari seminggu.

"Bagi yang baru bermula atau mempunyai risiko kesihatan, aktiviti perlu dimulakan pada tahap rendah dan ditingkatkan secara beransur-ansur," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata jika mengalami sakit dada, sesak nafas teruk, jantung berdebar, pening atau rasa mahu pitam ketika bersenam, hentikan aktiviti dan dapatkan bantuan perubatan.

Beliau berkata, pencegahan penyakit jantung tidak boleh bergantung kepada satu pendekatan sahaja.

Katanya, mengawal LDL tetapi membiarkan tekanan darah atau diabetes tidak terkawal masih meninggalkan 'risiko baki' yang boleh membawa kepada komplikasi kardiovaskular.

Oleh itu katanya, pemeriksaan kesihatan secara berkala, pemakanan seimbang, aktiviti fizikal dan pematuhan terhadap rawatan perlu bergerak seiring.

"Jangan menunggu sakit dada atau serangan jantung untuk mula mengambil berat mengenai kesihatan jantung.

"Dalam banyak keadaan, langkah terbaik untuk menyelamatkan jantung adalah mengetahui risikonya sebelum ia memberikan amaran," katanya.

INFO:

Ambil tahu 5 perkara ini:

i. Kolesterol jahat (LDL) - Ketahui paras kolesterol jahat anda.

ii. Tekanan darah - Jangan tunggu sehingga mengalami simptom untuk membuat pemeriksaan.

iii. Paras gula - Diabetes yang tidak dikawal boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.

iv. Berat badan - Obesiti ialah antara faktor risiko yang boleh diubah.

v. 150 mini t - Ia jumlah minimum aktiviti fizikal berintensiti sederhana yang disarankan setiap minggu untuk orang dewasa.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow12:00
Latest 12:10 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
19 Oct, 11:39 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    11:39

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Waspada penyakit kardiovaskular
Berita HarianNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.