
Wirtz tidak layak main kesebelasan utama Liverpool - Carragher
Only social or community posts, or a single source.
What happened
LIVERPOOL: Florian Wirtz tidak sepatutnya berada dalam kesebelasan utama Liverpool buat masa ini, kata Jamie Carragher. (Berita Harian, 16:31)
Read the reporting
1 report
Wirtz tidak layak main kesebelasan utama Liverpool - Carragher
LIVERPOOL: Florian Wirtz tidak sepatutnya berada dalam kesebelasan utama Liverpool buat masa ini, kata Jamie Carragher.
Ikon Kop itu berpendapat satu lagi persembahan hambar selepas rehat antarabangsa sepatutnya menjadi punca utama untuk Andoni Iraola menggugurkan pemain Jerman terbabit
Carragher, 48, lantang mengkritik bintang bernilai £116 juta (RM626 juta) itu kerana kekurangan gol dan bantuan gol bersama The Reds, serta mendakwa pemain itu 'tidak pernah kelihatan seperti akan menjaringkan gol.'
Wirtz, 23, hanya menjaringkan tujuh gol dan menyumbang 11 bantuan gol dalam 56 perlawanan bersama Liverpool.
Carragher percaya pemain tengah menyerang itu perlu melakukan lebih banyak kerja untuk membantu pemain sayap pasukan yang masih muda dan kurang berpengalaman.
Bercakap di Sky Sports selepas kekalahan 0-3 Liverpool kepada Manchester City di Anfield, Carragher berkata 'saya mahu sentuh emula mengenai Florian Wirtz kerana saya pernah mengkritik beliau selepas perlawanan terakhir Liverpool menentang Bournemouth.
"Saya kemudian dikritik sedikit oleh penyokong Liverpool kerana memberi sudut pandang yang negatif. Tetapi apa yang saya katakan ialah ia mungkin harapan terakhir sekiranya Jurgen Klopp boleh membimbing dan memberikannya sokongan ketika beliau bersama skuad Jerman.
"Beliau beraksi dengan sangat baik untuk Jerman di bawah kendalian Jurgen Klopp. Tetapi beliau datang ke sini hari ini, dan saya melihat perlawanan tanpa (Alexander) Isak dan tanpa (Cody) Gakpo, dua penyerang terbaik kita musim ini.
"Kita perlukan (Bradley) Barcola dan kita perlukan Wirtz untuk bangkit membantu Munoz dan Koumas di jentera serangan. (Lewis) Koumas dan (Victor) Munoz beraksi lebih baik daripada dua pemain berharga lebih £100 juta itu (RM520 juta).
"Perkara itu tidak sepatutnya berlaku. Ia memang tidak betul. Keputusan penukaran pemain bukanlah satu isu bagi sesiapa di stadium apabila Liverpool beraksi dengan 10 pemain. Dan tonggak utama yang menyerlah ialah (Ryan) Gravenberch. Beliau bermula agak hambar sebelum ini dan digugurkan daripada pasukan.
"Tidak ada sebab langsung Wirtz perlu beraksi mendahului Gravenberch. Apa yang Florian Wirtz lakukan untuk Liverpool ketika ini masih tidak mencukupi. Beliau sudah beraksi dalam 55 hingga 60 perlawanan untuk Liverpool.
"Jika kita melihat Barcola, beliau baru beraksi empat atau lima perlawanan. Anda memang mahukan lebih lagi tetapi bersabarlah dahulu. Jika anda mengkritik beliau (Barcola), itu agak keterlaluan, tetapi bukan untuk pemain yang sudah beraksi 60 perlawanan."
Wirtz adalah pemain utama yang dikeluarkan oleh Iraola demi merombak struktur pasukan sejurus selepas Ryan Gravenberch dilayangkan kad kuning kedua yang dianggap agak tidak bernasib baik.
Beliau menyambung 'beliau tidak sepatutnya berada dalam kesebelasan utama Liverpool buat masa ini. Saya bukannya mahu menghentam pemain Liverpool. Tetapi kita bukan memperkatakan perkara ini selepas lima atau 10 perlawanan, kita memperkatakannya selepas 50 hingga 60 perlawanan.
"Wirtz langsung tidak kelihatan seperti akan menjaringkan gol. Anda tidak akan keluar dari stadium dengan berfikir beliau terlepas peluang atau menguji penjaga gol.
"Hari ini langsung tiada detik di mana anda terfikir beliau membuat hantaran berbahaya atau hampir menjaringkan gol. Langsung tiada ancaman jaringan daripada beliau." -AGENSI
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian16:31
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.