
1 maut, 19 orang termasuk pelajar Israel cedera akibat letupan ketika aktiviti mendaki
Only social or community posts, or a single source.
What happened
TEL AVIV: Sekurang-kurangnya seorang pendaki terbunuh manakala 19 yang lain cedera pada Isnin apabila bahan letupan yang belum meletup meledak berhampiran sempadan utara Israel dengan Lubnan, menurut laporan media Israel. (Utusan Malaysia, 22:30)
Read the reporting
1 report
1 maut, 19 orang termasuk pelajar Israel cedera akibat letupan ketika aktiviti mendaki
TEL AVIV: Sekurang-kurangnya seorang pendaki terbunuh manakala 19 yang lain cedera pada Isnin apabila bahan letupan yang belum meletup meledak berhampiran sempadan utara Israel dengan Lubnan, menurut laporan media Israel.
Akhbar harian Yedioth Ahronoth melaporkan seorang daripada pendaki yang cedera dalam letupan ketika menyertai lawatan tahunan sekolah itu meninggal dunia, memetik perkhidmatan kecemasan MDA.
Ketika kejadian, sekumpulan pelajar sekolah menengah atas Israel melakukan aktiviti mendaki berhampiran sempadan Lubnan. Letupan itu dipercayai berpunca daripada bahan letupan yang belum meletup, menurut pegawai.
Tentera Israel berkata, anggota tentera dan helikopter dihantar ke lokasi kejadian di utara Israel, wilayah yang menjadi tempat tentera Israel melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas Lubnan, manakala pejuang Hizbullah di negara itu sesekali melancarkan roket merentasi sempadan.
Memetik sumber perubatan, polis Israel berkata, andaian awal ialah letupan itu berpunca daripada bahan letupan yang belum meletup.
Pihak berkuasa perbandaran bandar Maalot-Tarshiha di utara Israel berkata, kejadian itu mencederakan pelajar dan kakitangan sebuah sekolah menengah agama ketika mereka menyertai lawatan.
Sebelum itu, MDA memaklumkan bahawa lapan daripada mangsa mengalami kecederaan parah atau sederhana, manakala anggota paramedik sedang memberikan rawatan kepada mereka.
Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu membatalkan jadualnya dan sedang meneliti perkembangan berhubung insiden serius itu, menurut pejabatnya.
“Perdana Menteri meminta supaya mangsa yang cedera dipindahkan ke hospital secepat mungkin dan beliau terus mengadakan penilaian secara berterusan,” menurut kenyataan pejabat Netanyahu.
Tentera Israel berkata, anggota tenteranya berada di lokasi untuk memberikan bantuan, manakala helikopter tentera udara sedang menuju ke tempat kejadian. – AGENSI
The post 1 maut, 19 orang termasuk pelajar Israel cedera akibat letupan ketika aktiviti mendaki appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia22:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.