Malaysian Attention Engine
Live wire
35Lelaki dihanyutkan arus deras di Sungai Chuah35Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut34Business : iCents Group Secures Semiconductor Facility Project Worth RM36.15 Mln33CMF’s first wireless speakers look like musical milk cartons33General : Influencers Should Not Exploit 3R Issues For Social Media Content – Yuneswaran31Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok31'Isteri kata mahu duduk lama di kampung...' - Suami reda kehilangan isteri dan bayi31Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM30General : Sarawak To Work Closely With Fed Govt To Set Framework For SEZ30General : Tuanku Muhriz Will Not Attend Conference of Rulers Meeting29Angka ekonomi cantik tapi rakyat masih terhimpit – Hamzah29Perkukuh strategi kurangkan risiko kebergantungan E&E
NewConfirmedupdated 38 min ago

'Isteri kata mahu duduk lama di kampung...' - Suami reda kehilangan isteri dan bayi

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
45
no previous hour
Momentum
48
2 vs 0 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 22:52 MYTLatest activity 12 Oct, 23:20BMconfidence 80%

What happened

'Isteri kata mahu duduk lama di kampung...' - Suami reda kehilangan isteri dan bayi (Harian Metro, 22:52)

Read the reporting

2 reports
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

'Isteri beritahu nak duduk lama di kampung' - Suami mangsa kemalangan Gua Musang

By Nor Amalina Alias · 12 Oct, 23:20 MYT

PASIR PUTEH: "Isteri ada beritahu lepas habis berpantang mahu balik dan duduk lama sikit di kampung," kata Muhammad Zulfadhli Humaidi, suami mangsa kemalangan maut, Maslina Md Shafei.

Muhammad Zulfadhli, 33, berkata, arwah isterinya juga begitu teruja mahu memperkenalkan dan membawa balik anak mereka yang baru dilahirkan, Medina El Zahra untuk berjumpa keluarga mereka di Kelantan kerana isterinya bersalin di Kuala Lumpur, September lalu.

"Saya ingat niat dialah, dia kata dah lama lepas pantang, dia nak balik kampung, nak duduk lama sikit.

"Jadi, sekarang saya fahamlah niat dia (rupanya hasrat terakhir), sebab sebelum ni saya tangguh, tangguh dulu (balik kampung) sebab bagi habis pantang, biar ibu, anak stabil dulu.

"Sehinggalah semalam, bila mak saudara dia meninggal, dia minta balik kampung, jadi tak apalah, baby pun dah stabil, jadi izin dia balik (kampung)," katanya ketika ditemui di Masjid As Saadah, Kampung Permatang Gading, di sini, malam ini.

Muhammad Zulfadhli berkata, isterinya juga sempat mengirim mesej terakhir jam 4 petang lebih memaklumkan mereka sudah berada di Pahang dan mahu memasuki Gua Musang.

Jenazah Maslina, 33, dan anaknya selamat dikebumikan dalam satu liang lahad jam 10 malam ini di Tanah Perkuburan Islam As Saadah, Kampung Permatang Gading.

Terdahulu, suasana pilu menyelubungi Masjid As Saadah sebaik jenazah dua beranak itu tiba jam 7.15 malam dan suasana bertambah sebak ketika ahli keluarga dan rakan-rakan memberikan penghormatan terakhir buat kedua mereka.

Lebih memilukan, apabila kebanyakan ahli keluarga menangis dan menitiskan air mata kerana bertemu pertama kali dengan bayi Maslina dalam keadaan sudah tidak bernyawa terutamanya bapa arwah, Shafei Awang Besar, yang baru kehilangan kakak, Saudah Awang Besar.

Shafei berkata, dia sempat bertemu Maslina dan melihat cucunya ketika ke Kuala Lumpur, Rabu lalu dan sempat menghabiskan masa selama tiga hari di sana.

Katanya, tiada sebarang perubahan pelik ditunjukkan anaknya namun dia redha kehilangan anak dan cucu selain turut kematian kakak dalam tempoh yang sama.

Maslina dan anaknya Medina meninggal dunia ketika perjalanan pulang ke Kampung Permatang Gading,Pasir Puteh untuk melawat Saudah yang terlebih dahulu meninggal dunia mengejut selepas demam beberapa hari pada jam 11 pagi semalam.

Jenazah kedua-dua mangsa turut dikebumikan bersebelahan kubur ibu saudara Maslina yang baharu meninggal dunia.

Maslina yang menaiki kereta bersama abangnya dan ahli keluarga lain terbabit kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk tiga kereta Perodua Myvi dan satu motosikal Yamaha Modenas di Jalan Gua Musang - Kuala Krai dekat Rancangan Kemajuan Tanah (KESEDAR) Paloh 3, Gua Musang, jam 5.15 petang.

Kemalangan turut membabitkan tujuh lagi mangsa termasuk abang Maslina, Azizi yang turut cedera parah akibat kemalangan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Berita Harian’s feed.Read at Berita Harian

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 mentions in the last hour after none the hour before
  • 2 independent sources, 2 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 46first news pick-upNEWnow23:00
Latest 23:50 MYT
45New
Mentions / h2Velocity0.03/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Harian Metro (News)
12 Oct, 22:52 MYT
Origin confidence 90% · 28 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    22:52

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.