Malaysian Attention Engine
Live wire
48General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am46Dewan Rakyat: Bantuan isi rumah M40, peruntukan sekolah antara fokus hari ini43Tiger Shroff selamat daripada cubaan tembak40Letupan, kebakaran di pangkalan tentera Kanada ragut beberapa nyawa39World : Canadian PM Confirms 4 Killed In Military Base Fire38Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq38PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang36Kampung Manis: Impian 227 keluarga miliki kediaman gantian semakin hampir3626 peserta sempurnakan misi tawan puncak Kinabalu35General : UMT Strengthens Global Standing This Year35World : 550,000 Take Part France Protests, 400 Arrested: Minister35Sport : Pearly-Thinaah Advance To Denmark Open Quarter-finals
NewConfirmedupdated 13 min ago

Dewan Rakyat: Bantuan isi rumah M40, peruntukan sekolah antara fokus hari ini

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
46
no previous hour
Momentum
48
2 vs 0 mentions/h
Sources
3
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 08:22 MYTLatest activity 19 Oct, 09:02BMconfidence 86%

What happened

KUALA LUMPUR: Isu bantuan kepada isi rumah kumpulan M40, peruntukan program sekolah dan Kampung Angkat MADANI serta keberkesanan Program Zon Tumpuan Pelancongan Patuh (ZTPP) antara perkara yang dijadual dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. (Berita Harian, 08:22)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Dewan Rakyat: Bantuan isi rumah M40, peruntukan sekolah antara fokus hari ini

By BERNAMA · 19 Oct, 08:22 MYT

KUALA LUMPUR: Isu bantuan kepada isi rumah kumpulan M40, peruntukan program sekolah dan Kampung Angkat MADANI serta keberkesanan Program Zon Tumpuan Pelancongan Patuh (ZTPP) antara perkara yang dijadual dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) meminta Menteri Kewangan menjelaskan langkah membantu isi rumah M40 yang tidak lagi layak menerima bantuan bersasar, tetapi terkesan dengan peningkatan kos sara hidup, termasuk mekanisme menilai semula kelayakan berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan semasa.

Datuk Dr Richard Rapu @ Aman anak Begri (GPS-Betong) pula meminta Menteri Kewangan menjelaskan pecahan terperinci peruntukan RM50 juta dan RM200 juta dibelanjakan bagi program sekolah, serta Kampung Angkat MADANI bagi memastikan ketelusan impak kewangan dan bilangan sebenar penerima manfaat Program Perumahan Rakyat (PPR).

Turut dijangka menjadi tumpuan ialah pertanyaan Hassan Saad (PN-Baling) yang meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan petunjuk prestasi bagi menilai keberkesanan Program Zon Tumpuan Pelancongan Patuh (ZTPP) dalam mengurangkan aduan harga keterlaluan.

Turut disenaraikan ialah pertanyaan Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) mengenai status pelaksanaan Dasar Wanita Negara 2025-2030 setakat ini.

Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) pula meminta Menteri Komunikasi menjelaskan sama ada kementerian bercadang memperluas had umur penggunaan media sosial kepada platform permainan dalam talian, khususnya yang mempunyai ramai pengguna kanak-kanak dan remaja.

Selesai sesi soal jawab, persidangan dewan dijadual diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 pada peringkat dasar, susulan pembentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan pada 9 Oktober lalu.

Menurut takwim Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-15, perbahasan Belanjawan 2027 pada peringkat dasar berlangsung dari 12 hingga 22 Oktober, sebelum sesi penggulungan oleh menteri berkaitan selama empat hari bermula 26 Oktober.

Persidangan Dewan Rakyat berlangsung selama 37 hari hingga 8 Disember ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 mentions in the last hour after none the hour before
  • 2 independent sources, 2 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 46first news pick-upNEWnow09:00
Latest 09:10 MYT
46New
Mentions / h2Velocity0.03/minSources3Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Astro Awani (BM)) source

Where it started

Berita Harian (News)
19 Oct, 08:22 MYT
Origin confidence 60% · 7 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    08:22

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Astro Awani (BM), Berita Harian

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (3)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.