
4 syarikat hiburan K-pop boikot Anugerah Grammy 2027
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SEOUL: Keputusan kumpulan popular Korea Selatan, BTS, memboikot Anugerah Grammy 2027 susulan pengenalan kategori baharu muzik pop Asia, dilihat semakin berkembang menjadi pendirian bersama industri muzik K-pop apabila artis daripada empat syarikat hiburan terbesar Korea Selatan dilapor tidak menghantar karya untuk dipertimbangkan. (Berita Harian, 07:03)
Read the reporting
1 report
4 syarikat hiburan K-pop boikot Anugerah Grammy 2027
SEOUL: Keputusan kumpulan popular Korea Selatan, BTS, memboikot Anugerah Grammy 2027 susulan pengenalan kategori baharu muzik pop Asia, dilihat semakin berkembang menjadi pendirian bersama industri muzik K-pop apabila artis daripada empat syarikat hiburan terbesar Korea Selatan dilapor tidak menghantar karya untuk dipertimbangkan.
Laman analisis Grammy, The Grammy Guru, melaporkan, tiada artis naungan HYBE, YG Entertainment, JYP Entertainment atau SM Entertainment menghantar lagu bagi kategori Persembahan Muzik Pop Asia Terbaik pada Anugerah Grammy ke-69 yang dijadualkan berlangsung, tahun depan.
Penganjur Anugerah Grammy, Recording Academy baru-baru ini memperkenalkan kategori Persembahan Muzik Pop Asia Terbaik yang merangkumi genre muzik pop Asia, termasuk K-pop, J-pop dan C-pop.
Bagaimanapun, langkah berkenaan mencetuskan perdebatan mengenai sama ada pengasingan artis Asia dalam kategori khusus mengikut rantau berpotensi memisahkan mereka daripada persaingan Grammy yang lebih luas, bukannya memperluas pengiktirafan terhadap karya mereka, lapor The Korea Times.
BTS sebelum ini mengumumkan tidak akan menghantar karya untuk dipertimbangkan Grammy, dengan keputusan itu dilihat secara meluas sebagai bantahan terhadap pengenalan kategori baharu berkenaan.
"Kami berharap muzik dapat didengar dan digemari kerana muzik itu sendiri, bukannya dibahagikan mengikut rantau atau bahasa," kata kumpulan itu ketika menjelaskan keputusan berkenaan, beberapa bulan lalu.
Pendirian itu kini dilihat turut mendapat perhatian dalam industri K-pop secara keseluruhan.
Agensi BTS, BigHit Music, ialah label di bawah HYBE. Artis daripada label HYBE lain, termasuk Belift Lab, ADOR dan Source Music, juga tidak menghantar lagu bagi kategori berkenaan.
Artis di bawah YG Entertainment, JYP Entertainment dan SM Entertainment turut mengambil pendirian sama, sekali gus menyaksikan beberapa nama besar K-pop di peringkat antarabangsa, termasuk Blackpink, Twice, Stray Kids dan Hearts2Hearts, tidak tersenarai dalam kategori itu.
Ketiadaan beramai-ramai artis berkenaan cukup ketara mengambil kira hubungan Grammy yang sekian lama menjadi perdebatan dalam kalangan peminat K-pop. Meskipun genre itu mencatat kejayaan komersial global dan mempunyai pengaruh budaya yang besar, anugerah berkenaan sering berdepan kritikan daripada peminat serta pemerhati industri yang berpendapat artis Korea masih kurang mendapat pengiktirafan dalam kategori utama.
BTS, antara kumpulan Korea paling berjaya dari segi komersial pada peringkat global, pernah menerima beberapa pencalonan Grammy, namun masih belum memenangi sebarang trofi anugerah berkenaan.
Pengenalan kategori khusus muzik pop Asia kini sekali lagi mencetuskan perdebatan itu. Walaupun kategori berkenaan berpotensi meningkatkan keterlihatan muzik pop Asia di Grammy, pengkritik mempersoalkan sama ada pengelasan muzik berdasarkan geografi dan bahasa akan mewujudkan ruang persaingan berasingan bagi artis yang selama ini turut bersaing dalam arus perdana global.
Anugerah Grammy Ke-69 dijadual berlangsung di Crypto.com Arena, Los Angeles, pada 7 Februari tahun depan. - AGENSI
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian07:03
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.