
80 tahun beza usia bukan penghalang cinta
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
80 tahun beza usia bukan penghalang cinta (Harian Metro, 10:40)
Read the reporting
1 report
80 tahun beza usia bukan penghalang cinta
Mexico: Cinta tidak mengenal usia.
Itu gambaran kisah wanita berusia 96 tahun yang mencipta rekod perkahwinan luar biasa apabila mendirikan rumah tangga dengan jejaka berusia 18 tahun yang hampir 80 tahun lebih muda daripadanya.
Perkahwinan pasangan yang tidak didedahkan identiti itu dipercayai mencatatkan jurang usia paling besar di Mexico iaitu 78 tahun.
Menurut laporan Daily Star, majlis perkahwinan berkenaan berlangsung di Quintana Roo, sebuah negeri di Semenanjung Yucatán, tenggara Mexico yang turut menempatkan destinasi pelancongan popular, Cancún.
Perkahwinan itu didedahkan Statistik Perkahwinan (EMAT) yang dikeluarkan Institut Statistik dan Geografi Kebangsaan (INEGI), namun maklumat lanjut mengenai pasangan terbabit tidak diperoleh berikutan rekod rasmi yang terhad.
Bagaimanapun, perkahwinan itu bukan satu-satunya perkahwinan membabitkan pasangan dengan jurang usia besar di Mexico sepanjang 2025.
Di Morelia, Michoacán, wanita berusia 96 tahun turut berkahwin dengan lelaki berusia 19 tahun manakala di Xicoténcatl, Tamaulipas, lelaki berusia 90 tahun mendirikan rumah tangga dengan wanita berusia 18 tahun, masing-masing mencatatkan jurang usia 77 dan 72 tahun.
Sementara itu, wanita berusia 61 tahun dari Argentina, Sundari turut berkongsi rahsia hubungannya dengan lelaki berusia 35 tahun dikenali sebagai Maxi yang ditemuinya ketika menghadiri satu majlis.
Sundari yang mempunyai dua anak lelaki berusia 29 dan 33 tahun berkata, mereka memilih tinggal berasingan dan hanya bertemu pada hujung minggu bagi memberi ruang kepada kehidupan masing-masing.
"Saya suka keadaan ini kerana masih mempunyai masa untuk diri sendiri. Sebelum ini, saya pernah berkahwin dan tinggal bersama pasangan selama 20 tahun.
"Maxi biasanya datang pada Sabtu dan tinggal sehingga Isnin. Sepanjang minggu, kami saling menghantar mesej romantis pada waktu pagi dan sebelum tidur," katanya.
Naib Presiden Scripted, Disney+ EMEA, Lee Mason berkata, kajian mengenai hubungan pasangan berbeza usia membabitkan 2,000 orang dewasa di United Kingdom mendapati 71 peratus responden tidak kisah mengenai jurang usia besar, asalkan mempunyai tahap kematangan dan matlamat hubungan yang seiring.
"Walaupun hubungan pasangan berbeza usia sering mengundang tanggapan tertentu, kajian menunjukkan ramai sebenarnya terbuka terhadap hubungan sedemikian dengan lebih mengutamakan nilai bersama, matlamat hidup dan keserasian emosi," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro10:40
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.