
Arteta gesa hormati proses kes kewangan Man City
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Arteta gesa hormati proses kes kewangan Man City (Google News Malaysia (BM), 07:00)
Read the reporting
2 reports
Maresca yakin Man City menang rayuan kes kewangan
MANCHESTER: Pengendali Manchester City, Enzo Maresca menegaskan beliau yakin sepenuhnya kelab itu akan memenangi rayuan selepas didapati bersalah atas lebih 100 pelanggaran peraturan kewangan Liga Perdana Inggeris.
Dalam sidang media pertamanya sejak pengumuman mengejut minggu lalu, pengendali dari Itali itu turut menolak dakwaan bahawa kejayaan City meraih pelbagai trofi sepanjang 15 tahun lalu kini tercemar.
"Saya percaya sepenuhnya kepada kelab ini. Saya percaya kepada kelab ini kerana saya mempercayai orang di dalamnya.
"Itulah juga sebab saya menyertai kelab ini. Tiada kelab lain di dunia yang saya mahu sertai," kata Maresca, yang dilantik sebagai pengendali City pada Jun lalu selepas pernah berkhidmat di Etihad sebagai anggota barisan kejurulatihan Pep Guardiola.
Suruhanjaya bebas mendapati City menggunakan perjanjian kontrak "palsu" dengan beberapa rakan niaga komersial bagi meningkatkan pendapatan secara tidak wajar dan mengurangkan kos melebihi 900 juta pound (RM4,725 juta) dalam tempoh sembilan musim antara tahun 2009 hingga 2018.
Kelab yang menjuarai liga utama England sebanyak 10 kali itu terus menafikan sebarang salah laku dan sedang mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.
City berkemungkinan berdepan pemotongan mata yang besar sehingga boleh menyebabkan mereka tersingkir ke liga bawahan atau digugurkan daripada Liga Perdana Inggeris sekiranya gagal mengetepikan keputusan itu.
"Saya menyertai kelab ini kerana saya menaruh kepercayaan 100 peratus kepada pemilik, ketua pegawai eksekutif, pengarah sukan dan seluruh organisasi kelab. Jadi, saya tidak mempunyai sebarang keraguan.
"Saya sudah berbincang dengan pihak kelab dan kami semua yakin. Masa yang sesuai untuk bercakap mengenai perkara ini ialah selepas kami memenangi rayuan," katanya.
Sejak pengambilalihan yang disokong Abu Dhabi pada tahun 2008, City berkembang menjadi kuasa dominan bola sepak England.
Mereka memenangi lapan kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara Eropah serta beberapa trofi lain sepanjang 15 tahun lalu.
Maresca menolak dakwaan bahawa kejayaan berkenaan kini tercemar susulan keputusan kes kewangan itu.
Bagaimanapun, pengendali Manchester United, Michael Carrick, berkata beliau secara peribadi terkesan kerana terlepas peluang menjuarai Liga Perdana Inggeris ketika beraksi bersama The Red Devils pada musim 2011-12, ketika City muncul juara.
"Saya mempunyai persoalan sendiri mengenai perkara ini. Ia memberi kesan kepada saya secara peribadi dalam pelbagai cara sepanjang tempoh tertentu.
"Situasi ini belum pernah berlaku sebelum ini. Ia keadaan yang unik pada tahap sebegini, dengan kesan besar dalam pelbagai aspek. Jadi, kita semua perlu mengetahui apa yang akan berlaku selepas ini. Saya fikir perkara itu jelas," kata Carrick.
Liverpool juga mempunyai sebab untuk mengikuti perkembangan kes berkenaan selepas tiga kali menamatkan saingan di belakang City dalam tempoh 12 tahun lalu.
City akan beraksi buat kali pertama sejak keputusan bersalah diumumkan apabila bertandang ke Anfield pada Ahad. Pengendali Liverpool, Andoni Iraola, turut meminta ketidaktentuan yang menyelubungi Liga Perdana Inggeris itu diperjelas secepat mungkin.
"Saya fikir perkara paling buruk ialah ketidaktentuan kerana tiada siapa tahu apa yang akan berlaku," kata pengendali dari Sepanyol itu.
Guardiola meninggalkan jawatan pengendali pada penghujung musim lalu selepas sedekad penuh kejayaan di Etihad. Bagaimanapun, beliau dijangka menghadiri perlawanan seterusnya di laman sendiri menentang Paris Saint-Germain pada Rabu sebagai tanda sokongan kepada kelab itu.
Maresca pula memulakan tugasnya dengan cemerlang apabila City memenangi kesemua lima perlawanan Liga Perdana Inggeris setakat ini untuk mendahului carta liga.
City dijangka menerima sambutan hangat ketika bertandang ke Anfield, gelanggang seteru utama mereka. Namun, Maresca menegaskan pemainnya akan terus memberikan tumpuan kepada perlawanan itu.
"Suasana mungkin menjadi lebih hangat. Namun, saya memilih kerjaya sebagai pengendali kerana mahu menghadapi perlawanan seperti ini.
"Ketika ini, kami berada di puncak liga. Jadi, pemain mempunyai segala sebab untuk berasa gembira dan teruja," tambahnya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 3 independent sources
- Driven by news coverage (5 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)07:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Google News Malaysia (BM), Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (5)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.