Malaysian Attention Engine
Live wire
51`Orang baik ini kita nak pertahankan, orang ini yang pimpin negara kita' - PM pertahan Anthony Loke51Pemandu teksi antara penyokong paling setia ketika Reformasi 1998 - PM Anwar46'Tambah sengsara penduduk!' - Teresa bidas Bandar Mandani Bukit Jalil45Kes Nhaveen: Pendakwaan kemuka empat alasan utama mohon empat tertuduh disabit kesalahan4415,000 anggota dan veteran ATM disasar manfaat MyBakat Veteran44Tiada saksi kejadian, CCTV di asrama sekolah - penyiasat polis42Pergaduhan libat 5 lelaki bersejata di Taman Medan Jaya bukan isu perkauman - Polis42General : Parliamentary Service Council Expected To Be Fully Operational By December - Johari40Jangan lantik ulama ‘zalim’ Mesir jadi penasihat, Saifuddin beritahu Anwar40General : Parliamentary Services Act Fulfils MADANI Govt's Reform Pledge - Anwar39Saudi Aramco administrative building attacked, limited fire reported38Fruit seller killed, another injured as logging trailer crashes near Sandakan
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Asap tebal, paya, haiwan buas halang usaha padam kebakaran di Kalimantan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 15:31 MYTLatest activity 14 Oct, 15:31BMconfidence 60%

What happened

JAKARTA: Asap tebal akibat kebakaran hutan di Indonesia menghalang operasi pesawat pemadam kebakaran di Kalimantan Tengah sejak seminggu lalu. (Berita Harian, 15:31)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Asap tebal, paya, haiwan buas halang usaha padam kebakaran di Kalimantan

14 Oct, 15:31 MYT

JAKARTA: Asap tebal akibat kebakaran hutan di Indonesia menghalang operasi pesawat pemadam kebakaran di Kalimantan Tengah sejak seminggu lalu.

Selain itu, kawasan berpaya dan haiwan buas turut merumitkan usaha mengawal api yang mengancam habitat orang utan terkenal di dunia itu.

Anggota bomba turut menghadapi cabaran kekurangan peralatan ketika kebakaran merebak ke kawasan seluas lebih 500 hektar di Taman Negara Tanjung Puting serta sekitar Kotawaringin Barat dan Seruyan.

Demikian menurut maklumat daripada mesyuarat yang dipengerusikan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, pada 12 Oktober.

Setiausaha Kabinet, Teddy Indra Wijaya, pada 13 Oktober mendedahkan laporan Mejar Jeneral Zainul Arifin, bahawa jarak penglihatan di sekitar taman itu merosot kepada 500 meter, menghalang operasi 'pengeboman' atau curahan air oleh pesawat awam.

Kebakaran itu turut menyebabkan jerebu di beberapa kawasan Asia Tenggara, menjejas penerbangan, penutupan sekolah dan menimbulkan kebimbangan kesihatan awam.

Tawaran bantuan daripada Singapura dan Malaysia tidak dibincangkan dalam mesyuarat itu.

Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Suharyanto, berkata 639.23 hektar tanah masih terbakar di enam wilayah keutamaan setakat 12 Oktober, daripada hampir 130,000 hektar yang telah hangus.

"Khususnya di Kalimantan Tengah, helikopter pemadam api tidak dapat beroperasi sejak seminggu lalu kerana jarak penglihatan yang terhad," katanya.

Pesawat tidak dapat beroperasi dari Palangka Raya, ibu kota Kalimantan Tengah, dan Banjarmasin di Kalimantan Selatan, menyebabkan usaha pemadaman bergantung pada operasi darat.

Penerbangan untuk merangsang hujan serta penerbangan komersial turut terjejas.

Menurut Teddy, lebih 60,177 anggota dikerahkan, dengan purata lebih 80 peratus kawasan yang baru terbakar berjaya dipadamkan setiap hari.

Tanjung Puting di Pulau Borneo terkenal dengan pemuliharaan orang utan dan pelancongan hutan.

Mejar Jeneral Zainul berkata tapak kebakaran berada di merata-rata, berpaya dan didiami haiwan berbahaya termasuk buaya serta ular. Maka, mereka perlu berhati-hati semasa memasuki kawasan itu.

Menurutnya, taman itu menerima 247 pelancong asing pada 12 Oktober dan 66,000 pengunjung sepanjang 2026.

Pasukan pemadam api bekerjasama dengan pegawai pengurusan bencana, polis dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan keselamatan anggota ketika memasuki kawasan terjejas, namun masih kekurangan peralatan penting.

Mejar Jeneral Zainul berkata pam air sedia ada masih digunakan untuk menyejukkan kawasan yang kebakarannya telah dipadamkan, manakala pam tambahan sukar diperoleh dan kadangkala terpaksa dibawa dari Jawa.

Apabila beliau meminta 50 pam tambahan, Prabowo berjanji menghantar 200 unit.

Beliau turut meminta pasukan penggerudi telaga air memadamkan api di kawasan yang tidak dapat dilalui kenderaan.

Air bawah tanah boleh diperoleh pada kedalaman 10 hingga 15 meter, dengan kos penggerudian sekitar 10 juta rupiah (RM2,280) bagi setiap telaga.

Prabowo kemudian menjanjikan dua bilion rupiah bagi 200 telaga, yang boleh digerudi dengan bantuan penduduk tempatan. - AGENSI

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow16:00
Latest 16:36 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
14 Oct, 15:31 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    15:31

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.