
Jangan lantik ulama ‘zalim’ Mesir jadi penasihat, Saifuddin beritahu Anwar
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Indera Mahkota MP Saifuddin Abdullah said the cleric supported an army general who overthrew a democratically elected president and justified the killing of thousands of the ousted leader’s supporters. (Bernama pic) KUALA LUMPUR: Former foreign minister Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) today urged Prime Minister Anwar Ibrahim not to appoint an Egyptian scholar to the government's new Islamic scholarship advisory council. (Free Malaysia Today, 14:26)
Read the reporting
3 reports
Jangan lantik ulama ‘zalim’ Mesir jadi penasihat, Saifuddin beritahu Anwar
Bekas menteri luar, Saifuddin Abdullah berkata melantik ulama itu akan menghantar mesej yang tidak baik dalam usaha meningkatkan pendidikan Islam dalam kalangan kanak-kanak. KUALA LUMPUR: Bekas menteri luar, Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota), menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya tidak melantik seorang ulama Mesir ke dalam Majlis Penasihat Pondok dan Turath yang dicadangkan kerajaan.
Saifuddin memberitahu Dewan Rakyat bahawa ulama itu pernah menyokong jeneral tentera yang menggulingkan seorang presiden yang dipilih secara demokratik di negara Timur Tengah, serta menghalalkan pembunuhan ribuan penyokong pemimpin yang digulingkan itu.
Walaupun tidak menamakan ulama berkenaan, beliau dipercayai merujuk kepada bekas mufti besar Mesir, Sheikh Ali Gomaa, yang menurut Anwar akan terlibat dalam majlis penasihat berkenaan.
“Jangan lantik ulama jahat dan zalim itu kerana hantar mesej yang tidak baik kalau kita benar-benar ingin meningkatkan pendidikan Islam untuk anak-anak kita,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2027.
Saifuddin merujuk rampasan kuasa di Mesir pada 2013, apabila menteri pertahanan ketika itu, Abdel Fattah el-Sisi, menggulingkan Presiden Mohamed Morsi.
Menurut Human Rights Watch, pasukan keselamatan membunuh sekurang-kurangnya 817 penunjuk perasaan semasa tindakan keras di Dataran Rabaa, Kaherah.
Gomaa secara terbuka menyokong tentera dan mempertahankan penggunaan kekerasan terhadap penentang bersenjata.
Bagaimanapun, beliau menafikan mengeluarkan fatwa yang membenarkan pembunuhan penunjuk perasaan aman, dengan berkata kenyataannya merujuk kepada mereka yang menyerang pasukan keselamatan menggunakan senjata.
Anwar mengumumkan penubuhan Majlis Penasihat Pondok dan Turath dalam ucapan belanjawannya pada Jumaat lalu, dengan berkata inisiatif itu bertujuan memelihara tradisi keilmuan Islam.
Beliau menamakan Gomaa dan Sheikh Idris al-Fasi dari Maghribi sebagai ulama antarabangsa yang terlibat dalam inisiatif itu, tetapi tidak memperincikan peranan mereka.
Saifuddin berkata Malaysia boleh melantik ulama Islam lain ke dalam majlis itu sebagai alternatif.
“Ramai lagi ulama tempatan, di Indonesia dan Timur Tengah yang boleh kita rujuk untuk mendapatkan nasihat yang baik.”
Why it is new
- Spread across News, YouTube
- 4 independent sources, 1 new in the last hour
- Driven by news coverage (5 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, mixed-language, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Free Malaysia Today) source
- NewsFirst news outlet reports it (Google News Malaysia (EN)) source
- NewsFirst news outlet reports it (Free Malaysia Today) source
- LanguageFirst Bahasa Malaysia coverage (Free Malaysia Today) source
- SpreadYouTube discussion begins (Free Malaysia Today (YouTube)) source
- LanguageFirst mixed-language coverage (Free Malaysia Today (YouTube)) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today14:26
- Step 2YouTube (mainstream)Free Malaysia Today (YouTube)15:39 · +73 min
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 4 established outlet(s): Free Malaysia Today, Free Malaysia Today (YouTube), Google News Malaysia (EN), Malaysiakini (BM)
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (6)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News · YouTube. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.