Malaysian Attention Engine
Live wire
58Laporan awal nahas helikopter Long Lellang dibentangkan kepada Kabinet esok50BYD lantik Inokom sebagai rakan pemasangan EV di Malaysia49Kontroversi isu New Age Movement: 'Tidak adil hukum saya hanya berdasarkan cerita sebelah pihak' - Marhamah46Bekas pengarah pusat pendidikan IPTA didakwa esok46Ella dedah hampir bersara dari dunia nyanyian selepas bapa meninggal dunia43Malaysia pertimbang anjur F1 secara berkala, kerjasama negara lain36Remaja mati dipukul, diseksa, 14 termasuk dua bawah umur didakwa hari ini36Akmal Saleh tinggalkan DUN Merlimau?36Remaja ditahan bantu siasatan kes rogol pelajar perempuan di pasar34Jeremy, Eei Hui tolak lamaran BAM34Man drives SUV 130m down train tracks in Port Klang, police say KTMB investigating34Meet the XBOX Nano Controller
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Bayar balik pinjaman PTPTN tanggungjawab demi generasi akan datang

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 10:15 MYTLatest activity 15 Oct, 10:15BMconfidence 60%

What happened

SHAH ALAM - Berpegang kepada prinsip hutang wajib dibayar merupakan antara dorongan besar kepada Mohd Rafiz Zainun, 39, untuk membuat bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diterimanya bagi membiayai pengajian sebelum ini.Menurutnya, perkara itu bukan sekadar tanggungjawab peribadi, sebaliknya penting bagi memastikan peluang pendidikan tinggi terus dinikmati generasi akan datang.Mohd Rafiz yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Polisi dan Sekitaran Sosial) dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berkata, pinjaman berjumlah kira- kira RM21,000 (Sinar Harian, 10:15)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·3 min read

Bayar balik pinjaman PTPTN tanggungjawab demi generasi akan datang

By NURUL HUDA HUSAIN · 15 Oct, 10:15 MYT

SHAH ALAM - Berpegang kepada prinsip hutang wajib dibayar merupakan antara dorongan besar kepada Mohd Rafiz Zainun, 39, untuk membuat bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diterimanya bagi membiayai pengajian sebelum ini.Menurutnya, perkara itu bukan sekadar tanggungjawab peribadi, sebaliknya penting bagi memastikan peluang pendidikan tinggi terus dinikmati generasi akan datang.Mohd Rafiz yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Polisi dan Sekitaran Sosial) dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berkata, pinjaman berjumlah kira- kira RM21,000 yang diterimanya ketika melanjutkan pengajian banyak membantu beliau menamatkan pengajian pada 2009."Saya mula bayar pada 2011, tetapi tidak konsisten. Apabila sudah bekerja, saya mula mencari jalan untuk menyelesaikan bayaran tersebut. Pada 2015, saya bertanya kepada seorang rakan yang bekerja dengan PTPTN mengenai kaedah pembayaran dan beliau mencadangkan supaya menggunakan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)."Walaupun jumlah dalam KWSP ketika itu tidak mencukupi untuk melangsaikan keseluruhan pinjaman, saya tetap membuat pemotongan dan bayaran secara bulanan," katanya yang ketika ini bekerja dalam sektor perladangan di bawah kumpulan FGV Holdings Berhad (FGV).Mengimbas cabaran membayar balik pinjaman, ujarnya antara perkara paling sukar adalah untuk kekal konsisten selepas memasuki alam pekerjaan kerana perlu mengurus pelbagai komitmen lain seperti bayaran rumah dan kenderaan."Namun, bagi saya yang paling penting ialah istiqamah. Kalau sudah bekerja dan ada kemampuan, kita perlu cari ruang untuk bayar," katanya."Terima kasih PTPTN kerana menyediakan pinjaman pendidikan ini kerana ia banyak membantu pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian," katanya.Sehubungan itu, dia menasihatkan graduan yang masih mempunyai pinjaman PTPTN supaya tidak menangguhkan bayaran, sebaliknya mula membayar sebaik sahaja mempunyai pekerjaan dan sumber pendapatan.Sementara itu, seorang lagi peminjam PTPTN, Mohd Firdaus Abdul Rahim, 37 mula membuat bayaran balik pinjaman selepas tamat pengajian pada 2012.Mohd Firdaus yang kini bekerja dengan sebuah syarikat perkapalan di ibu negara berkata, dia menerima pinjaman PTPTN berjumlah kira-kira RM19,500 ketika melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Maritim di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 2009.Menurutnya, selepas tiga tahun tamat pengajian, dia mula membuat bayaran balik, namun ia tidak konsisten dan keadaan menjadi lebih mencabar apabila dirinya hilang pekerjaan selepas syarikat terdahulu menutup operasi."Saya menggunakan simpanan KWSP untuk membantu melangsaikan sebahagian baki pinjaman, selain memanfaatkan diskaun bayaran balik yang ditawarkan PTPTN pada ketika itu," katanya.Menurutnya, dorongan terbesar untuk melunaskan pinjaman tersebut datang daripada nasihat ibu bapanya yang mengingatkan bahawa hutang perlu dibayar."Terima kasih kepada PTPTN kerana membantu memberi peluang kepada saya untuk melanjutkan pengajian melalui pembiayaan ini. Saya rasa bangga dan bersyukur kerana dapat melunaskan hutang yang dipinjam," katanya.Dalam pada itu, melalui #PTPTNBolehBincang, peminjam yang menghadapi kesukaran membuat bayaran balik pinjaman boleh berbincang atau berunding untuk pelan pembayaran fleksibel iaitu penstrukturan semula bayaran balik pinjaman mengikut kemampuan kewangan masing-masing.PTPTN bukan sahaja memberi ruang kepada peminjam untuk menyusun semula komitmen kewangan, malah memastikan kelestarian dana pinjaman agar dapat terus dimanfaatkan oleh generasi pelajar akan datang.PTPTN juga melaksanakan pendekatan proaktif iaitu inisiatif #PTPTNSediaBantu bagi memudahkan peminjam berurusan dengan menyediakan pelbagai saluran perkhidmatan yang lebih mudah, cepat dan selamat.Terbaharu, inisiatif yang diumumkan kerajaan menerusi Belanjawan 2027 mampu memperkukuh kebajikan peminjam, di samping memastikan kelestarian dana pembiayaan pendidikan negara.Antara inisiatif diumumkan ialah penangguhan bayaran balik pinjaman kepada peminjam yang berpendapatan sehingga RM2,500 sebulan, manakala peminjam berpendapatan antara RM2,501 hingga RM3,000 hanya dikenakan bayaran minimum RM50 sebulan.Selain itu, peminjam yang tidak mempunyai tunggakan dan membuat bayaran balik secara teratur akan menikmati diskaun 10 peratus dan majikan yang membuat bayaran balik pinjaman PTPTN bagi pihak pekerja pula diberikan potongan cukai.Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam menyesuaikan komitmen bayaran balik mengikut kemampuan kewangan peminjam.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow11:00
Latest 11:07 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
15 Oct, 10:15 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    10:15

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.