
Belayar bukan hobi mahal
Only social or community posts, or a single source.
What happened
READY to tack! Green pull! Mendengar arahan nakhoda itu, sepantas kilat saya yang duduk di bahagian kanan ( starboard ) menarik sekuat tenaga tali warna hijau sambil kaki menolak lantai kokpit untuk mengimbangi badan. (Utusan Malaysia, 10:30)
Read the reporting
1 report
Belayar bukan hobi mahal
READY to tack! Green pull! Mendengar arahan nakhoda itu, sepantas kilat saya yang duduk di bahagian kanan ( starboard ) menarik sekuat tenaga tali warna hijau sambil kaki menolak lantai kokpit untuk mengimbangi badan.
Tindakan itu membuatkan layar kecil (jib) menggelembung memerangkap angin sambil bot meluncur dengan kelajuan lebih enam batu nautika (11 kilometer sejam).
Baru sahaja duduk dan belum pun habis melepaskan lelah, kru di sebelah kiri (port) pula menarik tali merah manakala saya melepaskan semula tali hijau.
Itu antara pengalaman yang dilalui ketika belayar bersama Bedarr Boatique dari Pulau Indah, Selangor menuju Selat Melaka, baru-baru ini.
Selain saya, ada tiga orang lagi yang pertama kali mengikuti sesi pelayaran.
Ketibaan kami disambut Pengasas Bedarr Boatique, Faheem Fazin dan nakhoda (skippe r) Faaiz Norizan.
Sementara menunggu cuaca sesuai untuk belayar, saya dan tiga lagi kru diberi taklimat keselamatan dan spesifikasi bot layar sepanjang 25 kaki bernama Tiger.
Kami ditunjukkan dua jenis ikatan untuk tali layar iaitu simpulan angka lapan (figure of eight) dan tindih kasih (bowline) .
Juga belajar dari mana datang arah angin menggunakan deria tubuh. Sangat menakjubkan kerana melalui desiran angin pada telinga sahaja, kita boleh tahu dari arah mana ia datang.
Semestinya kemahiran ini penting kerana tanpa angin, bot hanya mampu terkatung-katung dihanyutkan arus ombak. Semakin menghampiri tengah hari, semakin ‘galak’ bunyi tiang-tiang layar menandakan kehadiran angin kuat.
Lantas nakhoda mengarahkan kami masuk ke dalam bot kerana keadaan sangat sesuai untuk belayar.
Bot bukan bergerak lurus ke depan berikutan arah datang angin yang berubah-ubah. Sebaliknya secara zigzag, iaitu menyerong ke kiri dan kanan berselang-seli melawan angin.
Itulah sebabnya kru perlu memastikan kedudukan layar kecil adalah betul dengan melepaskan atau menarik tali.
Tugas ini memerlukan fokus dan kepantasan agar bot dapat meluncur tanpa gangguan.
Sedang asyik belayar, tiba-tiba layar utama gagal berkembang sempurna.
Rupa-rupanya ikatan tali terlerai kerana tidak diikat kemas.
Maka seorang daripada kru terpaksa memanjat bahagian atas bot untuk mengikatnya semula.
Tugas ini agak mencabar kerana kru terbabit berisiko jatuh ke dalam laut jika tidak berhati-hati atau gagal mengimbangai badan.
Memasuki perairan Selat Melaka, angin bertambah kuat dan ombak sedikit bergelora.
Menurut Faheem, fenomena bayu laut di mana angin bertiup dari kawasan laut ke arah daratan menjadikan Selat Melaka selamat dan sesuai untuk belayar.
“Selat Melaka ini umpama vakum di mana angin masuk dari utara melalui Laut Andaman manakala dari selatan melalui Selat Sunda. Tidak seperti Laut China Selatan yang terdedah kepada angin kencang dan ribut,” katanya.
Saya perhatikan warna permukaan laut tidak sama sepanjang masa. Ada sesetangah kawasan seperti berbelang, ada yang warna cerah, ada yang gelap.
Rupa-rupanya warna lebih gelap menandakan kawasan tersebut kuat anginnya. Dulu-dulu saya ingatkan dasarnya lebih dalam, rupa-rupanya selama ini salah!
Juga boleh lihat buih-buih yang terbit pada ombak. Kalau ombak datang bersama buih bermakna angin di situ lebih kuat.
Di laut terbuka, saya berpeluang mengambil alih tugas nakhoda, boya menjadi panduan untuk saya tetapkan arah dituju.
Namun, bukan senang untuk mengawal pergerakan bot dalam keadaan ombak kuat.
Terasa begitu berat hulu kemudi yang dipegang apabila ditolak ombak ke kiri dan kanan.
Keadaan laut bergelora juga menyebabkan saya mula rasa mual.
Saya muntah dua, tiga kali. Habis keluar sisa sarapan pagi tadi. Namun, ia melegakan saya sekali gus hilang terus rasa mual.
Selepas tiga jam dilambung ombak dan ‘disalai’ matahari, tiba masa untuk pulang. Sambil belayar perlahan-perlahan menuju jeti, kami dijamu sate ayam dan air kelapa dingin.
Presiden Kelab Pelayaran Semenanjung (PSC) Selangor, Jeremy Camps mengalu-alukan orang ramai mencuba belayar seperti dianjurkan Bedarr Boatique.
Katanya, belayar bukan hobi mahal dan pihaknya turut menyediakan perkhidmatan sewaan bot serendah RM100 sehari.
Tiada peralatan khusus yang perlu dibeli untuk mengikuti asas pelayaran ini. Cukup dengan baju lengan panjang, topi, cermin mata, sarung tangan dan kasut bertapak antigelincir.
Bagi saya sendiri, pengalaman ini sangat mengujakan kerana ia mengajar kita mengendalikan pelayaran berbekalkan sumber yang ada di sekeliling seperti angin, ombak dan cuaca.
Malah, ia turut mengajar erti semangat berpasukan dan menjaga disiplin.
The post Belayar bukan hobi mahal appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia10:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.