
Bertahun guna kad pengenalan rosak, Minah akhirnya lega terima MyKad baharu
Only social or community posts, or a single source.
What happened
MACHANG: Selepas bertahun-tahun berdepan kesukaran kerana kad pengenalan rosak dan sukar dibaca, warga emas, Minah Yacob akhirnya lega apabila menerima MyKad generasi baharu. (Berita Harian, 20:58)
Read the reporting
1 report
Bertahun guna kad pengenalan rosak, Minah akhirnya lega terima MyKad baharu
MACHANG: Selepas bertahun-tahun berdepan kesukaran kerana kad pengenalan rosak dan sukar dibaca, warga emas, Minah Yacob akhirnya lega apabila menerima MyKad generasi baharu.
Wanita berusia 70 tahun dari Pangkal Payong itu menerima dokumen baharu sempena program Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI Kementerian Dalam Negeri di Sekolah Kebangsaan Jambu Lawar di sini, hari ini.
Minah menerima kad baharu daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Menurut Minah, kad pengenalan lamanya rosak dan hampir hancur sejak beberapa tahun lalu, sekali gus menyukarkan maklumat pada kad berkenaan dibaca.
Dia yang menyara kehidupan dengan membuat dan menjual kuih berkata, penerimaan kad baharu memberikan kelegaan amat besar buat dirinya.
Katanya, ia bukan sekadar pengganti dokumennya yang lusuh, malah amat dinantikan selepas bertahun-tahun terpaksa bergantung pada kad pengenalan yang hampir tidak boleh dibaca.
MyKad Generasi Baharu adalah versi MyKad baharu yang diperkenalkan Jabatan Pendaftaran Negara dengan penambahbaikan dari segi reka bentuk, ciri keselamatan, dan fungsinya.
Ia dikeluarkan secara berperingkat bermula 17 September.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian20:58
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.