
Beruang masuk perpustakaan, 'kebas' madu
Only social or community posts, or a single source.
What happened
California: Seekor beruang mengunjungi perpustakaan berhampiran di California sempena ulang tahun ke-100 kemunculan watak Winnie-the-Pooh sebelum mengambil sebotol madu, lapor UPI. (Harian Metro, 21:04)
Read the reporting
1 report
Beruang masuk perpustakaan, 'kebas' madu
California: Seekor beruang mengunjungi perpustakaan berhampiran di California sempena ulang tahun ke-100 kemunculan watak Winnie-the-Pooh sebelum mengambil sebotol madu, lapor UPI.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6 pagi 14 Oktober lalu apabila beruang berkenaan memasuki cawangan Mammoth Lakes milik Mono County Free Libraries.
Difahamkan, kejadian itu berlaku pada ulang tahun ke-100 kemunculan pertama watak beruang terkenal ciptaan AA Milne, Winnie-the-Pooh.
Mono County Free Libraries berkongsi, video kejadian itu menerusi media sosial yang menunjukkan, beruang berkenaan memasuki perpustakaan sebelum menuju ke tempat simpanan snek kakitangan.
"Selepas masuk, beruang itu terus menuju ke tempat simpanan snek kakitangan, lalu mengambil sendiri mentega kacang, beberapa cawan berisi buah pic, segenggam biskut dan… sudah tentu…sebotol madu," menurut hantaran itu.
Beruang berkenaan kemudian meninjau rak buku di perpustakaan itu untuk seketika sebelum keluar dengan sendirinya.
Menurut pihak berkuasa pula, tiada kerosakan dilaporkan dalam kejadian itu, selain tiada rak yang tumbang atau buku yang rosak.
"Menariknya, tiada kerosakan dilaporkan. Tiada rak yang tumbang dan tiada buku yang rosak, namun balang madu itu masih 'belum dipulangkan'," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro21:04
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.