
Bidaan tambang e-hailing perlu dihentikan - LEAD Malaysia
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Bidaan tambang e-hailing perlu dihentikan - LEAD Malaysia (Harian Metro, 05:09)
Read the reporting
1 report
Bidaan tambang e-hailing perlu dihentikan - LEAD Malaysia
nurul.hidayah@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pertubuhan Lestari Ekonomi Aktivis Digital Malaysia (LEAD Malaysia) mahu mekanisme bidaan tambang dihentikan.
LEAD Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata, persaingan antara pemandu tidak seharusnya berlaku dengan cara menurunkan harga perjalanan sehingga menekan pendapatan mereka sendiri.
Sebaliknya, menurut kenyataan itu, penentuan tambang sewajarnya menggunakan mekanisme 'dynamic pricing' yang mengambil kira faktor permintaan dan penawaran, jarak, masa, keadaan trafik serta keadaan pasaran semasa.
"Tambang minimum adalah penting kerana setiap perjalanan mempunyai kos yang perlu ditanggung oleh pemandu.
"Minyak, tayar, servis berkala, insurans, susut nilai kenderaan serta masa dan jarak untuk mengambil penumpang semuanya sebahagian daripada kos sebenar menjalankan perkhidmatan e-hailing.
"Apabila tambang menjadi terlalu rendah, ada perjalanan yang akhirnya tidak lagi memberikan pulangan yang munasabah selepas kos operasi diambil kira.
"Pemandu mungkin bekerja lebih lama dan melakukan lebih banyak perjalanan tetapi pendapatan bersih mereka masih rendah," katanya.
Dalam pada itu, LEAD Malaysia turut mencadangkan supaya bantuan atau subsidi penyelenggaraan kenderaan secara bersasar kepada pemandu e-hailing aktif dicadangkan dalam Belanjawan 2027.
Katanya, bantuan itu boleh merangkumi pembelian dan penggantian tayar, servis berkala, minyak enjin, sistem brek serta penyelenggaraan asas lain yang mempunyai kaitan langsung dengan operasi dan keselamatan kenderaan.
"Selain itu, kadar insurans yang semakin tinggi turut menjadi beban besar kepada pemandu.
"Kami berharap kerajaan dapat memberi perhatian serius terhadap perkara ini serta mempertimbangkan langkah yang dapat meringankan kos insurans ditanggung pemandu e-hailing," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro05:09
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.