Malaysian Attention Engine
Live wire
48General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am46Dewan Rakyat: Bantuan isi rumah M40, peruntukan sekolah antara fokus hari ini43Tiger Shroff selamat daripada cubaan tembak40Letupan, kebakaran di pangkalan tentera Kanada ragut beberapa nyawa39World : Canadian PM Confirms 4 Killed In Military Base Fire38Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq38PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang36Kampung Manis: Impian 227 keluarga miliki kediaman gantian semakin hampir3626 peserta sempurnakan misi tawan puncak Kinabalu35General : UMT Strengthens Global Standing This Year35World : 550,000 Take Part France Protests, 400 Arrested: Minister35Sport : Pearly-Thinaah Advance To Denmark Open Quarter-finals
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Bil cecah RM1,500

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 07:03 MYTLatest activity 19 Oct, 07:03BMconfidence 60%

What happened

Bil cecah RM1,500 (Harian Metro, 07:03)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Bil cecah RM1,500

By Muhamaad Razis Ismail · 19 Oct, 07:03 MYT

razis@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Larangan mengambil alkohol atau meninggalkan bekas minuman itu di dalam mahupun di sekitar rumah serta membawa masuk haiwan peliharaan adalah antara peraturan yang ditetapkan pemilik inap desa ini bagi memastikan kediamannya sentiasa berada dalam keadaan baik.

Beliau yang mahu dikenali sebagai Ramli berkata, semua peraturan rumah itu dikuatkuasakan dengan tegas bertujuan mengawal tingkah laku pelanggan supaya tidak mengotorkan atau merosakkan kediaman, selain untuk menjaga keharmonian dengan jiran.

"Saya turut mengambil deposit RM200 dan akan mengenakan penalti sekiranya pelanggan didapati melanggar peraturan ditetapkan berdasarkan bukti yang jelas.

"Kebanyakan peraturan itu terhasil daripada pengalaman saya berdepan pelbagai ragam pelanggan sepanjang 10 tahun terbabit dalam bidang ini," katanya

Menurutnya, antaranya adalah peraturan larangan mengambil alkohol terhasil daripada pengalaman dihadapi ketika menerima tempahan sekumpulan pelanggan yang menginap kediamanya bagi menghadiri majlis perkahwinan.

Katanya, selepas mendaftar masuk, jirannya menghubunginya selepas mendapati mereka mengambil alkohol di rumah sebelum membuang tin minuman itu ke dalam tong sampah miliknya

"Sebaik menerima aduan itu, saya datang dan mengarahkan mereka mendaftar keluar kerana melanggar peraturan. Bagaimanapun seorang daripada mereka meminta saya buktikan bahawa mereka mengambil alkohol di dalam homestay (inap desa).

"Pada ketika itu, saya tiada bukti kerana tiada kamera litar tertutup (CCTV). Selepas insiden itu, saya menambah baik peraturan dengan menetapkan tidak dibenar ada sebarang kesan atau bekas alkohol di dalam atau sekitar homestay," katanya.

Dalam kejadian berasingan, dia turut berdepan dengan pelanggan membawa anjing ketika menginap selama lima malam di dua inap desanya.

Menurutnya, perkara itu terbongkar selepas pasukan pembersihan menemukan banyak bulu haiwan di inap desa pertama, manakala jiran di kediaman kedua pula memaklumkan terdengar bunyi salakan anjing pada sebelah malam dan pagi.

"Apabila ditanya, pelanggan menafikan perkara itu dengan memberitahu anjing itu hanya berada di luar homestay. Selepas mereka mendaftar keluar, saya dapati karpet koyak dan bahagian bucu katil mempunyai kesan gigitan.

"Kos pembersihan (sertu) bagi kedua-dua rumah mencecah RM1,500. Disebabkan melanggar peraturan, deposit RM200 pelanggan tidak dipulangkan dan saya turut membuat tuntutan melalui Airbnb," katanya.

Selain itu, dia juga pernah memotong deposit pelanggan bagi menggantikan botol syampu berharga RM10 yang didapati hilang.

"Nilainya mungkin kelihatan kecil, tetapi saya tidak mahu pelanggan menganggap mereka boleh mengambil barangan di homestay sesuka hati," katanya.

Ramli berkata, masalah dengan pelanggan timbul apabila ramai dalam kalangan pemilik homestay mempunyai peraturan rumah, namun takut menguatkuasakannya kerana bimbang menerima ulasan negatif atau ditularkan di media sosial.

"Dalam hal ini, saya menasihatkan pemilik supaya berani bertindak jika mempunyai bukti jelas. Kita mahu pelanggan menghormati peraturan rumah, tetapi pada masa sama, pemilik sendiri mesti berpegang pada apa yang sudah ditetapkan," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 07:40 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
19 Oct, 07:03 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    07:03

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Bil cecah RM1,500
Harian MetroNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.