Malaysian Attention Engine
Live wire
51Ancaman militan rekrut budak 12 tahun guna ‘Roblox’51General : No Payment Delays Affecting Pan Borneo Highway Project - Ahmad Maslan50Istana Selangor serah pada polis siasat menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor50Kerajaan masih tanggung beban hutang 1MDB – PM50M40 hilang kerja boleh rayu penilaian semula bantuan43Perjalanan pulang terakhir... 2 beranak maut kenderaan dihempap kontena43General : M40 Households Can Seek Aid Reassessment After Income Loss - Liew37General : MOF Denies Claims Of QR Payment Charges From Nov 136DKU Negeri Sembilan fail tindakan hina mahkamah terhadap MB dan 16 lain35PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang35DJ Kidd sebak kenang keikhlasan Emma35Isu Rohingya: Kerajaan Kelantan tiada kuasa halang pemilik sewakan tanah, rumah kepada warga asing
RisingConfirmedupdated 36 min ago

M40 hilang kerja boleh rayu penilaian semula bantuan

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
51
+200% / 60 min
Momentum
63
3 vs 1 mentions/h
Sources
6
4 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 11:21 MYTLatest activity 19 Oct, 12:19ENMixedBMconfidence 87%

What happened

KUALA LUMPUR: Isi rumah berpendapatan sederhana (M40) yang kehilangan pekerjaan atau mengalami kemerosotan pendapatan boleh mengemukakan rayuan untuk penilaian semula kelayakan bantuan. (Berita Harian, 11:21)

Read the reporting

4 reports
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

M40 hilang kerja boleh rayu penilaian semula bantuan

By Nuratikah Athilya Hassan · 19 Oct, 11:21 MYT

KUALA LUMPUR: Isi rumah berpendapatan sederhana (M40) yang kehilangan pekerjaan atau mengalami kemerosotan pendapatan boleh mengemukakan rayuan untuk penilaian semula kelayakan bantuan.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong, berkata penerima bantuan boleh membuat rayuan sekiranya status atau keadaan semasa mereka berubah.

"Peratusan pengangguran sentiasa dikekalkan kurang daripada empat peratus dan ini satu kejayaan atau komitmen kerajaan.

"Bagi isu pengangguran, sebenarnya rayuan dibuka setiap hari. Setiap penerima bantuan boleh membuat rayuan kalau status sedia ada sudah berubah dan mereka boleh membuat rayuan dengan segera," katanya ketika menjawab soalan pada sesi lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) berhubung mekanisme penilaian semula kelayakan bantuan bersasar bagi isi rumah M40 yang kehilangan pekerjaan atau mengalami kemerosotan pendapatan supaya tidak tercicir berdasarkan rekod pendapatan terdahulu.

Menerusi jawapan sebelum itu, Chin Tong berkata, kerajaan turut memberi perhatian khusus kepada golongan M40 menerusi pelbagai inisiatif dalam Belanjawan 2027.

Ia antaranya had pelepasan cukai individu yang tidak disemak sejak 2010 dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM12,000, manakala kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan sebanyak satu mata peratusan bagi julat pendapatan bercukai tertentu.

Katanya, pelepasan cukai individu turut diperluas meliputi perkhidmatan penjagaan selepas bersalin, perbelanjaan penjagaan ibu bapa dan datuk nenek, pembelian kasut sukan, yuran pengajian dan kemahiran serta tuisyen anak.

"Bagi membantu pemilikan rumah pertama, khususnya golongan M40, kerajaan turut mencadangkan pengecualian duti setem 100 peratus bagi perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik rumah berharga sehingga RM500,000.

"Bagi rumah berharga melebihi RM500,000 hingga RM750,000, pengecualian 100 peratus diberikan bagi RM500,000 pertama dan 50 peratus bagi baki harga rumah," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan akan sentiasa memastikan golongan M40 terus mendapat manfaat daripada pelbagai inisiatif yang dilaksanakan.

"Kerajaan mempunyai data berkaitan golongan M40 dan menyasarkan untuk memperluas kumpulan berpendapatan sederhana sehingga bilangannya melebihi golongan B40.

"Kesimpulannya pendekatan kerajaan adalah untuk memastikan golongan M40 sentiasa terangkum dalam menerima manfaat inisiatif kerajaan," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Berita Harian’s feed.Read at Berita Harian

1 / 4 · arrow keys switch reports

Why it is rising

  • Mention velocity 2.0× the previous hour (2 vs 1 mentions)
  • Current hour is 1.8 standard deviations above this event's own baseline
  • 4 independent sources, 3 new in the last hour
  • Driven by news coverage (4 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
  • Discussed in English, Bahasa Malaysia

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 3 mentions/hpeak 51first news pick-upNEWnow12:00
Latest 12:35 MYT
51Rising
Mentions / h3Velocity0.05/minSources6Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source
  3. Language
    First English coverage (Scoop) source
  4. State
    Rising

    4 sources, growth +100%, z 1.8

Where it started

Berita Harian (News)
19 Oct, 11:21 MYT
Origin confidence 90% · 18 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    11:21
  2. Step 2
    News
    Scoop
    12:19 · +58 min

Internet reaction

News · 1

What we know

  • Covered by 4 established outlet(s): Berita Harian, Free Malaysia Today, Harian Metro, Sinar Harian

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (6)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.