
'Bubur masih dalam peti sejuk, mama tak sempat rasa air tangan menantu...'
Only social or community posts, or a single source.
What happened
'Bubur masih dalam peti sejuk, mama tak sempat rasa air tangan menantu...' (Harian Metro, 20:52)
Read the reporting
1 report
'Bubur masih dalam peti sejuk, mama tak sempat rasa air tangan menantu...'
mhafis@mediaprima.com.my
Hulu Langat: Hasrat seorang ibu, Siti Amisah Sahri, 54, untuk menikmati mi sup sebelum dibawa ke hospital tidak kesampaian apabila keadaannya semakin merosot akibat komplikasi kesihatan selepas pulang daripada mengerjakan umrah.
Lebih memilukan, bubur yang dimasak menantunya atas permintaan arwah juga tidak sempat dijamah selepas dia hanya dibenarkan minum ketika menerima rawatan di hospital sebelum meninggal dunia.
Anaknya, Muhammad Rafiamizi Zalimi, 31, atau mesra dipanggil Ipi berkata, arwah ibunya pada awalnya tidak sihat ketika di Mekah selepas menerima tajaan untuk mengerjakan umrah.
Menurutnya, sebaik pulang ke Malaysia pada malam 8 Oktober lalu, dia membawa ibunya ke klinik pada keesokannya sebelum pihak klinik menghubungi ambulans untuk membawanya ke hospital berikutan paras oksigen yang rendah.
"Ketika nak bawa mama (ibu) ke klinik, mama ada cakap nak makan mi sup, tetapi tak sempat sebab mama terus dibawa ke hospital. Selepas masuk unit rawatan rapi (ICU), keadaan oksigen mama mula okay.
"Mama kemudian minta saya masakkan bubur. Isteri saya sudah masak untuk mama, tetapi rupa-rupanya mama masih tak boleh makan dan hanya boleh minum.
"Sampai hari ini, bubur itu masih ada dalam peti sejuk. Mama tak sempat rasa bubur air tangan menantunya," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Muhammad Rafiamizi berkata, ibunya menerima rawatan di hospital sejak 9 Oktober sebelum menghembuskan nafas terakhir Khamis lalu akibat komplikasi jantung.
Sepanjang tempoh rawatan, ibunya turut berdepan masalah buah pinggang dan disahkan mengalami jangkitan kencing tikus, namun dia tidak pasti bagaimana ibunya boleh dijangkiti penyakit berkenaan.
Lebih menyentuh perasaan, pemergian ibunya turut meninggalkan kenangan perjalanan panjang melawan penyakit buah pinggang sejak Muhammad Rafiamizi masih di bangku sekolah.
Menurut Rafiamizi, arwah menjalani rawatan dialisis darah sebelum beralih kepada dialisis air, sehinggalah menerima buah pinggang daripada penderma kira-kira 10 tahun lalu.
"Sejak saya di bangku sekolah lagi mama sudah sakit. Saya lalui perjalanan mama menjalani dialisis, mendapat penderma buah pinggang dan akhirnya kembali menjalani dialisis," katanya.
Jenazah arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Khariah Masjid Batu 14, Hulu Langat.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro20:52
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.