
Buli, hina rakan OKU di TikTok, dua pelajar dihukum khidmat masyarakat 60 jam
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Batu Pahat: Dua pelajar lelaki Tingkatan Lima yang mengaku bersalah menghina seorang remaja perempuan Orang Kurang Upaya (OKU) menerusi komen di media sosial, diperintah menjalani khidmat masyarakat selama 60 jam oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini. (Berita Harian, 15:10)
Read the reporting
1 report
Buli, hina rakan OKU di TikTok, dua pelajar dihukum khidmat masyarakat 60 jam
Batu Pahat: Dua pelajar lelaki Tingkatan Lima yang mengaku bersalah menghina seorang remaja perempuan Orang Kurang Upaya (OKU) menerusi komen di media sosial, diperintah menjalani khidmat masyarakat selama 60 jam oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Majistret, Mustaqim Sukarno, mengeluarkan perintah itu yang perlu disempurnakan kedua-dua pelajar berusia 17 tahun dalam tempoh enam bulan.
Mahkamah turut mengenakan bon berkelakuan baik dengan cagaran RM1,000 selama setahun, selain menetapkan sekatan keluar rumah dari jam 10 malam hingga 6 pagi serta mengarahkan mereka melapor diri di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap dua bulan.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua pelajar itu didakwa menggunakan perkataan menghina menerusi komen jelik terhadap mangsa yang juga rakannya berusia 17 tahun di aplikasi TikTok.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Parit Lapis Sri Ladang, Rengit, di sini, pada jam 8.30 malam, 25 Julai lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 507B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Shahzleen Ibrahim, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Berdasarkan fakta kes, mangsa melihat komen jelik yang dimuat naik oleh kedua-dua tertuduh pada video di akaun TikTok miliknya.
Siasatan mendapati kedua-dua pelajar mengakui menghantar komen berkenaan dengan tujuan membuli mangsa secara dalam talian dan sengaja mencelanya sehingga menyebabkan gangguan emosi.
Perbuatan itu dilakukan selepas mereka mengetahui mangsa mempunyai kecacatan pada ibu jari tangan kirinya.
Malah, siasatan turut mendapati perbuatan berkenaan adalah kesinambungan daripada tindakan mereka yang sering mengejek mangsa di sekolah.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian15:10
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.