Malaysian Attention Engine
Live wire
58Laporan awal nahas helikopter Long Lellang dibentangkan kepada Kabinet esok50BYD lantik Inokom sebagai rakan pemasangan EV di Malaysia49Kontroversi isu New Age Movement: 'Tidak adil hukum saya hanya berdasarkan cerita sebelah pihak' - Marhamah46Bekas pengarah pusat pendidikan IPTA didakwa esok46Ella dedah hampir bersara dari dunia nyanyian selepas bapa meninggal dunia43Malaysia pertimbang anjur F1 secara berkala, kerjasama negara lain36Remaja mati dipukul, diseksa, 14 termasuk dua bawah umur didakwa hari ini36Akmal Saleh tinggalkan DUN Merlimau?36Remaja ditahan bantu siasatan kes rogol pelajar perempuan di pasar34Jeremy, Eei Hui tolak lamaran BAM34Man drives SUV 130m down train tracks in Port Klang, police say KTMB investigating34Meet the XBOX Nano Controller
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Cedera kopek durian pun dapat pampasan PERKESO

Only social or community posts, or a single source.

Attention
19
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 10:52 MYTLatest activity 15 Oct, 10:52BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Mohamad Suhaimi Mohd Salim tidak menyangka kecederaan pada tangannya akibat terkena pisau semasa mengopek durian di rumah, tetap melayakkan dia menerima faedah perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), menerusi skim LINDUNG 24 Jam. (Berita Harian, 10:52)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·8 min read

Cedera kopek durian pun dapat pampasan PERKESO

By BERNAMA · 15 Oct, 10:52 MYT

KUALA LUMPUR: Mohamad Suhaimi Mohd Salim tidak menyangka kecederaan pada tangannya akibat terkena pisau semasa mengopek durian di rumah, tetap melayakkan dia menerima faedah perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), menerusi skim LINDUNG 24 Jam.

Insiden yang berlaku jam 5.26 petang pada 17 Julai lalu di rumahnya di Kota Bharu, Kelantan, mengakibatkan urat daging di antara ibu jari dan jari telunjuk tangan kirinya terputus, dan memerlukan wakil jualan sebuah syarikat swasta ini menjalani rawatan susulan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, selain diberikan cuti sakit selama 23 hari bermula 18 Julai.

Tidak cakna faedah PERKESO, Mohamad Suhaimi, 42, mencuba nasib membuat tuntutan melalui portal pertubuhan itu dan terkejut apabila permohonannya diluluskan.

Berdasarkan Seksyen 2 (14A) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, kejadian yang menimpa dirinya disahkan sebagai kemalangan bukan bencana kerja yang berlaku di luar waktu kerja dan bersifat peribadi serta layak menerima faedah yang diperuntukkan.

Sebagai pencarum aktif skim LINDUNG 24 Jam yang berkuat kuasa 1 Jun lalu, Mohamad Suhaimi menerima Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS) berjumlah RM680.80 serta faedah bil perubatan sebanyak RM451.

Dalam kejadian sebegini, konsep LINDUNG 24 Jam diterjemahkan, iaitu perlindungan tidak seharusnya berakhir selepas seseorang melangkah keluar dari tempat dia bekerja.

PENERIMA AWAL

Kepentingan skim LINDUNG 24 Jam turut diserlahkan menerusi tragedi kemalangan maut membabitkan lima kenderaan di Simpang Renggam, Johor pada 1 Jun 2026.

Dua pemandu yang mengalami kecederaan dalam kemalangan itu - Husnizam Hisamudin, 43 dan Muhammad Amirul Hazim Misnon, 22 - disahkan sebagai penerima pertama manfaat skim LINDUNG 24 jam sejurus dikuatkuasakan, iaitu pada tarikh sama kedua-duanya terbabit nahas.

Husnizam dan Muhammad Amirul layak kerana mereka merupakan pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Waris tiga mangsa yang meninggal dunia dalam nahas itu juga layak menerima faedah perlindungan sewajarnya di bawah skim berkenaan.

Sementara itu, di Penampang, Sabah, Arnold Nathanael Lister, 24, dari Kampung Kaambazan Kolopis juga menjadi antara penerima terawal skim tersebut apabila mengalami kecederaan serius selepas terjatuh ketika menuruni tangga di rumahnya pada 6 Jun lalu.

Kemalangan berlaku kira-kira 5.20 pagi ketika Arnold sedang bersiap untuk ke tempat kerja, mengakibatkan dia mengalami keretakan pada tulang belakangnya dan menjalani prosedur pemasangan implan bagi menstabilkan struktur tulangnya.

Dia yang bekerja sebagai pembuat roti menerima faedah FHUS serta sokongan lain yang disediakan oleh PERKESO bagi membantunya sepanjang tempoh pemulihan dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Bagi pencarum seperti Arnold, manfaat perlindungan bukan hanya melibatkan kos rawatan selepas kemalangan, tetapi turut membantu meringankan beban kewangan sepanjang dia menjalani rawatan dan tidak dapat bekerja.

Mengikut rekod PERKESO, dalam tempoh tiga bulan pertama pelaksanaan dari 1 Jun hingga 31 Ogos, sebanyak 6,330 tuntutan skim LINDUNG 24 Jam diterima oleh pertubuhan itu dengan purata kira-kira 69 kes sehari.

Daripada jumlah tuntutan itu, bayaran faedah yang telah disalurkan kepada pencarum pula mencecah RM9.97 juta.

Kerajaan sebelum ini memutuskan supaya caruman LINDUNG 24 Jam diwajibkan ke atas semua pekerja di Malaysia berkuat kuasa 1 Jun lalu, namun kemudian dipinda kepada penyertaan secara sukarela.

MENGUBAH KONSEP PERLINDUNGAN SOSIAL

Mengulas skim itu, pensyarah kanan Program Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko di Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Mazlynda Md Yusuf berkata pendekatan LINDUNG 24 jam telah mengubah konsep perlindungan sosial sedia ada di negara ini.

Beliau berkata jika sebelum ini perlindungan sosial lebih sinonim dengan kemalangan yang berlaku ketika menjalankan urusan pekerjaan atau sepanjang perjalanan pergi dan pulang dari tempat kerja, kini perlindungan itu diperluas kepada sepanjang masa termasuk hari cuti umum dan kelepasan am.

"Skop perlindungan diperluas kepada kemalangan yang berlaku di luar waktu kerja, termasuk ketika melakukan aktiviti riadah pada hujung minggu atau semasa bercuti, mahupun aktiviti bersama-sama keluarga di rumah.

"Perubahan ini merupakan satu perkembangan besar dalam landskap keselamatan sosial masyarakat, khususnya pencarum PERKESO," katanya.

Beliau juga melihat LINDUNG 24 Jam lebih daripada sekadar jaringan perlindungan ketika ditimpa musibah kerana skim itu turut berperanan mengurangkan kebergantungan golongan berpendapatan rendah pada bantuan kerajaan, keluarga atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) apabila ditimpa kemalangan.

"Bagi keluarga berpendapatan rendah, sokongan berkenaan amat bermakna kerana dapat membantu meringankan beban kewangan, terutama ketika pencarum tidak mampu bekerja untuk tempoh tertentu akibat kecederaan atau kehilangan keupayaan," jelasnya.

Beliau menambah kadar caruman juga tidak membebankan kerana jumlah gaji yang dipotong adalah berdasarkan peratusan yang ditetapkan kerajaan, iaitu lagi rendah gaji lagi kecil jumlah potongan bulanan.

LINDUNG 24 JAM PELENGKAP INSURANS SEDIA ADA

Mengulas lanjut, Mazlynda berkata LINDUNG 24 Jam juga mempunyai pendekatan berbeza berbanding polisi insurans sedia ada di negara ini, khususnya dari aspek penetapan caruman dan perlindungan.

Beliau berkata polisi insurans lazimnya menggunakan pendekatan "risk-based pricing", iaitu kos caruman dan manfaat perlindungan ditentukan berdasarkan tahap risiko serta jumlah perlindungan yang dipilih oleh individu.

Melalui pendekatan itu, pemegang polisi mempunyai ruang untuk menentukan jumlah perlindungan mengikut keperluan masing-masing.

Namun, katanya, komitmen caruman bulanan yang perlu ditanggung berkemungkinan menjadi cabaran bagi sesetengah individu, terutama mereka yang mempunyai kemampuan kewangan yang terhad.

Caruman bagi skim LINDUNG 24 Jam pula berasaskan peratusan daripada gaji pekerja, dengan kadar caruman ditetapkan secara berperingkat antara 0.75 hingga 1.25 peratus daripada gaji, tertakluk pada had siling gaji RM6,000.

"Saya melihat inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan memperluas jaringan perlindungan sosial supaya lebih ramai pekerja mempunyai perlindungan daripada risiko kemalangan bukan bencana kerja, pada kadar caruman yang dikaitkan dengan kemampuan berdasarkan pendapatan.

"Perlindungan itu bagi saya membantu mengurangkan jurang perlindungan dalam kalangan individu, khususnya golongan berpendapatan rendah yang mahu mendapatkan perlindungan insurans atau takaful,'' katanya.

Tambahnya, LINDUNG 24 jam juga wajar dilihat sebagai pelengkap kepada insurans atau takaful persendirian dan bukannya pesaing produk berkenaan.

"Di samping itu juga terdapat beberapa faedah yang boleh diperoleh melalui LINDUNG 24 Jam yang tidak ditawarkan oleh insurans atau takaful persendirian. Contohnya kemalangan bukan bencana… situasi ini juga dilihat sebagai pelengkap perlindungan kewangan pekerja dan ahli keluarganya dengan harga mampu milik.

"Justeru, kedua-duanya boleh saling melengkapi dalam memperkukuh perlindungan kewangan pencarum apabila ditimpa musibah," ujar beliau.

LINDUNG 24 JAM USAHA PERKESO UNTUK LINDUNGI PEKERJA

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata LINDUNG 24 Jam diwujudkan bagi memastikan pekerja dan keluarga mereka sentiasa dilindungi oleh jaringan keselamatan sosial, selaras dengan hakikat kemalangan dan musibah yang berlaku tanpa mengira masa, tempat atau keadaan.

Beliau berkata sehubungan itu, sistem perlindungan sosial perlu bergerak seiring dengan perubahan kehidupan pekerja yang semakin dinamik dan tidak seharusnya terhenti sebaik sahaja waktu kerja berakhir.

"Kemalangan tidak berlaku hanya di tempat kerja. Sebelum LINDUNG 24 Jam diperkenalkan, dalam tempoh 2015 hingga Mei 2026, sebanyak 38,676 tuntutan kemalangan ditolak kerana tidak termasuk dalam skop bencana pekerjaan.

"Justeru, skim ini merupakan usaha bagi memastikan jaringan keselamatan sosial sentiasa bersama-sama pekerja, ke mana sahaja mereka pergi dan pada bila-bila masa," katanya.

Tambahnya, kemalangan yang dilindungi di bawah skim itu tidak terhad pada insiden berkaitan pekerjaan, tetapi merangkumi musibah yang berlaku dalam kehidupan seharian termasuk ketika berada di rumah, bercuti, bersukan atau beriadah serta melakukan perjalanan peribadi di Malaysia, tertakluk pada syarat kelayakan yang ditetapkan.

Malah, beliau berkata terdapat kes seorang pekerja yang mengalami kecederaan selepas jarinya digigit kucing liar sehingga tulang jarinya kelihatan, dan kejadian itu turut dilindungi di bawah skim berkenaan.

Mohammed Azman berkata mengikut perangkaan terkini, lebih 11 juta tenaga kerja meliputi pekerja tempatan, asing dan pekerja domestik (seperti pembantu rumah dan tukang kebun) di Malaysia yang termaktub di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 layak mendapat perlindungan ini.

Jelasnya, seorang pekerja sektor formal di Malaysia hanya memperuntukkan sekitar 33 peratus daripada keseluruhan masa dalam setahun untuk bekerja, dengan baki 67 peratus lagi dilalui di luar waktu kerja, sekali gus tidak dilindungi bagi kemalangan yang berlaku di luar skop pekerjaannya.

"Baki 67 peratus atau bersamaan sekitar 244 hari dalam setahun ini masih tidak mengubah status dia (sebagai) pekerja, biarpun mereka dalam tempoh bercuti. Sekiranya ditimpa kemalangan di luar waktu kerja sehingga menjejaskan upaya untuk kembali menyara kehidupan, apa akan terjadi terhadap kelangsungan pendapatan dan sosioekonomi mereka?

"Atas dasar ini, perlindungan keselamatan sosial di Malaysia tidak wajar sekadar terikat di tempat kerja atau berkaitan waktu kerja, sebaliknya perlu bersifat lebih menyeluruh,'' katanya.

SOKONGAN BERPANJANGAN DARI PERKESO

Mohammed Azman berkata LINDUNG 24 Jam juga tidak bersifat "one-time-based" (sekali bayar), sebaliknya menawarkan sokongan berpanjangan bagi memastikan kelangsungan hidup pencarum dan keluarga mereka terjamin.

Beliau berkata di bawah LINDUNG 24 Jam, pencarum yang mengalami kemalangan turut menikmati pelbagai faedah berterusan, termasuk bayaran penggantian pendapatan menerusi Faedah Hilang Upaya Sementara sebagai penggantian pendapatan sepanjang tempoh cuti sakit yang diluluskan.

Selain itu, PERKESO turut menyediakan faedah perubatan termasuk kos implan, manakala pencarum yang mengalami hilang upaya kekal boleh menerima Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK) serta kemudahan pemulihan jasmani dan vokasional bagi membantu mereka kembali bekerja.

Bagi kes hilang upaya teruk yang menyebabkan pencarum tidak mampu menguruskan diri sendiri, Elaun Layanan Sentiasa turut disediakan untuk penjaga, dan sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan, waris layak menerima Faedah Pengurusan Mayat serta Faedah Orang Tanggungan dalam bentuk bayaran berkala bagi membantu kelangsungan hidup keluarga.

Beliau berkata LINDUNG 24 Jam juga diwujudkan bagi memastikan tiada pekerja yang terpinggir tanpa perlindungan apabila berdepan musibah.

Menurutnya, berdasarkan kajian, kira-kira 96 peratus daripada golongan B40 di Malaysia tidak mempunyai sebarang perlindungan insurans, sekali gus menimbulkan persoalan akan nasib mereka dan keluarga sekiranya berlaku kemalangan atau musibah yang menjejaskan keupayaan untuk bekerja.

"LINDUNG 24 Jam ialah instrumen keselamatan sosial negara yang berasaskan prinsip solidariti. Kita berkongsi risiko supaya pekerja, termasuk mereka yang mungkin tidak mampu membeli polisi insuran swasta, tetap mempunyai perlindungan asas.

"Jaringan perlindungan PERKESO boleh diibaratkan sebagai lapisan yang terakhir bagi memastikan pekerja tidak terjatuh ke kancah kemiskinan apabila ditimpa kemalangan atau musibah. Berbeza dengan insurans swasta yang boleh menjadi lapisan perlindungan tambahan berdasarkan keperluan dan kemampuan seseorang," katanya.

CARUMAN KECIL, PERLINDUNGAN BESAR

Dalam pada itu, Mohammed Azman berkata PERKESO m

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 33NEWnow11:0012:00
Latest 12:16 MYT
19New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
15 Oct, 10:52 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    10:52

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Cedera kopek durian pun dapat pampasan PERKESO · Malaysian Attention Engine