Malaysian Attention Engine
Live wire
48General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am46Dewan Rakyat: Bantuan isi rumah M40, peruntukan sekolah antara fokus hari ini43Tiger Shroff selamat daripada cubaan tembak40Letupan, kebakaran di pangkalan tentera Kanada ragut beberapa nyawa39World : Canadian PM Confirms 4 Killed In Military Base Fire38Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq38PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang36Kampung Manis: Impian 227 keluarga miliki kediaman gantian semakin hampir3626 peserta sempurnakan misi tawan puncak Kinabalu35General : UMT Strengthens Global Standing This Year35World : 550,000 Take Part France Protests, 400 Arrested: Minister35Sport : Pearly-Thinaah Advance To Denmark Open Quarter-finals
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Dara, Amoi, Kelat perlu segera dibawa pulang

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 06:55 MYTLatest activity 19 Oct, 06:55BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA: Tiga ekor gajah Malaysia iaitu Dara, Amoi dan Kelat (DAK) yang kini berada di Zoo Tennoji, Osaka, Jepun perlu segera dibawa pulang oleh kerajaan Malaysia berikutan keadaan kesemua haiwan liar itu menjurus kepada gangguan mental dan tekanan perasaan. (Utusan Malaysia, 06:55)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Dara, Amoi, Kelat perlu segera dibawa pulang

By NORHAZLINDA DEWI SUTRISNO · 19 Oct, 06:55 MYT

PETALING JAYA: Tiga ekor gajah Malaysia iaitu Dara, Amoi dan Kelat (DAK) yang kini berada di Zoo Tennoji, Osaka, Jepun perlu segera dibawa pulang oleh kerajaan Malaysia berikutan keadaan kesemua haiwan liar itu menjurus kepada gangguan mental dan tekanan perasaan.

Keadaan Kelat yang merupakan gajah jantan juga berada dalam keadaan tidak baik apabila didakwa mengalami kekerapan episod musth (fasa peningkatan hormon pembiakan) yang dianggap sebagai tidak lazim.

Gesaan tersebut turut dipersetujui oleh pakar gajah terkenal dunia, Dr. William Keith Lindsay dari Universiti Oxford, United Kingdom.

Beliau juga telah menyediakan tiga laporan komprehensif agar Dara, Amoi dan Kelat dipulangkan segera ke Malaysia demi keselamatan serta kualiti hidup haiwan itu.

Aktivis Pertubuhan Konservasi Alam Malaysia, Dr. Siti Rabiah Raws berkata, ke­tiga-tiga gajah itu dikesan menunjukkan tingkah laku stereotaip secara berulang seperti menggeleng atau mengayunkan kepala secara berlebihan.

“Tingkah laku ini merupakan petanda jelas berlakunya tekanan perasaan yang amat berat dan berkemungkinan mengalami gangguan mental zoochosis .

“Keadaan ini telah menimbulkan kebimbangan serius terhadap kesejahteraan psikologi mereka dan memerlukan penilaian profesional,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Tambahnya, Kelat dilaporkan mengalami enam hingga tujuh episod musth dalam tempoh tujuh bulan sejak tiba di zoo itu pada Mac 2026, satu keadaan yang disifatkannya luar biasa bagi seekor gajah jantan.

“Dr. Lindsay menjelaskan bahawa kekerapan episod musth sebegini tidak lazim kera­na gajah jantan biasanya mengalaminya sekali atau dua kali setahun sahaja.

“Kekerapan musth yang ber­ulang ini, ditambah dengan tindakan memisahkan Kelat daripada Dara dan Amoi secara berpanjangan membangkitkan persoalan serius mengenai tahap kebajikan serta syarat fasiliti penempatannya di zoo berkenaan.

“Kami percaya keadaan Kelat wajar diberi perhatian segera melalui penilaian vete­rinar bebas serta pemantauan rapi bagi memastikan kebaji­kannya tidak terjejas,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya telah mengambil inisiatif menghantar dua orang stafnya ke Zoo Tennoji secara harian sejak April lalu untuk merakam dan merekodkan tingkah laku gajah-gajah tersebut.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Tuan Mohamed Akmal Dahalan ketika dihubungi enggan mengulas perkara tersebut.

Menurutnya, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai keadaan tiga gajah tersebut apabila tiba masanya.

“Saya tidak boleh respon secara personal. Nanti bila tiba masanya, saya akan keluar statement rasmi untuk laporkan perkembangan DAK,” katanya.

Pada Ogos lalu, MPT menerusi kenyataan memaklumkan Kelat, Dara dan Amoi berada dalam keadaan sihat dan aktif serta dipantau secara berkala oleh penjaga haiwan dan pegawai veterinar Zoo Tennoji.- UTUSAN.

The post Dara, Amoi, Kelat perlu segera dibawa pulang appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 07:40 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
19 Oct, 06:55 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    06:55

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Dara, Amoi, Kelat perlu segera dibawa pulang
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.