
Didik masyarakat urus sisa makanan secara optimum selain jana pendapatan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Didik masyarakat urus sisa makanan secara optimum selain jana pendapatan (Harian Metro, 07:03)
Read the reporting
1 report
Didik masyarakat urus sisa makanan secara optimum selain jana pendapatan
khairil.ashraf@hmetro.com.my
LAZIMNYA, sisa makanan seperti kulit pisang, hampas kelapa, kulit udang atau kulit bawang terus dibuang di dalam tong sampah.
Bagaimanapun, menerusi inovasi seorang Pensyarah Kanan dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dari Pusat Kajian Pembudayaan STEM, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Fathiyah Mohd Kamaruzaman, sisa makanan ini digunakan semula, sekali gus dapat mengelakkan pembaziran.
Dikenali sebagai Kit Ekonomi Kitaran (EK), Dr Fathiyah memaklumkan penghasilannya diinspirasikan hasil kajian penyelidikan salah seorang graduan doktor falsafah di bawah seliaannya, Norzaharah Ab Hamid berkait pendidikan ekonomi kitaran pada tahun 2022.
Kit ini juga adalah kolaborasi idea bersama rakan penyelidik dan guru sekolah.
Menurutnya, inisiatif itu diusahakan bagi mengubah cara masyarakat, khususnya pelajar Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) menguruskan sisa makanan secara optimum.
Kit EK ini sudah diuji keberkesanannya terhadap pengetahuan dan amalan ekonomi kitaran yang membabitkan kira-kira 21 pelajar Tingkatan Lima di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Cempaka, Seremban pada tahun 2024.
"Melalui program ini, dalam kursus penyediaan dan pembuatan makanan, mereka akan belajar contohnya membuat mi goreng. Bila nak hasilkan mi goreng, sudah tentu akan ada sisa makanan seperti kulit bawang, kulit telur, kulit udang dan sebagainya.
"Kebiasaannya kita akan buang sisa itu dan ia akan menjadi pembaziran. Sebenarnya sisa makanan ini kita boleh gunakan semula.
"Banyaklah perkara kita boleh buat contohnya seperti kulit bawang, kulit telur dan kulit udang itu sebenarnya kita boleh kompos menjadi baja. Itulah konsep ekonomi kitaran," katanya.
Katanya, bertitik-tolak ketidakjelasan bagaimana sisa makanan itu diuruskan juga, beliau menghasilkan Kit EK berkenaan.
"Apa kita buat dengan sisa makanan ini? Daripada persoalan ini, itulah inspirasi mengapa kita hasilkan Kit EK ini."
"Dalam satu Kit EK itu, kita melakukan empat inovasi. Kit pertama kita hasilkan baja, kedua tortilla hampas kelapa, ketiga kerepek kulit tembikai dan keempat adalah 'masker' muka daripada nasi atau beras.
"Sebagai contoh tortilla hampas kelapa. Biasanya hampas kelapa ini kita terus buang sahaja selepas habis digunakan. Tetapi sebenarnya hampas kelapa itu kita boleh bersihkan dan jadikannya sebagai tortilla.
"Daripada situ, kita senaraikan bagaimana mahu membuatnya. Daripada dibuang hampas kelapa ini, ia sebenarnya boleh dibuat makanan atau produk lain," katanya.
Menurutnya, setiap empat inovasi itu, pihaknya akan menyenaraikan bahan untuk dihasilkan menerusi risalah.
Selain itu katanya, daripada data diperoleh membabitkan pelajar itu juga menunjukkan kefahaman mereka berkait ekonomi kitaran.
"Alhamdulillah bila kita tengok pengalaman dan pengetahuan mereka mengenai amalan atau konsep ekonomi kitaran itu juga semakin bertambah.
"Sebelum ini, mereka tak tahu tetapi selepas mereka dilibatkan membolehkan mereka mengetahuinya dan boleh mengaplikasikannya ketika amali" katanya.
Beliau berkata, inovasi Kit EK ini dihasilkan berdasarkan geran Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) sebanyak RM30,000 diperolehnya untuk program STEM dan Minda.
Dr Fathiyah dalam masa sama sudah mempatenkan hak cipta Kit EK ini serta menerbitkan bab dalam buku, selain berhasrat untuk menyertai Kongres Antarabangsa dan Pertandingan Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (kNovasi 2026) yang bakal berlangsung di Sama-Sama Hotel pada 30 September hingga 1 Oktober ini.
Beliau turut merancang untuk memperkembangkan projek Kit EK ini agar dapat diaplikasikan dalam skala yang lebih besar, selain mencari peluang untuk pengkomersialan dan tidak hanya memfokuskan kepada sesuatu perkara semata-mata.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro07:03
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.