Malaysian Attention Engine
Live wire
56Tiada syarikat ladang sawit Malaysia terbabit aktiviti pembakaran di Indonesia54Fashion Valet terima wang pelaburan hampir RM40 juta daripada Khazanah, PNB - Saksi51Jerebu: KJ tuntut kerajaan tegas dengan Indonesia51Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB50Pemimpin kanan parti politik ditangkap khalwat47Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara46‘Suami arwah hubungi adik, dia sudah bunuh isteri’46World : Wildfire Traps Firefighters And Volunteers In Indonesia's Mount Bromo National Park, Killing 445Tuah bakat cilik Sabah, Qaisyah julang kejuaraan Pentas Little Star43JPJ Negeri Sembilan berduka, Mohd. Azrul ‘pergi’ ketika bertugas42Pegawai kerajaan maut ditikam suami41Majlis Perkhidmatan Parlimen bukan milik kerajaan - Azalina
NewConfirmedupdated 1 h ago

Dua pelajar mengaku kekasih ditahan curi motosikal

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
35
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
3
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 15:22 MYTLatest activity 16 Oct, 15:34BMconfidence 86%

What happened

SUNGAI SIPUT: Sepasang kekasih bawah umur ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes kecurian motosikal di sebuah stesen minyak di Salak Bharu, di sini Rabu lalu. (Utusan Malaysia, 15:22)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·1 min read

Dua pelajar mengaku kekasih ditahan curi motosikal

By NORMAWATI ADNAN · 16 Oct, 15:25 MYT

SUNGAI SIPUT - Dua pelajar masing-masing berusia 16 dan 17 tahun ditahan polis selepas disyaki mencuri sebuah motosikal di hadapan sebuah stesen minyak di Salak Bharu di sini, Rabu lalu.Kedua-dua suspek dipercayai pasangan kekasih itu ditahan dalam serbuan di dua rumah di Kuala Kangsar kira-kira jam 12.05 malam pada Khamis.Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Charan Ai Wan berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 8.05 malam ketika pemilik motosikal berusia 42 tahun berhenti di stesen minyak berkenaan untuk mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM).Menurutnya, mangsa menyedari motosikal jenis Honda EX5 berwarna biru gelap yang diletakkan di hadapan stesen minyak itu hilang selepas selesai urusannya."Mangsa kemudian mencari motosikal berkenaan di sekitar kawasan itu, namun gagal menemuinya sebelum mengesyaki kenderaan itu dicuri."Siasatan mendapati mangsa meninggalkan motosikal itu dalam keadaan tidak berkunci ketika pergi ke mesin ATM," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.Beliau berkata, serbuan di dua rumah terbabit berjaya merampas motosikal Honda EX5 milik mangsa bersama beberapa barangan lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.Katanya, polis turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha LC135, dua topi keledar, pakaian serta segugus kunci motosikal dalam serbuan berkenaan bagi membantu siasatan."Hasil soal siasat mendapati suspek lelaki mengaku membawa teman wanitanya ke stesen minyak berkenaan sebelum perempuan itu turun dan mengambil motosikal milik mangsa."Kedua-dua suspek kemudian dipercayai pulang ke Kuala Kangsar dengan membawa motosikal terbabit," katanya.Charan berkata, ujian saringan air kencing terhadap kedua-dua remaja berkenaan didapati negatif."Kedua-dua suspek direman selama tiga hari bagi siasatan kes di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya.Kejadian itu tular selepas satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan adegan curi motosikal membabitkan dua individu, dikongsi di media sosial.

Why it is new

  • 2 independent sources, 2 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow
Latest 15:54 MYT
35New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources3Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source
  2. News
    First news outlet reports it (Sinar Harian) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
16 Oct, 15:22 MYT
Origin confidence 60% · 3 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    15:22

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Sinar Harian, Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (3)

Pasangan kekasih bawah umur curi motosikal ditahan
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBMnear-duplicate
Pasangan kekasih bawah umur curi motosikal dicekup
Kosmo!NewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.