
ECRL Semakin Hampir Beroperasi, Perjalanan Gombak Ke KotaSAS Ambil Masa 85 Minit
Only social or community posts, or a single source.
What happened
ECRL Semakin Hampir Beroperasi, Perjalanan Gombak Ke KotaSAS Ambil Masa 85 Minit (SAYS, 00:55)
Read the reporting
1 report
ECRL Semakin Hampir Beroperasi, Perjalanan Gombak Ke KotaSAS Ambil Masa 85 Minit
Difahamkan, catatan itu direkodkan menerusi perjalanan dua hala menggunakan Comprehensive Inspection Train (CIT) ECRL.

Cover image via Berita Harian & ECRL Malaysia
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) semakin menghampiri fasa operasi selepas perjalanan antara Stesen ECRL Terminal Bersepadu Gombak dan Stesen ECRL KotaSAS, Pahang berjaya direkodkan dalam tempoh kira-kira 85 minit

Menurut laporan Berita Harian, catatan itu direkodkan menerusi perjalanan dua hala menggunakan Comprehensive Inspection Train (CIT) ECRL, sekali gus menunjukkan perkembangan positif dalam aspek pengujian sistem dan tahap kesiapsiagaan projek berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak, berkata perjalanan tersebut turut memberi peluang kepada ahli lembaga menilai sendiri prestasi ECRL ketika projek memasuki fasa kritikal peralihan daripada pembinaan kepada operasi.
"Catatan perjalanan 85 minit dari Gombak ke KotaSAS satu perkembangan yang sangat positif. Pada masa sama, ahli lembaga berpeluang melihat dan merasai sendiri prestasi ECRL sambil melaksanakan tanggungjawab mereka dari sudut kewangan, teknikal, audit, risiko dan tadbir urus," katanya.
Menurut beliau, dua Jawatankuasa Lembaga Pengarah MRL iaitu Jawatankuasa Kewangan dan Teknikal serta Jawatankuasa Audit, Risiko dan Tadbir Urus Lembaga turut mengadakan mesyuarat masing-masing di dalam tren sepanjang perjalanan.
Kedua-dua perjalanan dari Gombak ke KotaSAS dan perjalanan pulang mengambil masa kira-kira 85 minit

Walau bagaimanapun, Darwis menegaskan kesiapsiagaan ECRL bukan hanya bergantung kepada kelajuan atau tempoh perjalanan, sebaliknya turut melibatkan aspek keselamatan, kebolehpercayaan serta keupayaan keseluruhan sistem untuk menyediakan perkhidmatan kepada rakyat.
"Ini penting kerana kita kini berada pada fasa kritikal peralihan daripada pembinaan kepada operasi. Fokus kita bukan semata-mata kepada kelajuan atau masa perjalanan, tetapi memastikan keseluruhan sistem selamat, boleh dipercayai dan benar-benar bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat," katanya.
MRL akan terus mempergiatkan proses pengujian dan pentauliahan serta persediaan operasi bagi memastikan keseluruhan sistem ECRL memenuhi keperluan keselamatan, teknikal dan kawal selia sebelum perkhidmatan dibuka kepada orang ramai.
Perjalanan menggunakan CIT itu turut mencerminkan usaha MRL memperkukuh pemantauan secara langsung di lapangan ketika projek berkenaan semakin hampir memasuki fasa pengoperasian.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (SAYS) source
Where it started
How it spread
- Step 1NewsSAYS00:55
Internet reaction
What we know
- Nothing independently established yet.
What we don’t know
- No established news outlet has reported this yet; details come from social or community posts
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.