Malaysian Attention Engine
Live wire
51Ancaman militan rekrut budak 12 tahun guna ‘Roblox’51General : No Payment Delays Affecting Pan Borneo Highway Project - Ahmad Maslan50Istana Selangor serah pada polis siasat menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor50Kerajaan masih tanggung beban hutang 1MDB – PM50M40 hilang kerja boleh rayu penilaian semula bantuan43Perjalanan pulang terakhir... 2 beranak maut kenderaan dihempap kontena43General : M40 Households Can Seek Aid Reassessment After Income Loss - Liew37General : MOF Denies Claims Of QR Payment Charges From Nov 136DKU Negeri Sembilan fail tindakan hina mahkamah terhadap MB dan 16 lain35PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang35DJ Kidd sebak kenang keikhlasan Emma35Isu Rohingya: Kerajaan Kelantan tiada kuasa halang pemilik sewakan tanah, rumah kepada warga asing
NewConfirmedupdated 57 min ago

Fattah Amin tidak dapat ‘lock’ jurusolek, Amira Othman jadi bidan terjun

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
30
0% / 60 min
Momentum
35
1 vs 1 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 11:00 MYTLatest activity 19 Oct, 11:58BMconfidence 80%

What happened

SHAH ALAM: Gara-gara tidak dapat mencari khidmat jurusolek, pelakon, Fattah Amin bersyukur apabila isterinya, Amira Othman tampil sebagai bidan terjun menyelamatkan penampilannya di Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026, malam tadi. (Utusan Malaysia, 11:00)

Read the reporting

2 reports
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Tiada jurusolek Amira jadi penyelamat Fattah di AMT 2026

By Fatin Farhana Ariffin · 19 Oct, 11:58 MYT

SHAH ALAM: Kesibukan pasukan glamor menjelang Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026 menyebabkan pelakon, Fattah Amin, mendapatkan khidmat isterinya, Amira Othman, untuk menyempurnakan solekan bagi penampilannya pada acara itu, malam tadi.

Berseloroh mengenai perkara itu, Fattah berkata, dia lazimnya mendapatkan khidmat profesional bagi menguruskan solekan, dandanan rambut dan pemilihan pakaian setiap kali menghadiri acara rasmi.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak berjaya mendapatkan khidmat jurusolek pada saat akhir kerana kebanyakan mereka sudah mempunyai komitmen dengan artis lain.

"Untuk pengetahuan semua, hari ini sebenarnya saya tak dapat lock jurusolek. Semua sibuk dan sudah ada artis masing-masing.

"Jadi, jurusolek saya hari ini sebenarnya Amira Othman. Amira make-up okey, betul? Terima kasih. Lepas ini boleh hubungi dia kalau ada artis yang memerlukan khidmatnya," katanya sambil bergurau ketika ditemui pada sidang media AMT 2026 di Selangor International Trade Centre (SITC), di sini, malam tadi.

Dalam perkembangan lain, Fattah mengulangi kejayaan edisi tahun lalu apabila sekali lagi merangkul trofi Selebriti Maskulin Terhangat pada AMT 2026.

Bagaimanapun, pelakon itu mengakui tidak menjangkakan kemenangan berkenaan memandangkan kehadirannya ke acara itu adalah untuk menjalankan tugas sebagai penyampai anugerah.

"Sebenarnya, kami datang dengan jangkaan sebagai penyampai sahaja. Kami tahu tercalon, tetapi tak sangka menang. Itu yang membuatkan saya terkejut tadi.

"Saya pun rasa ramai lagi yang lebih maskulin daripada saya. Saya tak rasa layak, tetapi ini rezeki. Rezeki anak juga. Alhamdulillah, peminat mengundi saya untuk tahun kedua ini," katanya.

Mengulas mengenai penjagaan penampilan, Fattah berkata, seseorang selebriti perlu sentiasa memastikan imej diri terurus dan bersesuaian dengan acara yang dihadiri.

Katanya, pemilihan pakaian, dandanan rambut dan solekan perlu diberi perhatian kerana penampilan selebriti sering menjadi tumpuan orang ramai.

"Sebagai selebriti, kita sentiasa menjaga penampilan dari hujung rambut hingga hujung kaki kerana tahu apabila keluar, ramai mata memandang.

"Jadi, pakaian yang dipilih perlu sentiasa nampak kemas dan sesuai dengan acara. Jangan tersalah kod pakaian apabila menghadiri sesuatu majlis.

"Saya memang sentiasa menjaga penampilan, daripada rambut, muka dan sebagainya. Cuma, kadang-kadang apabila menjalani penggambaran, kita terikat dengan karakter.

"Kalau perasan, rambut saya panjang sekarang disebabkan karakter dalam karya yang sedang ditayangkan. Apabila selesai membawa karakter itu, kita kemaskan semula rambut," katanya.

Fattah turut menasihatkan pelakon baharu supaya mendapatkan khidmat pasukan glamor profesional bagi membantu menguruskan penampilan, khususnya ketika menghadiri acara rasmi.

Katanya, khidmat jurusolek dan penggaya fesyen bukan sahaja memudahkan persiapan, malah membantu selebriti memastikan penampilan bersesuaian dengan majlis.

"Nasihat saya kepada artis baharu, kita memang perlu melantik pasukan glamor kerana kamera ada di mana-mana. Kalau pakaian tidak sesuai dengan acara, bagaimana?

"Apabila ada penggaya, semuanya lebih mudah kerana mereka akan memikirkan apa yang sesuai dan memberikan pilihan kepada kita. Jadi, kerja kita lebih mudah," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Berita Harian’s feed.Read at Berita Harian

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 independent sources, 1 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 45first news pick-upNEWnow12:00
Latest 12:35 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
19 Oct, 11:00 MYT
Origin confidence 90% · 57 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    11:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.