Malaysian Attention Engine
Live wire
58Laporan awal nahas helikopter Long Lellang dibentangkan kepada Kabinet esok50BYD lantik Inokom sebagai rakan pemasangan EV di Malaysia49Kontroversi isu New Age Movement: 'Tidak adil hukum saya hanya berdasarkan cerita sebelah pihak' - Marhamah46Bekas pengarah pusat pendidikan IPTA didakwa esok46Ella dedah hampir bersara dari dunia nyanyian selepas bapa meninggal dunia43Malaysia pertimbang anjur F1 secara berkala, kerjasama negara lain36Remaja mati dipukul, diseksa, 14 termasuk dua bawah umur didakwa hari ini36Akmal Saleh tinggalkan DUN Merlimau?36Remaja ditahan bantu siasatan kes rogol pelajar perempuan di pasar34Jeremy, Eei Hui tolak lamaran BAM34Man drives SUV 130m down train tracks in Port Klang, police say KTMB investigating34Meet the XBOX Nano Controller
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Fesyen lestari perkukuh masa depan industri kreatif

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 11:10 MYTLatest activity 15 Oct, 11:10BMconfidence 60%

What happened

FESYEN lestari bukan sekadar menampilkan rekaan menarik, malah membuka ruang kepada industri untuk meneroka kaedah penghasilan pakaian yang lebih bertanggungjawab menerusi penggunaan bahan mesra alam, amalan ekonomi kitaran dan kreativiti pereka. (Berita Harian, 11:10)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·3 min read

Fesyen lestari perkukuh masa depan industri kreatif

By Aziem Ariffin · 15 Oct, 11:10 MYT

FESYEN lestari bukan sekadar menampilkan rekaan menarik, malah membuka ruang kepada industri untuk meneroka kaedah penghasilan pakaian yang lebih bertanggungjawab menerusi penggunaan bahan mesra alam, amalan ekonomi kitaran dan kreativiti pereka.

Pendekatan itu diketengahkan menerusi IGEM Fashion Extravaganza, yang menggabungkan dunia fesyen dengan agenda kelestarian bersempena International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM), platform teknologi hijau dan alam sekitar.

Pertunjukan berkenaan turut menyaksikan kerjasama antara jenama fesyen tempatan, Rizman Ruzaini, dengan jenama baharu dari Singapura, Chelsia D, sekali gus membuka peluang kepada pertukaran idea kreatif dan jaringan kerjasama merentas sempadan.

Pengarah Fashion Extravaganza, Dr Simplicio Michael Luis, berkata penyertaan pereka dari Singapura bertujuan menghubungkan bakat tempatan dengan pasaran antarabangsa, selain mewujudkan ruang untuk pereka daripada latar belakang berbeza berkongsi kepakaran dan meneroka potensi baharu dalam industri.

Menurutnya, platform sedemikian penting bagi menggalakkan kerjasama antara pereka serta memperluas pemahaman mengenai amalan kelestarian dalam penghasilan fesyen.

Dari sudut penghasilan, koleksi yang dipersembahkan memberi tumpuan kepada pakaian berasingan menggunakan fabrik kapas organik, sebagai antara usaha menerapkan pilihan bahan yang lebih mesra alam dalam rekaan fesyen.

"Sesebuah koleksi, apatah lagi keseluruhan jenama, tidak mungkin mencapai kelestarian 100 peratus. Namun, setiap langkah ke arah matlamat itu tetap penting," katanya.

Beliau berkata, peralihan kepada amalan lebih lestari tidak semestinya dilakukan secara menyeluruh dalam satu masa, sebaliknya boleh dimulakan menerusi perubahan kecil yang dilaksanakan secara konsisten.

Pendekatan itu sejajar dengan keperluan industri fesyen untuk meneroka penggunaan tekstil mesra alam dan konsep ekonomi kitaran, yang menekankan penggunaan sumber secara lebih cekap serta usaha mengurangkan pembaziran.

Selain terbabit dalam penganjuran pertunjukan fesyen, Simplicio turut mengendalikan platform pendidikan ME2WE EDUCATION yang memberi tumpuan kepada isu kelestarian, ekonomi kitaran dan tekstil mesra alam.

Inisiatif itu turut membabitkan pelajar di Kuala Lumpur, dengan perancangan untuk mengembangkannya ke Manila pada tahun berikutnya, sekali gus memperluas pendedahan mengenai kepentingan amalan lestari kepada generasi muda.

Menurut beliau, Malaysia memiliki sumber alam semula jadi yang kaya dan berpotensi dimanfaatkan secara bertanggungjawab bagi menyokong pembangunan industri serta kesejahteraan masyarakat.

Sementara itu, pereka fesyen Rizman Ruzaini berkata, penggunaan fabrik lestari perlu terus diperkukuh supaya amalan mesra alam dapat menjadi sebahagian daripada perkembangan industri fesyen tanpa mengabaikan aspek estetika dan kualiti rekaan.

Katanya, antara cabaran yang diberi perhatian ialah memastikan fabrik lestari mampu menawarkan penampilan dan nilai estetik setanding dengan fabrik konvensional di pasaran.

Pendekatan itu penting bagi membuktikan bahawa pemilihan bahan yang lebih bertanggungjawab tidak bermakna pereka perlu berkompromi dengan kreativiti atau menghasilkan pakaian yang kurang menarik.

"Kami sentiasa mahu mereka yang memakai rekaan Rizman Ruzaini menampilkan versi terbaik diri mereka," katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan penerapan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam industri fesyen, termasuk dalam penghasilan pakaian untuk kegunaan harian.

Menurutnya, penggunaan produk yang lebih lestari perlu diperluas supaya amalan itu dapat diterima sebagai sebahagian daripada gaya hidup masyarakat, bukan sekadar pilihan khusus dalam kalangan pengguna yang prihatin terhadap alam sekitar.

Secara keseluruhan, penggabungan fesyen dan kelestarian membuka peluang kepada industri untuk menilai semula pendekatan penghasilan pakaian, daripada pemilihan bahan hingga kepada tanggungjawab terhadap alam sekitar.

Usaha itu juga berpotensi memperkukuh kedudukan pereka tempatan melalui penerokaan bahan alternatif, perkongsian kepakaran dan kerjasama antarabangsa.

Namun, peralihan kepada industri fesyen yang lebih lestari memerlukan komitmen berterusan daripada pereka, pengeluar dan pengguna bagi memastikan kreativiti, keperluan pasaran serta tanggungjawab terhadap alam sekitar dapat bergerak seiring.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow12:00
Latest 12:16 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
15 Oct, 11:10 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    11:10

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Fesyen lestari perkukuh masa depan industri kreatif · Malaysian Attention Engine