
Gelaran Datuk, saya serahkan kepada Tuhan – Ella
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SUBANG JAYA : Penyanyi rock tanah air, Ella, menyerahkan soal pengurniaan gelaran Datuk kepada ketentuan Tuhan, meskipun menyedari ada pihak yang berharap dirinya turut menerima pengiktirafan berkenaan. (Utusan Malaysia, 11:00)
Read the reporting
1 report
Gelaran Datuk, saya serahkan kepada Tuhan – Ella
SUBANG JAYA : Penyanyi rock tanah air, Ella, menyerahkan soal pengurniaan gelaran Datuk kepada ketentuan Tuhan, meskipun menyedari ada pihak yang berharap dirinya turut menerima pengiktirafan berkenaan.
Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin, berkata, dia tentunya tumpang gembira dengan pengiktirafan yang diterima rakan seperjuangan, namun memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu.
“Saya gembira untuk mereka yang telah menerima gelaran Datuk. Tetapi saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu,” katanya ketika ditanya mengenai pandangannya terhadap pengiktirafan gelaran Datuk yang diterima dalam kalangan penggiat seni tanah air.
Mengulas sama ada dia turut mengharapkan pengiktirafan serupa selepas lebih empat dekad mewarnai industri muzik tempatan, penyanyi yang popular dengan lagu Kesal dan Layar Impian itu berkata, dia menyerahkan perkara berkenaan kepada ketentuan Ilahi.
“Saya serahkan kepada Tuhan. Bagi saya, rezeki setiap manusia tidak pernah salah alamat. Jika itu rezeki kita, walau apa pun keadaannya, rezeki itu tetap akan sampai kepada kita,” katanya.
Dalam pada itu, Ella yang menerima Anugerah Sri Wirama pada Anugerah Industri Muzik Ke-25 (AIM25) pada 26 September lalu, memilih untuk meraikan pencapaian bersejarahnya itu dengan memberikan penghargaan kepada individu dan komuniti yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan kerjaya seninya selama empat dekad.
Dianjurkan oleh Ella dengan sokongan ROCKQUEEN dan berlangsung di The Saujana Hotel Kuala Lumpur, semalam, inisiatif Ella 40 Tahun Gemilang merupakan tanda penghargaan Ella kepada mereka yang telah menyumbang kepada perjalanan kerjaya seninya sejak awal penglibatannya dalam industri muzik sehingga ke hari ini.
Anugerah Sri Wirama merupakan pengiktirafan berprestij dalam industri muzik Malaysia yang meraikan sumbangan dan dedikasi jangka panjang seseorang penggiat seni muzik.
Bagi Ella, pengiktirafan ini bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi juga peluang untuk mengenang dan menghargai insan-insan yang telah memainkan peranan dalam membentuk legasinya.
Seramai 50 penerima daripada pelbagai bidang diiktiraf menerusi inisiatif ini, termasuk pemuzik, komposer, penulis lirik, penerbit muzik, pengamal media, penggiat kreatif, pasukan pengurusan, keluarga serta komuniti peminatnya.
Setiap penerima mempunyai peranan dan sumbangan tersendiri dalam perjalanan seni Ella.
Ada yang terlibat dalam penciptaan lagu, penerbitan album dan penganjuran persembahan, manakala yang lain membantu membentuk identiti dan hala tuju kerjayanya sebagai seorang penyanyi rock wanita.
Pengamal media pula mendokumentasikan perkembangan dan pencapaian seninya, sementara pasukan pengurusan, keluarga serta komuniti peminat terus memberikan sokongan sepanjang perjalanan tersebut.
The post Gelaran Datuk, saya serahkan kepada Tuhan – Ella appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia11:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.