Malaysian Attention Engine
Live wire
46Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq45Kulusevski kembali selepas lebih 500 hari44Kampung Manis: Impian 227 keluarga miliki kediaman gantian semakin hampir42Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB4227 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti41Ancaman militan rekrut budak 12 tahun guna ‘Roblox’36Singer Yusuf Islam visits grieving Dr Mahathir, offers prayers for late Tun Dr Hasmah36Politics : Melaka Polls: PH Candidates Must Build Strong Campaign Machinery - Ramanan36General : UNESCO Recognition Does Not Guarantee Silat's Survival - Saarani3521 Emas SUKMA, atlet Melaka tunggu imbuhan348,000 wanita meriahkan festival KLWRF 202633Politics : BN Candidates List For Melaka: State Election To Be Announced On Oct 28 - Ab Rauf
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Hanya 9 peratus rumah mampu dimiliki isi rumah berpendapatan RM6,000

Only social or community posts, or a single source.

Attention
32
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 19:32 MYTLatest activity 18 Oct, 19:32BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR; Hanya sembilan peratus daripada bekalan rumah baharu di Malaysia dilihat mampu dimiliki oleh isi rumah berpendapatan bawah RM6,000 sebulan, mengikut laporan Khazanah Research Institute (KRI). (Berita Harian, 19:32)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·3 min read

Hanya 9 peratus rumah mampu dimiliki isi rumah berpendapatan RM6,000

By Alzahrin Alias · 18 Oct, 19:32 MYT

KUALA LUMPUR; Hanya sembilan peratus daripada bekalan rumah baharu di Malaysia dilihat mampu dimiliki oleh isi rumah berpendapatan bawah RM6,000 sebulan, mengikut laporan Khazanah Research Institute (KRI).

Dapatan itu berdasarkan data taburan unit perumahan baharu berbanding bahagian isi rumah mengikut kumpulan pendapatan di Malaysia pada 2024.

Laporan yang disediakan Penyelidik KRI, Dr Nur Fareza Mustapha itu menunjukkan isi rumah dengan pendapatan bulanan bawah RM6,000 hanya mampu membeli kediaman berharga RM200,000 dan ke bawah, berdasarkan penanda aras kemampuan rumah yang ditetapkan pada tiga kali pendapatan tahunan isi rumah.

Ia berkata, sebanyak 52 peratus rumah baharu yang dilancarkan berada dalam julat kemampuan isi rumah berpendapatan melebihi RM12,000 sebulan, sedangkan kumpulan itu hanya mewakili 22 peratus daripada keseluruhan isi rumah negara.

"Keadaan itu menunjukkan sebahagian besar penawaran rumah baharu lebih mudah dicapai golongan berpendapatan tinggi, sedangkan kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana berdepan pilihan yang lebih terhad.

"KRI berpandangan ketidakpadanan itu mencerminkan kelemahan struktur dalam pasaran perumahan negara apabila pembangunan rumah berkemungkinan lebih dipengaruhi keupayaan dan kekangan pihak penawaran berbanding keperluan serta permintaan sebenar penduduk," katanya dalam laporan 'Mismatches in the Malaysian Housing Market'.

KRI berpandangan strategi penyediaan rumah perlu mengambil kira keadaan pasaran setempat, termasuk kemampuan pendapatan isi rumah dan tidak bergantung sepenuhnya kepada satu penanda aras harga untuk seluruh negara.

Ia termasuk penilaian semula harga siling RM300,000 bagi rumah mampu milik yang menjadi antara rujukan dasar perumahan negara.

KRI berpandangan, penanda aras itu mungkin membantu menyelaraskan penawaran rumah dengan permintaan di Kuala Lumpur, tetapi tidak semestinya menghasilkan kesan sama di negeri lain termasuk Johor dan Pulau Pinang.

Di Kuala Lumpur, katanya, sebanyak 45 peratus rumah baharu yang dilancarkan pada 2024 berharga RM300,000 dan ke bawah, manakala 11 peratus lagi berada dalam julat RM300,001 hingga RM400,000.

Secara keseluruhan, katanya, kedua kategori itu mewakili 56 peratus daripada penawaran rumah baharu dan dianggap mampu dimiliki 58 peratus isi rumah di ibu negara yang berpendapatan bawah RM12,000 sebulan.

Namun, katanya, keadaan berbeza di Pulau Pinang apabila isi rumah berpendapatan bawah RM6,000 sebulan merangkumi 37 peratus daripada keseluruhan isi rumah, sedangkan hanya enam peratus bekalan rumah baharu dianggap mampu dimiliki kumpulan itu.

"Lebih membimbangkan, tiada rumah baharu dalam julat harga RM100,001 hingga RM200,000 dilancarkan di Pulau Pinang pada 2024, sekali gus mengehadkan pilihan bagi isi rumah yang memerlukan kediaman dalam kategori harga itu.

"Di Johor pula, lebih 80 peratus rumah baharu yang dilancarkan pada 2024 berharga melebihi RM400,000, sedangkan hanya 16 peratus bekalan rumah baharu dianggap mampu dimiliki separuh terbawah isi rumah di negeri itu," katanya.

Laporan itu juga menunjukkan, sebanyak 63 peratus rumah baharu di Johor berada dalam kategori harga RM600,000 dan ke atas, menjadikan hanya 13.5 peratus isi rumah negeri itu mampu memiliki rumah.

Katanya, perbezaan antara ketiga pasaran itu menunjukkan dasar perumahan yang menggunakan penanda aras nasional perlu dinilai berdasarkan kesesuaiannya dengan keadaan sebenar di peringkat negeri dan kawasan.

Justeru, ia menyifatkan semakan terhadap penanda aras harga rumah mampu milik RM300,000 yang diumumkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebagai langkah tepat pada masanya bagi membolehkan kemampuan perumahan dinilai dengan lebih tepat.

Selain itu, KRI mengesyorkan penilaian dan pemantauan jurang permintaan serta penawaran rumah di pasaran setempat dilaksanakan secara lebih menyeluruh dan berkala supaya perubahan struktur pasaran dapat dikenal pasti lebih awal.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 19:44 MYT
32New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
18 Oct, 19:32 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    19:32

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.