
Harimau kumbang baham empat anak lembu Brahman
Only social or community posts, or a single source.
What happened
JERANTUT – Bangkai empat ekor anak lembu baka Brahman dengan sebahagian anggota badan sudah dimakan mengejutkan seorang penternak ketika memeriksa ladang sawit di Felda Kota Gelanggi Dua di sini pagi ini. (Kosmo!, 12:22)
Read the reporting
1 report
Harimau kumbang baham empat anak lembu Brahman
JERANTUT – Bangkai empat ekor anak lembu baka Brahman dengan sebahagian anggota badan sudah dimakan mengejutkan seorang penternak ketika memeriksa ladang sawit di Felda Kota Gelanggi Dua di sini pagi ini.
Penternak, Mohd Junaidi Juhairi, 40, berkata, dia menemui bangkai pertama dengan hanya tinggal sebahagian anggota kaki dan kepala di tepi sebatang pokok sebelum menemukan tiga lagi bangkai anak lembu yang dipercayai dibaham harimau kumbang.
“Kejadian ini kemungkinan berlaku beberapa hari lalu berdasarkan bangkai ternakan yang mulai busuk.
“Kebetulan saya pula tidak masuk ke ladang dalam tempoh berkenaan kerana ada urusan lain,”katanya ketika ditemui di Felda Kota Gelanggi Dua di sini.
Mohd Junaidi berkata, kejadian itu menyebabkan dia menanggung kerugian hampir RM7,000 kerana kesemua anak lembu berkenaan baru dibeli sejak tiga bulan lalu.
Tambahnya, dia sudah menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk memaklumkan kejadian itu serta meminta pemantauan dilakukan di kawasan berkenaan.
“Saya harap harimau berkenaan dapat ditangkap kerana bimbang keselamatan 40 ekor lembu lagi yang diternak secara lepas bebas di ladang sawit ini turut terancam sekiranya haiwan liar itu masih berkeliaran,”katanya.
Sementara itu, seorang lagi penternak, Mohd Ridzuwan Che Dan, 43, berkata, kejadian berkenaan menimbulkan kebimbangan kepada kira-kira 200 penternak di Felda berkenaan dan kawasan berhampiran.
Katanya, mereka kini berasa takut untuk memasuki ladang bagi memberi makanan kepada ternakan, selain perlu lebih berhati-hati ketika mengutip buah sawit dan memunggahnya ke dalam lori.
“Kami berharap pihak berwajib dapat memantau keadaan serta menangkap haiwan liar itu untuk dipindahkan ke tempat lain,”ujarnya.- KOSMO! ONLINE
The post Harimau kumbang baham empat anak lembu Brahman appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!12:22
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.