Malaysian Attention Engine
Live wire
40Kedai bundle simpan 3,383 paket minyak masak subsidi diserbu36Uefa seeks answers from Fifa over Infantino presidency, say reports35Promosi lesen memandu tanpa ujian di Tiktok palsu, JPJ lapor MCMC35UK to fly RAF missions defending Saudi Arabia against Houthi attacks, Bloomberg reports34Rogol OKU: 4 suspek Rohingya sudah didakwa kesalahan imigresen, siasatan kes rogol masih berjalan - Polis34Iskandar Malaysia catat pelaburan RM525.26 bilion34Lepas tamat konsert ini, saya nak fokus bidang pertanian – Ella33Yalcin ganti Montella kendali Turkiye32Prabakaran cadang penjara wajib pesalah binasa rumah ibadat29PM bincang bantuan keluarga 54 rakyat Malaysia hilang di Kabinet Jumaat ini29Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara29Anwar sidestepped bigger issues on ‘corporate mafia’, says Rafizi
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Iga tarik diri, misi ke Jelajah Akhir WTA terjejas

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 21:13 MYTLatest activity 20 Oct, 21:13BMconfidence 60%

What happened

Paris: Pemain tenis Poland, Iga Swiatek menarik diri daripada Terbuka Ningbo akibat kecederaan, sekali gus menjejaskan usahanya memburu mata penting bagi melayakkan diri ke Jelajah Akhir WTA, menurut penganjur kejohanan itu, semalam. (Harian Metro, 21:13)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

Iga tarik diri, misi ke Jelajah Akhir WTA terjejas

By AFP · 20 Oct, 21:13 MYT

Paris: Pemain tenis Poland, Iga Swiatek menarik diri daripada Terbuka Ningbo akibat kecederaan, sekali gus menjejaskan usahanya memburu mata penting bagi melayakkan diri ke Jelajah Akhir WTA, menurut penganjur kejohanan itu, semalam.

Iga yang berada di tangga kesembilan dalam perlumbaan ke Jelajah Akhir WTA sebelum kejohanan bertaraf WTA 500 itu bermula di China, sedang bersaing dengan pemain Republik Czech, Karolina Muchova di kedudukan ketujuh dan wakil Ukraine, Marta Kostyuk di tangga ke-10 bagi merebut slot kelapan dan terakhir.

Jelajah Akhir WTA musim ini dijadual berlangsung di Indian Wells dari 8 hingga 15 November.

Karolina tidak beraksi minggu ini, manakala Marta yang menjadi pilihan ketiga di Ningbo berpeluang mengutip mata penting untuk mengukuhkan kedudukannya.

"Selepas mempertimbangkan dengan teliti, saya memutuskan untuk menarik diri daripada kejohanan ini.

"Saya mengalami masalah berpanjangan pada paha kiri sejak beberapa minggu lalu dan merasakan berehat serta memberi masa kepada diri untuk pulih adalah keputusan terbaik," kata pemenang enam gelaran Grand Slam itu menerusi kenyataan yang dikeluarkan penganjur.

Pemain berusia 25 tahun itu turut dibelenggu masalah paha sama ketika tewas pada separuh akhir di Wuhan minggu lalu kepada rakan senegaranya, Maja Chwalinska yang kemudian muncul juara.

Tempat Iga dalam undian Terbuka Ningbo digantikan pemain Rusia, Anastasia Zakharova.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow22:00
Latest 22:32 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
20 Oct, 21:13 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    21:13

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.