
Isu tanah: 300 pengusaha ladang kelapa sawit rayu campur tangan Sultan Pahang
Only social or community posts, or a single source.
What happened
BENTONG: Seramai 300 pengusaha ladang kelapa sawit di kawasan Hutan Simpan Kemasul Tambahan 2, berhampiran FELDA Chemomoi, di sini, merayu campur tangan Sultan Pahang, Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyelesaikan kemelut tanah diusahakan mereka sejak 14 tahun lalu. (Berita Harian, 15:31)
Read the reporting
1 report
Isu tanah: 300 pengusaha ladang kelapa sawit rayu campur tangan Sultan Pahang
BENTONG: Seramai 300 pengusaha ladang kelapa sawit di kawasan Hutan Simpan Kemasul Tambahan 2, berhampiran FELDA Chemomoi, di sini, merayu campur tangan Sultan Pahang, Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyelesaikan kemelut tanah diusahakan mereka sejak 14 tahun lalu.
Rayuan itu dibuat selepas mereka mendakwa kawasan berkenaan bakal diambil alih susulan pemberian hak memungut hasil tanaman atau 'tapping right' kepada sebuah syarikat swasta.
Ketua Pengusaha Ladang Chemomoi Hutan Simpan Kemasul 2, M Tamilchelvam, 65, berkata perkembangan itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peladang kerana hasil tanaman berkenaan menjadi sumber utama pendapatan keluarga.
"Kami merayu Tuanku mendengar rintihan kira-kira 300 pengusaha yang selama ini bergantung hidup kepada hasil tanah berkenaan.
"Di sebalik tanah yang kami usahakan, ada keluarga dan anak-anak yang masih bersekolah. Inilah sumber rezeki kami untuk meneruskan kehidupan," katanya ketika ditemui di FELDA Chemomoi di sini tadi.
Beliau berkata, kawasan berkenaan sebelum ini didakwa diluluskan untuk pembangunan RISDA pada 2008, namun sebahagiannya tidak dimajukan kerana keadaan muka bumi berbukit dan berbatu.
Katanya, mereka mula membersihkan dan menanam kelapa sawit di kawasan itu pada 2012 menggunakan modal serta tenaga sendiri.
"Setiap pengusaha hanya memohon kira-kira tiga hingga empat ekar tanah melalui Pejabat Tanah Bentong, namun sehingga kini kami masih belum menerima keputusan rasmi.
"Kami kemudian dimaklumkan kawasan berkenaan sudah diwartakan semula sebagai hutan simpan pada 2020 dan sebuah syarikat didakwa mendapat kelulusan 'tapping right'.
"Kami tidak mahu bergaduh atau melanggar undang-undang. Kami hanya meminta penjelasan rasmi dan penyelesaian yang adil," katanya.
Tamilchelvam berkata, pihaknya turut berharap Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dapat mempertimbangkan nasib pengusaha dan mengadakan pertemuan rasmi bagi menyelesaikan masalah berkenaan.
Sementara itu, Ainnilhayah Yahaya, 37, berkata dia sedih mengenangkan nasib bapanya, Yahaya Embi, 66, yang mengusahakan kawasan berkenaan sejak 2012.
"Semua hasil titik peluh ayah saya. Daripada membuka jalan, membersihkan kawasan sehingga menanam sawit, semuanya dilakukan sendiri.
"Tiba-tiba kami mendapat tahu syarikat lain diberikan kebenaran mengambil hasil tanaman itu.
"Kalau perlu memohon 'tapping right', kami juga bersedia berbuat demikian, tetapi kami tidak pernah mendapat penjelasan mengenai perkara itu," katanya.
Pengusaha dikenali sebagai T Siva , 39, berkata mereka bukan menolak undang-undang, sebaliknya kecewa apabila permohonan tanah dikemukakan sejak 2012 masih belum mendapat keputusan.
"Kami anak jati Pahang. Kami juga mahu membayar cukai hasil dan mengusahakan tanah secara sah.
"Kenapa permohonan kami masih dalam proses, tetapi syarikat lain pula dikatakan mendapat kelulusan?
Setakat ini, dakwaan mengenai pemberian hak memungut hasil serta status permohonan tanah berkenaan belum mendapat pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa berkaitan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian15:31
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.