
Jalan pintas di Kea Farm, Cameron Highlands boleh ancam alam sekitar
Only social or community posts, or a single source.
What happened
CAMERON HIGHLANDS : Pembinaan jalan pintasan baharu untuk mengatasi kesesakan trafik di Kea Farm berisiko mengancam alam sekitar dan keselamatan penduduk. (Utusan Malaysia, 07:23)
Read the reporting
1 report
Jalan pintas di Kea Farm, Cameron Highlands boleh ancam alam sekitar
CAMERON HIGHLANDS : Pembinaan jalan pintasan baharu untuk mengatasi kesesakan trafik di Kea Farm berisiko mengancam alam sekitar dan keselamatan penduduk.
Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach), A. Dilip Martin berkata, cadangan pembinaan jalan pintasan dari Royal Lily ke Villa Dahlia yang kini difahamkan masih dalam peringkat kajian berpotensi melibatkan cerun Gunung Jasar yang sensitif.
Menurutnya, cadangan itu menimbulkan persoalan kerana jajaran berkenaan terletak antara lapan hingga 10 kilometer (km) dari Kea Farm, lokasi utama kesesakan di tanah tinggi ini.
“Jika kesesakan berpunca di Kea Farm, selesaikan masalah di situ. Jangan buka kawasan baharu dengan memotong cerun sensitif Gunung Jasar sehingga berpotensi memindahkan risiko kepada penduduk di bawahnya,” katanya kepada Utusan Malaysia .
Kesesakan di Kea Farm antaranya berpunca daripada kenderaan memperlahankan pergerakan untuk memasuki Agro Bazar, pejalan kaki melintas jalan, laluan sempit serta kenderaan yang diletakkan di bahu jalan.
Dilip Martin berkata, kawasan Gunung Jasar mempunyai cerun dan ekosistem sensitif yang memerlukan penilaian teliti, khususnya dari segi kestabilan tanah, sistem saliran serta risiko geobencana sebelum sebarang pembangunan diputuskan.
Sekurang-kurangnya lima anak sungai di kawasan itu masih bersih berdasarkan pemerhatian Reach, selain kawasan berkenaan kaya dengan flora dan fauna serta berpotensi menjadi habitat dan laluan pergerakan hidupan liar dalam kompleks hutan Gunung Jasar-Gunung Brinchang.
“Kerja pemotongan cerun, pembukaan hutan dan perubahan aliran air boleh menjejaskan habitat hidupan liar, kualiti air, kestabilan tanah serta kawasan hiliran.
“Justeru risiko ini mesti dikaji secara saintifik dan menyeluruh, bukannya dipandang ringan demi mempercepatkan pembinaan jalan,” katanya.
Katanya perbincangan masyarakat dalam media sosial turut mempersoalkan mengapa penyelesaian kepada kesesakan di Kea Farm perlu melibatkan pembukaan jajaran baharu melalui kawasan Gunung Jasar dan persoalan itu wajar dijawab berdasarkan kajian trafik yang telus.
“Apakah bukti yang menunjukkan bahawa jalan pintas ini merupakan pilihan paling berkesan untuk mengurangkan kesesakan di Kea Farm,” katanya melontar persoalan. – UTUSAN
The post Jalan pintas di Kea Farm, Cameron Highlands boleh ancam alam sekitar appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia07:23
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.