
Jangan terburu-buru pilih presiden MFL
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Jangan terburu-buru pilih presiden MFL (Harian Metro, 13:06)
Read the reporting
1 report
Jangan terburu-buru pilih presiden MFL
sukan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Proses pencarian presiden baharu untuk Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tidak boleh dilakukan secara terburu-buru atau sekadar 'tangkap muat' demi memastikan kelangsungan serta kestabilan pentadbiran Liga Malaysia (Liga M).
Pemerhati sukan tempatan, Mohd Sadek Mustaffa menegaskan kerusi nombor satu organisasi itu memerlukan individu yang benar-benar memahami 'asam garam' industri bola sepak tempatan, selain berupaya berkomunikasi dengan baik bersama kelab-kelab bertanding.
Malah, jawatan tertinggi badan pengendali liga itu menuntut ketokohan kepimpinan yang tinggi untuk mengendalikan hubungan diplomatik dengan semua pemegang taruh bola sepak serta menjaga kepentingan pelabur.
"Proses peralihan kuasa daripada penyandang ketika ini, Datuk Ab Ghani Hassan perlu dilakukan secara teratur agar tidak timbul krisis kepimpinan yang boleh menjejaskan operasi liga.
"Ketua Pegawai Eksekutif memang menguruskan perkara berbangkit harian tetapi apabila menyentuh soal dasar utama serta perbincangan peringkat tinggi bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), peranan presiden tetap kritikal.
"Kerusi itu perlu diisi oleh individu yang matang dan berpengetahuan luas. Masa diperlukan untuk mencari calon yang betul-betul tepat berlandaskan keperluan MFL sebagai organisasi yang berkesan dalam mendepani isu kewangan, tunggakan gaji, serta status pemain kelab.
"Justeru, penyerahan tugas ini tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa bagi mengelakkan wujudnya sebarang kepincangan dalam struktur pengurusan," katanya.
Mengulas mengenai mekanisme pemilihannya, Sadek menyuntik cadangan agar pengurusan MFL menyerap kaedah korporat yang lebih sistematik dalam menilai kebolehan calon pengganti.
Pendekatan sedemikian dilihat berupaya menyaring calon berwibawa secara telus, sekali gus mengelakkan amalan tangkap muat atau pelantikan berasaskan populariti semata-mata.
"Saya ada mencadangkan sekiranya mahu mencari calon dari luar, buatlah mengikut spesifikasi tugas seperti mana yang dilaksanakan oleh bahagian HR termasuk memanggil calon untuk sesi temu duga bagi memastikan hanya yang terbaik dipilih.
"Pemimpin baharu kelak perlu mendepani pelbagai cabaran, jadi transisi kepimpinan yang teratur amat penting supaya perjalanan Liga M tidak terganggu," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro13:06
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.