Malaysian Attention Engine
Live wire
51‘Suami arwah hubungi adik, dia sudah bunuh isteri’49Sindiket transit minyak masak di lokasi terpencil sebelum seludup ke negara jiran47Dua beranak sesat ketika cari akar kayu di Besut45General : Suspicious Packages At Schools: MOE Leaves Probe To Police - Fadhlina44Penemuan barang mencurigakan di sekolah perlu dilapor segera44'Saya sudah lakukan yang terbaik' - Ramanan yakin Sungai Buloh kekal kerusi selamat41Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB36General : Two TNB Workers Injured In Electric Shock Incident36Djokovic returns to Basel in ATP Finals bid35Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM35PRN Sarawak mungkin diadakan Disember ini - Abdul Karim34‘Walaupun banyak pangkalan haram digempur, masih ada laluan baharu’
NewConfirmedupdated 14 min ago

Penemuan barang mencurigakan di sekolah perlu dilapor segera

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
44
+100% / 60 min
Momentum
52
2 vs 1 mentions/h
Sources
4
3 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 13:12 MYTLatest activity 17 Oct, 14:09BMconfidence 85%

What happened

Penemuan barang mencurigakan di sekolah perlu dilapor segera (Google News Malaysia (BM), 13:12)

Read the reporting

3 reports
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Penemuan barang mencurigakan di sekolah perlu dilapor segera

By AMRAN MULUP · 17 Oct, 13:12 MYT

MELAKA: Semua sekolah diminta meningkatkan tahap waspada dan segera melaporkan kepada pihak polis sekiranya terdapat sebarang penemuan barang mencurigakan bagi membolehkan tindakan segera diambil.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, pihaknya mengambil pendekatan berhati-hati terhadap setiap penemuan mencurigakan, terutama apabila ia membabitkan aspek keselamatan di institusi pendidikan.

Katanya, kerjasama sepenuhnya daripada pihak sekolah amat penting bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil sekiranya berlaku sebarang insiden yang berpotensi mengancam keselamatan.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada PDRM yang mengambil langkah segera memastikan keselamatan warga sekolah diberikan keutamaan.

“Begitu juga pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), semua pengetua, guru besar serta warga sekolah perlu sentiasa bersedia, apatah lagi dalam isu-isu yang melibatkan keselamatan sekolah,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Pertemuan Kelab Perempuan Membaca Fadhlina Membaca di Banda Hilir, di sini hari ini.

Beliau dimintas mengulas mengenai sembilan laporan diterima polis berhubung penemuan bungkusan mencurigakan yang ditinggalkan di beberapa buah sekolah di Negeri Sembilan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, lima laporan tersebut diterima di Nilai manakala empat lagi di Tampin, dengan hasil siasatan awal mendapati bungkusan yang ditemukan mempunyai persamaan daripada segi bentuk dan kandungannya.

Menurutnya, bungkusan itu dilaporkan berada di kawasan sekolah untuk suatu tempoh sebelum pihak sekolah membuat laporan polis selepas penerima yang tertera pada bungkusan berkenaan tidak hadir untuk mengambilnya.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, Kelab Perempuan Membaca akan terus memperluaskan penganjuran programnya ke negeri-negeri lain susulan permintaan menggalakkan daripada masyarakat.

Beliau berkata, program yang menghimpunkan golongan wanita daripada pelbagai peringkat usia, termasuk ibu, anak-anak dan gadis itu, bertujuan menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

Katanya, kelab berkenaan merancang mengadakan pertemuan setiap bulan dengan mengetengahkan tema berbeza, sama ada secara dalam talian mahupun bersemuka bagi memastikan lebih ramai orang dapat menyertainya.

“Permintaan sangat tinggi daripada rakan-rakan kita untuk menjelajah ke seluruh negara sebenarnya. Jadi, ini kali pertama percubaan kita mengadakan program di luar Kuala Lumpur dengan memilih lokasi yang lebih dekat, iaitu Melaka.

“Insya-Allah, pertemuan akan datang kita akan cuba laksanakan di negeri-negeri lain juga,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, keadaan jerebu ketika ini menjadi antara cabaran kepada penganjuran aktiviti secara fizikal, namun program masih boleh diteruskan menerusi platform dalam talian.

“Kita cuba sedaya upaya untuk terus melaksanakannya sebagai satu daripada gerakan bagi memastikan rakyat Malaysia dapat terus membaca,” katanya. – UTUSAN

The post Penemuan barang mencurigakan di sekolah perlu dilapor segera appeared first on Utusan Malaysia .

As published in Utusan Malaysia’s feed.Read at Utusan Malaysia

1 / 3 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 3 independent sources, 1 new in the last hour
  • Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 46NEWnow14:00
Latest 14:19 MYT
44New
Mentions / h2Velocity0.03/minSources4Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Google News Malaysia (BM)) source
  2. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source
  3. News
    First news outlet reports it (Utusan Malaysia) source
  4. News
    First news outlet reports it (Kosmo!) source

Where it started

Google News Malaysia (BM) (News)
17 Oct, 13:12 MYT
Origin confidence 60% · 1 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Google News Malaysia (BM)
    13:12

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 3 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Kosmo!, Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (4)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Penemuan barang mencurigakan di sekolah perlu dilapor segera · Malaysian Attention Engine