Malaysian Attention Engine
Live wire
35Lelaki dihanyutkan arus deras di Sungai Chuah35Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut34Business : iCents Group Secures Semiconductor Facility Project Worth RM36.15 Mln33CMF’s first wireless speakers look like musical milk cartons33General : Influencers Should Not Exploit 3R Issues For Social Media Content – Yuneswaran31Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok31'Isteri kata mahu duduk lama di kampung...' - Suami reda kehilangan isteri dan bayi31Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM30General : Sarawak To Work Closely With Fed Govt To Set Framework For SEZ30General : Tuanku Muhriz Will Not Attend Conference of Rulers Meeting29Angka ekonomi cantik tapi rakyat masih terhimpit – Hamzah29Perkukuh strategi kurangkan risiko kebergantungan E&E
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

'Kami tertanya-tanya bila penerbangan pulang' - Penerbangan dibatalkan, ibu dan anak terkandas di Arab Saudi

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 22:28 MYTLatest activity 12 Oct, 22:28BMconfidence 60%

What happened

'Kami tertanya-tanya bila penerbangan pulang' - Penerbangan dibatalkan, ibu dan anak terkandas di Arab Saudi (Harian Metro, 22:28)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

'Kami tertanya-tanya bila penerbangan pulang' - Penerbangan dibatalkan, ibu dan anak terkandas di Arab Saudi

By Muhaamad Hafis Nawawi · 12 Oct, 22:28 MYT

mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: "Kami masih tertanya-tanya bila sebenarnya penerbangan pulang dan berapa lama lagi kami akan terkandas di sini."

Itu luahan Rafhana Hidayu Mohd Yusoff, 34, yang terkandas di Arab Saudi bersama ibunya selepas penerbangan pulang ke Malaysia dibatalkan secara mengejut hari ini berikutan risiko konflik di Asia Barat.

Rafhana Hidayu berkata, dia dimaklumkan mengenai pembatalan penerbangan itu kira-kira jam 4 pagi waktu Arab Saudi, sebelum masuk waktu solat Subuh.

Menurutnya, dia berada di Arab Saudi sejak 30 September lalu dan sepatutnya pulang ke Malaysia menerusi penerbangan yang dijadualkan berlepas pada jam 12.40 tengah malam ini.

"Situasi ketika ini agak menimbulkan banyak tanda tanya kerana penerbangan dibatalkan secara mengejut.

"Pihak syarikat penerbangan menjelaskan penerbangan dibatalkan atas faktor risiko konflik di Asia Barat dan penerbangan pulang masih belum dapat dijadualkan," katanya ketika dihubungi Harian Metro malam ini.

Bagaimanapun, Rafhana berkata, dia dimaklumkan oleh pihak agensi umrah pada jam 2.55 petang tadi bahawa Malaysia Airlines (MAS) akan menyediakan penginapan yang ditanggung oleh pihak penerbangan.

Katanya, setakat ini, pihak agensi umrah menjadi saluran utama yang memberikan maklumat, penerangan serta bantuan kepada mereka.

"Kesukaran yang dilalui ketika ini adalah apabila kami masih tertanya-tanya mengenai tarikh dan waktu penerbangan sebenar, selain tidak mengetahui berapa lama tempoh kami akan terkandas di sini.

"Saya berharap kerajaan Malaysia dapat membantu memudah cara urusan penerbangan supaya kami tidak terkandas terlalu lama, mengambil kira tuntutan kerja dan keluarga yang sedang menanti kepulangan kami," katanya.

Terdahulu beberapa syarikat penerbangan membatalkan jadual penerbangan ke Arab Saudi sebagai langkah berjaga-jaga susulan serangan ke atas lapangan terbang antarabangsa Riyadh yang mengorbankan kira-kira 12 nyawa, selain mencederakan lebih 300.

Serangan terhadap lapangan terbang Arab Saudi sepanjang minggu lalu menjejaskan perjalanan udara, memaksa sekolah di Riyadh beralih kepada pembelajaran dalam talian dan mendorong beberapa kerajaan asing mengeluarkan amaran keselamatan, lapor Anadolu Ajansi.

Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh paling terjejas dengan lima serangan, diikuti Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Fahd di Dammam dengan dua serangan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 22:49 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
12 Oct, 22:28 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    22:28

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.