Malaysian Attention Engine
Live wire
55Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada semua aktiviti rasmi BERSAMA51Jet bawa dadah: PDRM tunggu pengesahan penglibatan ahli politik Filipina | Sinar Harian47iFUTURE 2026: UM nafi ambil tindakan tatatertib terhadap mahasiswa42Enam warga Pakistan ditahan dalam serbuan di Kampung Nakhoda41‘Suami arwah hubungi adik, dia sudah bunuh isteri’38Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara37Kuala Lumpur guide: what to see, eat and do on a cruise visit | Eastern Riverina Chronicle35Agrobank lancar program buru ikan asing di Tasik Ampang Hilir34Pendidikan warga asing terutama anak pelarian perlu penelitian menyeluruh - PIBGN34'Saya sudah lakukan yang terbaik' - Ramanan yakin Sungai Buloh kekal kerusi selamat34PRN Melaka: Skandal khalwat Nik Nazmi tidak jejas kempen Bersama33Kes Shuhaily didakwa kasari 2 anggota polis: Polis masih lengkapkan siasatan - Saifuddin Nasution
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Kampung Nakhoda digempur, kesalahan cetakan teks al-Quran dikesan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
0
no previous hour
Momentum
0
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 16:09 MYTLatest activity 17 Oct, 16:09BMconfidence 60%

What happened

Details are being gathered from the sources below.

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·1 min read

Kampung Nakhoda digempur, kesalahan cetakan teks al-Quran dikesan

By HARRITH HISHAM · 17 Oct, 16:09 MYT

GOMBAK – Kesalahan membabitkan cetakan teks al-Quran antara yang dikesan dalam operasi bersepadu di Kampung Nahkoda dan Taman Laksamana, Batu Caves, di sini, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Pahlawan Shazeli Kahar berkata, operasi tersebut melibatkan 207 anggota daripada enam agensi penguat kuasa.

Menurut beliau, pemeriksaan di kedua-dua lokasi membabitkan 184 individu sepanjang operasi itu dijalankan.

“Kementerian Dalam Negeri telah mengambil tindakan berkaitan kesalahan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shazeli berkata, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pula merampas dokumen dan bahan berkaitan untuk semakan lanjut.

Katanya, Majlis Perbandaran Selayang turut mengambil tindakan terhadap kesalahan pelesenan perniagaan dan pembinaan tanpa kebenaran, termasuk mengeluarkan notis serta melakukan sitaan.

“Pemeriksaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut menemukan ketidakpatuhan aspek keselamatan kebakaran, termasuk kekurangan alat pemadam api dan kemudahan pelepasan kecemasan bangunan,” ujarnya.

Shazeli menambah, operasi berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini, manakala tindakan susulan akan dilaksanakan oleh agensi berkaitan mengikut bidang kuasa masing-masing.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan seramai enam warga Pakistan ditahan selepas dalam operasi bersepadu di Masjid Ahmadiyyah, Kampung Nakhoda dan sebuah premis keagamaan di Jalan Laksmana, Kampung Laksmana, Gombak semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban dilaporkan berkata, seramai 76 individu diperiksa dalam operasi bersepadu yang dijalankan bermula pukul 10.30 pagi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati enam individu disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 dan 1963. – KOSMO! ONLINE

The post Kampung Nakhoda digempur, kesalahan cetakan teks al-Quran dikesan appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.

Attention graph

Attention

Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.

Timeline

No timeline yet.

Where it started

Unknown.

How it spread

Not enough data to show how this spread.

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Nothing independently established yet.

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.