
Kes Shuhaily didakwa kasari 2 anggota polis: Polis masih lengkapkan siasatan - Saifuddin Nasution
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
MACHANG: Polis masih melengkapkan siasatan kes Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain didakwa mengasari dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang pada 28 September lalu. (Berita Harian, 16:18)
Read the reporting
1 report
Kes Shuhaily didakwa kasari 2 anggota polis: Polis masih lengkapkan siasatan - Saifuddin Nasution
MACHANG: Polis masih melengkapkan siasatan kes Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain didakwa mengasari dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang pada 28 September lalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) memulangkan kertas siasatan kes itu kepada polis untuk tindakan lanjut, baru-baru ini.
Beliau berkata, AGC meminta beberapa penambahbaikan dilakukan terhadap kertas siasatan itu sebelum memutuskan tindakan lanjut.
"Polis masih melengkapkan siasatan. AGC memaklumkan ada beberapa penambahbaikan perlu dilakukan terhadap kertas siasatan itu.
"Kertas siasatan itu mengandungi kenyataan yang dirakam daripada saksi dan semua maklumat yang dikumpulkan sepanjang siasatan sebelum diserahkan kepada AGC.
"AGC perlu berpuas hati sepenuhnya dengan hasil siasatan sebelum membuat keputusan. Biasanya jika tidak berpuas hati, AGC akan memulangkan kertas siasatan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Sekolah Kebangsaan Jambu Lawar, di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Saifuddin Nasution berkata, polis sudah diarah melengkapkan siasatan mengikut keperluan ditetapkan AGC.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian16:18
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.