
Karl Shafek syukur dapat rezeki jaga bapa terlantar uzur
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Karl Shafek syukur dapat rezeki jaga bapa terlantar uzur (Harian Metro, 12:49)
Read the reporting
1 report
Karl Shafek syukur dapat rezeki jaga bapa terlantar uzur
opie@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara Karl Shafek berkongsi maksud rezeki buat dirinya apabila berpeluang menjaga bapanya yang terlantar di kampung halamannya di Pekan, Pahang sejak sebulan lalu.
Karl Shafek atau nama sebenar Khairul Shafek Ibrahim, 46, berkata pengalaman menjaga bapanya Ibrahim Musa mengajar dirinya berkaitan memohon rezeki daripada Allah SWT.
"Selalu kita minta Allah SWT supaya dikurniakan rezeki seluasnya. Kita anggap rezeki tu duit yang banyak.
"Rupanya rezeki diberikannya dengan cara begini. Dapat menjaga orang tua yang uzur juga rezeki. Emak pun tak sekuat dulu nak uruskan Abah setiap hari," katanya dalam hantaran di Facebook, baru-baru ini.
Katanya, dia memohon orang ramai untuk mendoakan kesembuhan bapanya kerana Allah adalah sebaik-baik perancang.
"Allah SWT sahaja yang maha tahu apa yang dirancangnya. Doakan Abah saya kembali sihat, boleh berjalan semula dan boleh menikmati sisa hidupnya dengan bahagia di bawah rahmatNYA. Amin," katanya.
Sementara itu, ruangan komen turut dipenuhi dengan ucapan kesembuhan dan semoga dipermudahkan segala urusan buat keluarganya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro12:49
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.