
Kematian dalam tahanan: Keluarga, NGO serah memorandum di Bukit Aman tuntut siasat kes bunuh
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Kematian dalam tahanan: Keluarga, NGO serah memorandum di Bukit Aman tuntut siasat kes bunuh (Harian Metro, 15:05)
Read the reporting
1 report
Kematian dalam tahanan: Keluarga, NGO serah memorandum di Bukit Aman tuntut siasat kes bunuh
am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Seramai 80 individu termasuk ahli keluarga lelaki yang meninggal dunia ketika dalam tahanan polis berkumpul di pintu masuk utama Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman bagi menyerahkan memorandum menuntut kes itu diklasifikasikan dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tuntutan itu terkandung dalam memorandum bantahan dan tuntutan bertarikh hari ini yang diserahkan bagi pihak keluarga Allahyarham serta disokong puluhan pertubuhan, termasuk Lawyers for Liberty (LFL) dan Amnesty International Malaysia.
Peguam Lawyers for Liberty berkata kandungan memorandum itu menyatakan Noorizwan Zulkefly, 42, ditangkap pada 20 September lalu dan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras selama 11 hari, namun keluarganya mendakwa tidak pernah dimaklumkan mengenai penangkapan serta penahanan berkenaan.
"Pada malam 30 September lalu, kira-kira jam 9.30 malam, Noorizwan dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dalam keadaan serius sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 1.52 pagi, 1 Oktober lalu.
"Memorandum ini turut menjelaskan bahawa adik Allahyarham, Nooranis Zulkefly, hanya mengetahui mengenai kematian abangnya pada kira-kira jam 8 malam, 1 Oktober lalu, menerusi mesej WhatsApp yang didakwa dihantar seorang anggota polis, iaitu kira-kira 18 jam selepas kematian berkenaan.
"Nooranis kemudian membuat dua laporan polis masing-masing pada 2 dan 3 Oktober lalu bagi memohon kejadian itu disiasat serta keadilan ditegakkan," katanya kepada media di Bukit Aman, hari ini.
Katanya, pada 12 Oktober lalu, keluarga dan peguam mereka dimaklumkan oleh pakar patologi forensik kanan HCTM, UKM bahawa punca kematian Noorizwan ialah trauma tumpul di kepala.
"Memorandum berkenaan turut menyatakan pemeriksaan bedah siasat menemukan pelbagai kecederaan pada hampir seluruh tubuh Allahyarham, termasuk bengkak teruk pada tengkorak, pendarahan dalam otak, kecederaan di sekitar mata dan telinga serta pendarahan dalaman pada usus.
"Kecederaan lain yang disenaraikan termasuk bengkak dan luka pada bahu, lengan, dada, belakang badan, pinggul, paha, lutut, betis serta kedua-dua kaki," katanya.
Keluarga mangsa turut mendakwa sehingga memorandum itu dikeluarkan, mereka belum menerima penjelasan mengenai keadaan yang berlaku sepanjang tempoh Allahyarham berada dalam tahanan dan punca kecederaan. Mereka juga mendakwa permintaan mendapatkan maklumat daripada pegawai penyiasat kanan Bukit Aman ditolak.
Sehubungan itu, keluarga dan pertubuhan yang menyokong memorandum berkenaan menuntut semua bukti, termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) lokap, diari lokap, rekod penahanan dan rekod perubatan, dipelihara.
Mereka turut menggesa pihak bertanggungjawab dikenal pasti, tindakan sewajarnya diambil serta keluarga diberikan perkembangan siasatan secara berkala dan telus.
Terdahulu, media melaporkan Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus menegaskan proses tangkapan dan penahanan Noorizwan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP).
Katanya, siasatan kes kematian dalam tahanan itu dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.
Sebelum ini, peguam keluarga Noorizwan, N Surendran daripada Lawyers for Liberty (LFL), mendesak polis menyiasat kematian lelaki itu sebagai kes bunuh susulan dakwaan terdapat kecederaan serius pada tubuhnya.
Pada 7 Oktober lalu, Surendran mendakwa keluarga dimaklumkan mengenai kecederaan pada beberapa bahagian tubuh Noorizwan, termasuk kepala dan tulang rusuk. Beliau turut mempersoalkan kelewatan hampir 18 jam untuk memaklumkan keluarga mengenai kematian itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro15:05
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.